Wikend Itu Ari...

Assalamualaikum...hye korang!!!! Pe kabar??? Sihat ke?? Aku ni baru je lepas sembuh dari demam lepas kusus kat kelantan aritu. Batuk je lagi ni yang takmo benti. Kat kelantan aritu sangat panas. Fuuuhhhhhh....Betul-betul terkena kejutan perubahan cuaca selama aku disana. Hehehe... Ok,bukan aku nak cita pasal aku demam pun. Well,aku nak cita sikit ni pasal wikend aku last week. Wikend itu ari kan aku dok sorang-sorang je kat umah. Ini adalah kerana disebabkan hosmet ku,Kak Aini telah pulang ke kampungnya di Kedah. Dia orang utara. Disebabkan itu aku telah tinggal bersendirian. Ari itu aku sangatlah busan,sunyi,sepi,dan jugak boring yang teramat sangat. Apa bule buat kan,dah nama pun cuma tinggal berdua orang saja,itula padahnya. Aku teringin sangat nak memeriahkan rumah sewa kami ni tapi aku sendiri pun xtau nak buat camna. Kak Aini aritu penah jugak la cari orang untuk menyewa dengan kami,tapi sayangnya sumanya hanyalah hampa semata-mata. Aritu jugak penah la ada orang sewa bilik kosong tu,takdela terasa sunyi giler kan,tapi sayangnya orang itu cuma tinggal hanya untuk beberapa ketika saja. Banyak kelebihannya bila korang dok umah sewa ramai-ramai ni. Antaranya ialah...:









1) Kalu kawan 1 balik kampung,(macam yang aku alami baru-baru ni), korang masi ada lagi kawan 2 yang boleh temankan korang kan.
2) Kalu korang gaduh ngan kawan 2, korang masi lagi ada kawan 1 yang korang tak gaduh pun ngan dia..hehe..(tapi seeloknya janganla bergaduh ye..)
3) Kalu korang tak bertegur sapa ngan kawan 1, korang masi ada lagi kawan 2 yang korang bole tegur2 sapa.(kalu bole yang ni pun janganla buat..hanya sekadar 'kalu'..)
4). Bila kawan 1 & kawan 2 pun tak pi mana-mana,means korang memang betul-betul tak merasa sunyi la kan..huahuahua....^_~








Ada banyak lagila kelebihannya tapi aku yang malas mo taip suma. Oleh hal yang demikian,marilah kita suma sama-sama mencari teman serumah seramai yang mungkin supaya kita tidak lagi merasa suma tu. Aku pun sebenarnya dah penat mengalami,menghadapi, dan merasa suma tu. Busan gila wooooo kalu sorang-sorang. Tak pasal-pasal kang aku bole jadik gila gara-gara ini suma.. Huahuahua!!!!









p/s ~> kalu ada sesapa yang nak cari umah sewa tu,hah,jangan malu jangan segan. Umah kitorang ada 1 lagi bilik kosong. Sewa murah je,apiair suma ok. Kedudukan umah pun ok jugak. Hehehe... ^_^

Comments

Popular posts from this blog

JALAN-JALAN KE PADANG BESAR

Warded.

Resdung