08/08/2014

Birthday Celebration #RafiqAiman #Turns9YO

Hari sabtu yang aku balik kampong aritu 26hb sebenarnya befday anak buah aku yang lelaki, Mohd. Rafiq Aiman. Kalu tak silap yg ke9 tahun kut. Besar dah dia. X sangka anak buah aku tu dh big boy. Dulu masa kecik2, kemaen comel giler. Asek men kucing je. Sampai skang aku tgk suka dengan kucing lagi. Termasuk adek dia, Iqa. Afiq ni cucu sulung dalam family aku. Anak kakak aku yg no.2. Lepas jemput aku dengan kakak sulung yang datang dari Sabah tu, petang tu kakak aku, mak Afiq la, belikan kek. Xdela celebrate ape sangat pun. Sekadar utk cukup syarat je pun. Yela, budak2 kan, yang dorang tau kalau befday nak ade kek, ade lilin utk tiup, then nyanyi2 hepy befday to youuuu... Gituuuu...

Kebetulan, bulan 7 tu jugak befday kakak sulung aku. Afiq punya befday 26/07, kakak aku 04/07. So celebrate sekali jela. Sorang awal bulan, sorang ujung bulan. Merasa la dorang potong2 kek.. Kakak sulung aku anak2 panggil dia Ibu, kakak no2 mak Afiq, anak2 panggil Mama, then aku plak anak buah panggil Mummy, adek pompuan aku dorang panggil Umi. So kami berempat pompuan suma ada panggilan masing2 utk anak buah. Rasa seronok je dengar anak buah panggil camtu. Hehee..



Birthday cake.

Kakak aku beli kek tema Despicable Me. Perisa stoberi klu tak silap kek ni. Sedap.






cucuk 3batang lilin besar, 1batang lilin kecik, means 31 la tu.. Yah, Ibu is 31YO already.

Happy Birthday Ibu & Mohd. Rafiq Aiman









Birthday boy




Eyh, org len plak yg potong kek.. hahahaha....

Anak buah yg len kemaen kecoh je masa ni. Masing2 nak tiup lilin, nak potong kek gak

4orang anak buah. Setakat ini..

Iqa, Afiq, Iqbal & Wana

lawa kotak kek ni kan..kemaen cantik lagi.

Pagi raya pertama..Baju raya dorang tema grey.

ecewaaahhhh...big boy already..

Afiq & Iqa..2beradik ni pun bole tahan jgk kalau gaduh


Perasan tak?? mata Iqa kembang sebelah sbb dia pun salah sorang mangsa sakit mata.


Salam raya. Aku la yg suruh dorang buat aksi2 gini. Besela, mummy dorang ni kan suka amik gambar

Nila family kecik kakak aku. Ni kakak aku no.2. Iye, memang kecik dari aku..Dorang punya tema tahun pink kelabu

sweeetttttt jer..

free style katenyeeeee

Dalam keta. Masa ni entah ape yg 2sepupu ni gaduhkan. Dua2 ni anak sulung kakak2 aku.



So, to my child fruit, Happy Birthday Mohd Rafiq Aiman. Mummy doakan Afiq akan jadi ank, abang & cucu yang akan membanggakan keluarga. Semoga Afiq diberikan kejayaan, kebahagiaan, kesihatan, kekayaan & kesenangan di dunia & Akhirat. Bila besar esok, jaga adik Iqa & mama bagus2 yah. Mummy, mama, ibu & ummi suma sayangkan Afiq. Love u Rafiq Aiman!!!

 

07/08/2014

Cerita Raya Aidilfitri #Syawal2014 #part2

Hamboooiiiiiii... ko tengok, ko tengoookkkkk... dah pandai nak berpart2 pulakk.. Alaahhh, bkn selalu pun.. Rasanya baru kali ni kut.. kan?? heheee.. Ok, sambung cerita pasal raya. Masa raya ke3 tu, ada kawan bapak aku datang rumah. 1family datang. Dulu masa kitorang kecik2 lagi dah penah jumpa. Dorang dah penah datang. Dulu2 mandi sungai apa ada hal. Terjun sungai masa tu kira macam dah terer giler dah.. Mandi air sungai sampai kaler tukar macam warna teh tarik pun mana ada kesahnyer.. Anak2 kawan bapak aku tu 5orang. Sorang je laki. Masa tu anak bujang dia tak datang. 4orang pompuan suma datang. Kemaen lawa2 sume. Aku syak yang laki tu mesti dah hensem giler skang. Heheee... Kebetulan, hari yang sama tu, raya ke3, sepupu aku datang gak. Dia study kt UPM Bintulu. Tp x balik beraya ke Sabah. So dtg lah dia ke rumah membawa teman2 seperjuangan yang ada. Meriah jugak la rumah aku masa raya ke3 tu. Eyh, tetiap tahun mesti meriah sebab adek beradik suma ada. Keluarga aku ni keluarga besar.

Petang tu kawan bapak balik. Aku plak petang tu tido2 la kejap.. Ada gak masa kejap nak rehat. Sedar2 je mata aku sikit lagi x bole nak bukak. Yela, dah kena sakit mata kan. Malam tu pulun gak bejalan. Bawak sepupu aku dgn kengkawan dia beraya skali kat kampong. Ada gambar sikit.. Sekadar hiasan jela ponnnn...



Dalam kapal dah masa ni.. 1st time aku beli benda tu. Kan nak tidoooo...tanak la silau2 kang..

mengantok punya muka

Ni klau tak silap malam raya kut..anak2 buah turun depan rumah men bunga api


Iqa & Iqbal. Dorang ni kadang baik, kadang gaduh..Stressssss!!!



Raya pertama. Tengok mata anak buah aku tu, kembang sebelah. Dia pun salah sorang mangsa sakit mata.


gegar2 la plakkk

With Iqbal




Ni lah malam raya ke3 kalau tak silap aku. Masa ni kat umah sorang makcik aku tu. Aku Tanya sepupu aku dengan kawan2 dia, brapa rumah dah korang pegi? Dorang jawab rumah ni rumah ke6.. amboooiiiii... sakan jgk la. Masa ni adek lelaki aku yang bawak dorang bejalan. then singgah ke rumah ni sbb kebetulan time tu aku dengan kakak2 aku masih kat rumah ni lagi. So masa balik tu baru aku balik sekali dgn dorang.

With Iqbal again


Nilah mereka cewek2 yang datang beraya kat rumah aku.

Kat gambar ni baru aku perasn ada anak buah aku, wana. Yg peluk wana tu nama Farah, then sepupu aku, Tika. Sebelah dia Nad, Moon, then yg pegag henbeg tu Ain.

Ada lagi gambar. Takat ni aku aplod yang tu jelaa. Esok2 aku aplod lagi.


06/08/2014

Cerita Raya Aidilfitri #Syawal2014

Sabtu lepas 2hari sebelum raya dah balik kampong. Aku balik Miri macam biasa. Dah setahun x balik. Hebat tak?? eheee... Kali ni balik sebab raya la. Kalau ikutkan aku tanak balik pun.. hahahaa... berani?? cubelah!!! Flight mcm bese, amik awal pagi, so jumaat malam tu dah gerak pegi epot KLIA2. Hari jumaat tu aku keje lagi tau. Pegi opis macam bese. Padahal barang2 kat umah x packing lagi. Petang tu plak aku balik agak lambat sbb kelam kabut baru nak checkin la, nak print boarding pass plak la. Kira aku jgk la paling last kuar opis aritu. Sampai umah terus rasa macam xtau camne nak packing sume baju2, kuih2 raya dgn sume barang yg nak bawak balik. Sbb aku risau takut terlebih berat je. dah 1 hal plak kang kena byr nanti. So kemas punya kemas, packing punya packing, finally 1 bagasi dgn 1kotak. Siap!!! Malam dalam pukul 10pm mcm tu gerak pegi epot. Dah janji dgn 2 org kawan. Dorang nak balik Tawau. So malam tu stay epot. Lepak Baskin Robbin. Awal pagi plak pindah ke Mekdi nak sahur. Opppssssss...,kantoi plakkk... heheee...

Pagi pukul 6am dah siap2, masuk barang dlm kargo, masing2 dah boarding. Aku plak x sempat nak jumpa kawan2 aku tu last minit sbb dorg punya panggilan cepat sangat. Lebih kurang jam 7 mcm tu aku pun fly blk Miri. Tempat duduk plak barisan kedua dr depan, dapat plak tepi tingkap, mmg ohsem lah!!! 2jam 15minit, separuh masa dihabiskan untuk tidur. Sedar2, masih lagi atas awan dalam kapal Airasia AK 5640. Then 9.30am selamat landing epot Miri. Aku ada satu perangai. Xtau la perangai ke, tabiat ke apa ke, tiap kali nak balik kampong kan, akan ada 1 perasaan tu rasa macam sebak je. Bila dah landing tu mesti tetiba rasa emo je, rasa tacing giler. Xtau nape. Hehehe... Masa kat epot plak, aku menunggu lebih kurang 2jam. Agak sakit hati jgk la sbb tade sapa dtg jemput. Sbb dah tak larat sangat, penat, mengantuk, dan agak sikit sentap serta kecik hati hamper nak merajuk, walaupun tak posa sbb cuti kan, so aku amik teksi suh hantar pegi stesen bas. Hampir nak naik bas je balik umah. Yela, org tgh PMS kut, mana tak kemaen emo masa tu. Hahahaaaa...

So, Raya kali ni rasa macam tak berapa nak raya sangat. Sebabnya aku kena sakit mata betul2 masa raya pertama. Seksa gile tau tak!!! Hampir 1family berjangkit. Suma pun berjangkit dr anak buah aku yang kecik tu, Iqbal. Dia yg bwk skt tu. Start jangkit dr abah dia, pi plak kt ibu dia, pastu kena kakak dia, dahtu kena plak kt anak buah yg sorg. Last2 kena jangkit kat aku. Petang raya tu mmg mata aku dh rasa len macam. Dah start gatal2, merah, berair. Memang menunjukkan tanda2 nak kena sakit mata. Malam tu bermulalah adegan tutup2 mata guna tisu. Lap2 air mata dgn taik mata yg bergenang kt mata belah kanan. Adoooooiiiiiiiiiii.... Xsempurna raya I olllsssss....!!!!

Nak jalan beraya pun macam xda mood sangat. Dalam pada xda mood sangat tu kan, raya ke2 tu sakan jgk la aku join mak aku dgn makcik2 sedara aku jalan beraya. Pegi umah sedara-mara je pun. Malam tu xda jalan mana2. Dok umah jela. Oh ye, lagi 1 nape aku rasa raya kali ni mcm x berapa nk raya sgt sbb mak aku x masak kari ayam. Hahahahaaaa... Ok, klu nak tau, fevret food aku bila raya is kari ayam. Aku suka makan kari. Tapi kat KL ni xpenah la plak aku sakan nak belasah makan kari ayam. Well, my mom chicken curry is the best!!!!! So nak makan pun mcm xbrapa nak makan sgt. Tambah pulak dengan musim durian kat kampong tu. Aku tak suka durian!!!! I HATE DURIAN SO MUCH!!!! Yah, perkara ditakuti bila balik kampong is musim durian dan ketiadaan air. Dalam keluarga, aku sorang je yg xpdulikan durian2 yang ada kt rumah tu. Tak suka ok!!!

Lagi yg aku frust pasal raya kali ni psl baju raya aku. Frust sbb baju2 suma besar. Eh, I dah kurus ok!!! Hahahahaaaa... kurus tang jari jemari jelaaaaa... hahahahaaa... Tapi seriously, baju2 raya aku sume pun menggelebeh je. Bencinyeeeeeeee..!!!!! Dah anta kt tailor mintak alter, tp x alter pun. Mencik makcik!!!!

Gambar raya??? xde sangat kut.. yg ade banyak pun gambar2 anak buah aku jela. Well, aku suka amik gambar dan bergambar. Tapi tang bergambar tu kena ada yg rajin melayan nak tangkap gambar aku lah. Tapi sbb tade, so amik gmbar anak2 buah jela. Bole tatap2.

Takde gambar ye, malas nak aplod dulu. Esok2 aku aplod gambar. Dah nama pun cerita raya kan, ofkoz cuma cerita sahaja. Hehehe... esok gambar raya pulakkkk...

Penghujung Ramadhan & Cerita Hari Raya 2016 Lagi

Masa dekat2 yg kitorang nak balik kampong tu sempat la aku bukak posa dgn adik2 aku. xde la bukak kt mana pun. Bwk pegi opis aku je..hehe......