17/05/2015

FAMILY DAY OFFICE AT EAGLE RANCH, PORT DICKSON.

Hai.


Sementara ada masa, peluang dan ruang ni, meh la merajinkan diri apdet blog kan. Dah lama kut tak berapdet blog ni. Cerita pun dah lama. Beberapa bulan lepas. Klu makanan ni dah basi la kut. Tak bole makan dah. Tp ni cerita. Basi tak basi tetap nak cerita gak.



Bulan 1 aritu la. Tahun ni jugak la. Ofis aku buat Family Day. Lama dah dorang plan. Memula aku dengar dorang nak buat kat Melaka. Tp atas sebab2 yang tidak dpt dielakkan makanya lokasi bertukar ke Eagle Ranch Port Dickson. Ni kali ke2 aku pegi Family Day ofis. Sebelum ni buat Family Day Cawangan punya aku tak penah pegi. Ada jela sbbnya masa tu. Family Day yang mula2 aku penah pegi dulu masa kat opis lama, masa kt BKES dlu. Siap dpt anugerah Staf Paling Popular ok. Hahahahaaaaaa..... klu Artis Popular ni dah dpt sebijik kereta la kut kan. Beserta set barangan kemas. Gittuuuuu... Tp ni bkn hokayh.



So, family day tu buat hari sabtu dan ahad. 2hari 1 malam. Gerak tengahari sabtu, aku pegi dengan Dila. Dia amik aku kt rumah. Dia drive keta dia. Gila laju dia bawak keta. Asek la amik line kanan aje. Hahahahaa.. Sampai je ER tengahari tu, dh siap checkin bilik, letak barang sume, aku ngan Dila keluar pegi lunch. Lapar kuttt... Tapi masa tu tak tau nak makan kat mana, so just stop singgah jela mana2 pun. Last2 kitorang singgah makan kat 1 kedai ni, makan la nasi ayam je pun. Tapi sedap ok. Alhamdulillah, kenyang. Tapi sory, gambar takda. Aku dh delete pulakkk...


 Dah setel makan, blk semula ke ER. Petang tu ada game. Mcm biasala kan, kena ada sukaneka. Seronok jumpa family semua. Masing-masing bawak anak ngan laki bini. Aku ngan Dila dah konfem2 la datang bawak diri sendiri je kan. Nama pun still bujang. Hehee... Main game mcm biasa, mestila ada hadia kan. Budak2 pun ada game jugak tau. Kutip gula2. Itu pn dorang dah terlebih seronok. Tp aku nampak masa tu mak bapak la yg tolong kutipkan gula2. Hahahaaa... Jgn risau, semua pun dapat hadiah. Barulah ada keadilan di dunia... cewaaahhhhh...


Gambar xde sangat. Sbb masa tu aku tak pegang henfon sangat pun. Bizi nak main game katekannn... Ada pun gambar yang kak Farah amik tp suma dah ilang dr fon aku. Mijang pulak masa ni dia smpai lambat so memang xda langsung gambar yang dia dapat tangkap.


Malam tu kitorang ada dinner. Ada Fashion Show utk budak2. Oh ye, malam tu aku dah diamanahkan untuk menjadik MC. Bukan aku sorang, tp dengan Kak Sham. So malam tu kami adalah Master Of Ceremony. Gittuuuuu... Nerves jugak sebenarnya. Kak Sham pun tak abis2 takut. Hahahahaa....1st time la katekaannnn... Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Siap ada lucky draw. Dan aku salah seorang yang dapat lucky draw tu tau. 1st time dapat lucky draw selama 25tahun hidup. Hahahahaaaa.....sedeeyyyhhhhhh!!!!!!


Malam tu jugak tema kitorang adalah 'Masquerade'. So bertopeng la bagai. Aku dengan kak sham siap pegi shopping sama dan plan nak pakai ape malam tu. Malam sebelum nak pegi tu aku siap buat skrip ok. Hahahahaa.... yela, xpenah2 handle majlis macam ni. Tp sebab majlis santai je, xdela serius sangat pun. Tapi masa malam tu xdala rujuk sangat pun skrip yg kami buat. Kami main cakap je. Janji kena pada suasana.


Gambar x ada sangat so xbole nak aplod. Kalau ada pun mungkin tidak semenarik. Xpe, next time cari gamba.



ok, bye.







Ok, last... terimalah.....

















Nah la, sebijik gambar tuan punya blog yg jdik MC mlm tu.

Penghujung Ramadhan & Cerita Hari Raya 2016 Lagi

Masa dekat2 yg kitorang nak balik kampong tu sempat la aku bukak posa dgn adik2 aku. xde la bukak kt mana pun. Bwk pegi opis aku je..hehe......