16/07/2016

Hari Raya 2016

Aku balik Miri 2hb hari sabtu. Flight aku jam 11.35pagi. So sampai miri dalam jam 1.30pm mcm tu. Mcm biasa, Encik Hasmizul jemput aku.. Kbetulan hari tu makcik dia skeluarga pn trbang dr Kuching.. dh smpai jam 9pagi tu. So aku pun ikut la skali ngan family dia pegi shoping raya. Petang tu sampai rumah aku tolong mak aku siapkn menu berbuka puasa pulak. Mak aku masak barobbok hokayh...bertambah2 aku makan. Sedap...lama sangat tak makan. Raya kali ni kakak sulung aku xda blk. Sbb bapak mertua dia bru je meninggal, so mcm x best la klu trus blk miri kan. Kakak aku yg no2 pn xde sbb dia ikut husband dia pegi Pontianak, Indonesia. Anak2 dia x ikut. Abang aku dkt Johor pun x balik sbb dia ckp nti bulan 11 dia nk blk jgk. So raya kali ni cuma kami2 jela 4beradek. Tapi tu pun raya ke2 mak,bapak,adek pmpuan aku dgn adek bongsu aku pegi ke Sabah pulak.



So hari ahad xde ke mn..Then hari isnin bejalan ke miri. Ikut la si dia dengan kawan2 nya. Berbuka puasa diluar sama ngan dorang semua. Aku masa tu nak cari tudung sbb nak matchkan ngan baju raya aku tp xde pulak jumpa tudung yg brkenan. Last2 aku x shopping apa pun. Kawan2 dia yg len ada gak la shopping...Dia pn sempat la beli sluar 2helai. Petang tu kitorang sume bukak posa sama-sama makan ramai2 kat 1 restoran ni...makan buffet. Lepas mkn je join dorang lagi pegi tgk wayang cite The Legend Of Tarzan. Sakan ok dorang ni.. Setel tgk wayang pegi pulak lagi mkn KFC.



menunggu kawan dia yang shopping

tu suma kawan2 dia..aku kenal jgk la dgn dorang suma2 ni sbb ada yg sama skolah dgn aku dulu.


Raya 1st, pagi tu pegi sembahyang raya kat masjid dgn mak, bapak ngan adik2 aku. Kitorang ber6 jela kt ruma sbb anak buah aku yg 2 org tu bapak dorang dh ambil bwk gi ruma belah sana utk beraya sekali. Lepas sembahyang raya trus pegi ruma sedara. Lepas smbhyang tu ada la 1 rumah je kitorang pegi lpas tu balik ruma. Balik ruma mcm biasa la, buat air siap2, kemas rumah ckit2 last touch up la katakan, lepas tu baru bole rilek2. Rilek x rilek sangat sbb tetamu x putus2 datang rumah..Alhamdulillah. Budak2 pun ramai je datang. Lagi seronok la dorang sbb tuan rumah ada bagi angpau duit raya. Zaman aku nak dpt2 duit raya tu suma dh lama berlalu. Cuma sejak dh keja ni ada la skali dua je dpt merasa dpt duit raya. Hehehee...syukur sangat dah tu.


Siang aku x bejalan sangat. Ptg tu je aku ada jalan kejap sbb sepupu aku ada dtg so aku ajak pegi rumah kawan skolah dia msa kat teknik dulu yg juga merupakan kawan aku. Ptg tu pegi 2 rumah je then terus balik rumah. Malam tu baru aku start jln beraya lagi. Tu pun mcm biasa ikut boyfriend aku dan kawan2 dia pegi beraya ruma kawan dorang.


ni kat ruma salah sorang kawan dorang. Aku kenal jgk la. Malam raya 1st..Masa ni org sbelah kekenyangan sangat dh ni sbb baru lepas melantak sbb makcik kt rumah ni bagi makan. Macam biasa, burasak dan ayam berpisah tiada di musim raya ni
 Malam tu je aku join dorang adala dalam 3ruma aku ikut pegi beraya. Aku kenal je semua tuan rumah tu. Salah satu rumah yg kitorang ada pegi mlm tu ruma kawan skolah aku dlu. Dia dh kawin. Anak dah 2 ok..sepasang. Lepas setel beraya malam tu dia hntar aku balik rumah la. Macam biasa, dh jemput td kena la hantar balik jugak.

Then raya kedua esoknya tu awal2 pagi dalam pukul 6pagi mcm tu mak bapak aku gerak dah pegi Sabah. So tinggal la aku berdua dengan adik aku yang kedua bongsu. 1st time kena tinggal beraya sendiri mcm ni. Dan raya kali ni jugak xde sangat gmbar ramai2 family sbb masing2 dh bzy start pagi raya. Raya kedua ni pun siang aku kt rumah je. Kemas2 rumah, tunggu tetamu dtg. Then petang dlm pukul 3ptg cmtu dia dtg ambil aku sbb kitorang nak beraya kat tmpat jauh pulak. Tempat tu aku tau, tapi nak kena masuk dalam tu yg jauh. Rumah kawan kpd kawan. Hahahahaaa....kawan lah sangat... >-<

Setiap kali aku ikut geng2 dia ni bjalan, kebanyakan rumah yg kami pegi semua pun mcm buat rumah terbuka sbb siap bagi makan lg. Macam2..mana la dorang ni x kenyang kan. Well, macam tu la raya kat tempat kami ni.Maksud aku, raya di kalangan org Bugis mcm kami ni..Ko xkan stop tgk burasak akan sentiasa terhidang.


ni rumah kedua yang kami pegi beraya masa raya kedua tu. Ruma awek kpd salah sorang kwn dorang ni jugak. Rumah 1st yg kami pegi td pun rumah awek kpd kwn dorang.





Kat cni sbnrnya ruma 1st yg kami pegi masa raya kedua ni. Ni pn sbnrnya dh nk blk..sblm naik keta tu yg ajak dia selfie dlu...Kami sedondon hijau. Warna fevret dia..1st time pakai sedondon mcm ni..heheeee

ni rumah kedua. Rumah pmpuan yg pakai tudung hijau kt depan sbelah aku tu. Laki kt blkg dia tu pakwe dia.

kawan2 dia...yg dduk belah sana tu pun geng2 dia semua ni





kami...masa ni ada la dlm 4buah keta kot konvoi pegi beraya.



Raya ketiga pun sama siangnya aku xda pegi mn sangat sbb dok ruma je. Malam camtu baru kami bejalan. Raya ketiga mlm tu klu tak silap aku pegi ruma kawan aku yg sama skolah dgn aku dulu jgk. Lepas tu pegi ruma yg mmg wajib tiap thn mesti pegi. Kawan aku jugak msa skola dlu. Kira mcm family jgk la.

Then raya ke4 pegi pantai pulak buat BBQ. Sakan btl geng2 dorang ni. Macam tahun lepas, aku ada ikut jugak. Dorang buat kat Taman Negara Lambir. Dorang syok la, best bole mandi2 air terjun. Aku masa tu kena suh jaga sayap panggang. Dah la x reti. X penah ada pengalaman men panggang2 ni tau. Aku hantam jela. Janji ada yg jaga masa tu..hahahaaa...Nak di jadikan cerita masa tu, kawan aku yg dh lama kami x kontek disebabkan ada perselisihan faham antara kami, dia ada datang masa ni. Boyfriend dia pn geng2 dgn dorang ni jugak. Kat ctu la kami jumpa semula utk kesekian lamanya x jumpa. Aku happy campur sedih pn ada masa tu. Alhamdulillah sekarang kami dh ok. Dan aku rindukan dia. Jujur, sebelum kami kontek balik dulu tu, aku kerap mimpikan dia. Penah terfikir nak cari dia, nak kontek dia, tp xtau cmna. Last2, masa tahun baru cina 2014 tu kami kontek blk. Alhamdulillah..


Balik semula dekat cerita aku psl BBQ ngan geng2 dorang ni, masa ni kami yg pmpuan2 jaga sayap panggang. Dorang yg len tu suma pegi mandi pantai. Aku ada jugak rasa teringin nak main air laut tapi takut tgk ombak masa tu kuat sangat la plak. Masa otw tu, mak dia ada kol siap pesan x suru dia turun mandi laut. Hahahahaaa...padahal sebelum tu kemain dia beriya2 nak mandi laut siap ada bawak baju spare ok. Last2 dia pn takat celup2 badan jela kat sipi2 air laut tu. Xde langsung gambar masa tu sbb nape tah x amik gmbar. Memasing suma dh syok sngat mandi pantai. Then petang tu balik dr pantai ingat nak singgah beraya kt rumah kwan dorang tp disebabkan ada jugak kawan dia dtg dr Bintulu nak beraya so kami terus balik jela. Balik tu pulak bkn dia hntar aku blk dulu, singgah plak lg kt ruma dia. Xpasal2 kena suru buat air utk kawan2 dia. Dia suru buat air bandung hokayh...hahahaaaaaa.... Dah setel buatkan air tetiba dia masuk dapur bagi tahu mak dia yg dia nak bagi kawan2 dia makan. Kelam kabut mak dia panaskan makanan dan masak lagi lauk tambahan. Kebetulan aku ada masa tu so tolong2 la skali mak dia kat dapur apa2 yg patut masa tu. Dah tlg masak, angkat pulak suma makanan hidang kat luar utk dia ngan kawan2 dia makan.


1st time masuk dapur tu tolong mak dia tau. Heheheee....aku ni dahla jenis x pandai nak amik hati org tua. Aku jenis x reti. So far Alhamdulillah penerimaan family dia semua ok. Terasa diri diterima..ecewaaahhhhhh....hahahaaaa...perasan sangat dh niiiii >_<... Lepas setel suma baru kitorang sambung jln. Bwk kawan2 dia dr Bintulu tu td pegi beraya. Lps tu baru dia hntar aku blk ruma..


Esoknya raya kelima, pun aku stay kt ruma je. Mlm tu baru kitorang pegi rumah pakcik aku kt miri beraya. Adik aku pn ikut gak. So ruma kosong takde org... Masa sampai tu pening jugak la nak cari rumah pakcik aku sbb aku x ingat jalan. Penah pegi tapi aku x mmg xtau jalan. Ingat2 lupa. Nasib baik malam tu jumpa jugak la..


ni raya kelima. Kt ruma pakcik aku..yg ujung tu baju kelabu tu pakcik aku..adek beradik bapak aku
 Masa kat rumah pakcik aku ni, dalam jam 9.30mlm lebih kurang tetiba bekas abg ipar aku ada kol. Sbb dia hntar balik anak buah aku, sbb esok tu kan isnin budak dh skola. Aku masa tu nk ngamuk pun ada sebab dia hntar dh lmbat. Dahla lmbat hntar, last minit pulak tu sbb dh mlm. Mcm nak ajak gaduh gak la tp mngenangkan anak buah aku 2 org tu so terpaksa la balik jugak. Lebih kurang pukul 11lebih jugak la baru smpai ruma aku mlm tu. Sampai je ruma kelam kabut aku suh anak buah aku yg sulung kemas barang2 dia sbb esok dia kena masuk asrama. Yg adik tu pn aku suru kemas jugak buku2 skola, baju skola suma standby sbb dia dh drjah 1. Setel kemas buku, barang semua, baju2 skola dorang pn aku setel gosokkn, dekat jam 1 pagi jugak baru tdo. Esok pagi tu nasib la x lambat anak2 buah aku nak pegi skola. Sempat la aku buatkan nasi goreng utk breakfast sblm gerak pegi skola.


Then ptg isnin tu pegi skola lg sbb nk hntar brg2 anak buah aku yg trtinggal. Lepas tu bwk ank buah aku lg sorang pegi makan kepsi. Aku x masak sangat kt ruma. Takat masak nasi tu yela. Lauk2 lain nk masak beriya xda sapa sgt nk mkn. Stakat kami br3 je kt ruma baiklah mkn luar @ tapau je..hehee...Masa ni pn mak bapak ngan adik2 aku dr Sabah tu pn x blk lagi. Kakak aku ngan husband dia pn masi kt indon sbb ada bbrapa urusan nk setel.

Macam tula cerita raya aku tahun ni. Sakan bejalan aku tahun ni sbb kat ruma xde orang..hehee...tahun2 sblm ni asek la dok ruma tggu tamu dtg so thn ni aku pulak jd tetamu pegi beraya. Hari selasa malam aku balik KL. Macam biasa, dia gak la hantar aku pegi epot. Mak, makcik ngan adik dia pun ikut gak.


kat epot dah..


Setel cerita sekaligus dr raya pertama sampai raya kelima..hehehe..ok, nti aku sambung lagi cerita.





JALAN-JALAN KE PADANG BESAR

Sebenarnya ni tak dirancang sangat pun. Akak-akak kat opis aku ni yg ajak. Yang masih bujang lagi la.. Kami berlima semuanya. Aku, kak Hazlin, Kak Aini, Kak Zatul & Coleen. Lima orang ni suma still bujang lagi dan kerja dalam 1opis. So masa kak Hazlin tanya aku nak join tak, aku terus je cakap nak. Sebab aku kan tak penah sampai lagi ke sana tu. So tu yang terus on je. Tiket pegi blk semua kak aini ngan coleen yang uruskan. Penginapan tu kak zatul yang urus. So tiket pegi balik dari KL Sentral ke Padang Besar dengan menaiki Tren ETS untuk seorang dewasa adalah RM82. So pegi blk tiket tren saja RM164. Tempat penginapan pulak kami stay homestay yang ada kat area situ jugak.. Homestay tu 1 malam RM100. So bahagi 5orang sorang byr rm20 jela. Tapi total semua sorang byr RM250 untuk semua2 tu. Sebab mcm tula yg kak aini cadangkn. Dia yang kumpul duit. Kitorang byr RM250 seorang kiranya utk tiket tren ets pegi-balik, penginapan homestay, tambang teksi dr stesen tren ke homestay, dan duit mkn. Aku rasa sangat berbaloi. Kitorang gerak hari sabtu pagi. Kumpul kat KL Sentral. Then pegi brekfes dulu. Aku ade la jugak beli jajan ckit. In case lapar dalam tren ke kan.. sbb kak aini ada ckp beli makan dalam tren tu mahal.


Perjalanan makan masa 5jam kalau tak silap aku. Eh ni dah lama punya cerita tau..Lama tergendala nak update cerita pasal Padang Besar ni. So aku macam ingat2 lupa... >-<  Masa sampai tu kitorang naik kereta sewa untuk pegi homestay. Aku x ingat tambang sbb kak aini yg urus. Masa sampai homestay terus letak barang. Setek suma apa yang patut then terus pegi ke pasar tempat org2 shopping. Tapi sebelum tu kan kena la pegi makan dulu. Lapar hoiii...smpai2 tu pun dah tghari. Mmmg sedang elok utk lunch sbb memasing dh lapar. Dapat pulak kedai yang masakannya sedap. Puas hati sangat. Korang tengok jela gambar yer.. Aku ni pun kena berpandukan gambar baru bole ingat balik suma kejadian2 throwback ni suma. Kebanyakkan suma dr henfon aku je.


pagi..dalam tren ETS..OTW to Padang Besar

kami ber4 duduk dekat2..tetiba coleen plak trcampak dduk jauh ckit dr ktorang


suasana dalam tren ETS

Aku dduk ngan kak Zatul



Perjalanan 5jam ok..Dalam tren tu pulak sejuk yakmat...terpaksa pegi beli air milo kasi hangat2 ckit badan


Aku lupa ni stesen mana...tapi kitorang satu tren dengan A. Samad Said..Kenal lg tak??? Aku tak sempat nak ajak selfie sbb masa sebelum dia trun ni dia ada lalu tepi ktorang pegi toilet

A. Samad Said...Masa skolah dulu femes dgn puisi2 dia

masa ni dekat2 nak sampai dah ni


pemandangan sepanjang perjalanan

masa ni kan musim panas yang panas sangat..so x bole nak tgk pemandangan sawah padi




dah sampai Padang BESARRRRRRR!!!!!!!!Oh ni kak Hazlin

Selamat Datang Ke PADANG BESAR

Ni no telefon abang yang bawak kitorang pegi homestay..Masa nak balik pun dia jugak jemput hntar pegi stesen ktm ETS..Lupa dah apa nama abg ni
 


kat kedai makan..kedai ni masakan sedapa2..Highly recommended!!!

ABC Kelapa...kak lin punya


kami berlima



kitorang oder Tomyam Kelapa, Sayur Campur, Telur Dadar...bukan ni je tau...ade lagi belum sampai..hahahaaa


ok, kasi close up ckit gambar Sayur Campur...walaupun cuma Sayur campur je yer,bila tringat ni balik bole bkin teliur hokayh

Tom Yam Kelapa

Telur Dadar

Telur dadar oder sampai 2, tu tomyam lebihan dari kelapa x muat so org tu letak dlm mangkuk..ujung tu timun ngan sambal belacan

IKANNNNN!!!!!.....Ikan ni terpaling sedappppp....Lupa apa nama masakan...Tapi memang sedap

Tangan sapa plak ni???hahahaaaa

Tengokkkk...liciiiiinnnnnnnnn....abis kebulur suma..hahahaa


Gerai ni paling ujung...Lepas abis makan,pekerja kedai tu bg kitorang keropok ni.. .hehee...So kalau datang Padang Besar jgn lupa dtg cni makan.Oder masakan panas2..masakan panas2 dia suma tiptop...Esoknya nak balik pun kitorang lunch cni lg


So lepas setel makan, perut kenyang suka hati, kami teruskan shoping. Aku jela yang terus shoping..dorang yang lain survey2 dulu. Jenis aku, apa yg aku nak memang itu jela aku akn cari. Masa pegi cni aku memang aim nak beli Toto..Taget nak beli dlm 3 mcm tu, tp bole beli 2 je sbb benda tu besar gedabak.Kalau pegi bwk kete sendiri rasanya bole la kut shopping sakan berabis. Lagi 1, ada cerita lucu jugak berkaitan toto ni...hahahahaaa...kalau ingat balik, senyum jela aku.Sebab nak gelak dah abis gelak masa hari kejadian. Ada jugak aku beli tshirt utk anak buah aku. Utk aku rasanya mcm takde apa sangat la yang aku beli. Memang ingat nak beli toto je nk bg ke mak aku..Utk adik laki ngan bapak aku belikan jubbah ngan baju melayu. Makanan jajan2 pun byk gak aku beli..Masa hari pertama baru sampai ni je aku terus beli 1 toto. Nak mntak lg murah tp penjual tu tanak bg dah.



Nama sama, tp berlainan. Masa ni nak balik homestay lg balik lepas seharian penat shopping..Toto org semenanjung dok sebut2 ni yg kita biasa pakai tidur kan.Tapi toto kat tempat aku ni mmg org dok ingat no ekor tu jela..Sebenarnya sebelum pegi ni, aku ada borak2 dgn Coleen. Sembang2 psl nak beli apa nanti bila sampai sana. So aku bagi tahu aku nak beli Toto ni la. Dia terkejut.. Siap Tanya aku bole ke aku beli benda tu??xpe ke???Hahahahaaaa....rupa2nya mati2 dia ingt toto yg aku cakap tu no ekor...


Lepas aku beli toto tu, aku cerita kat dorg ni semua psl toto aku tu. Haahahhaaaa....berabis gelak semua...heheee...Oh, Coleen ngan aku org Sarawak. Dia xtau benda tu org cni panggil Toto. Dia cuma tau Toto tu no ekor tu jela..heheee....

Malam tu xda keluar pegi mn. Memang stay kt homestay jela. Keluar mkn pun tak sbb siang td dh kenyang melantak makan sampai licin abis semua xde sisa..Malam tu mmg pulun rehat. Sebab esok pagi nak kena keluar awal lagi nak sambung shopping.


Ni gambar pagi ahad. Nak keluar cari sarapan. Kak aini nak bawak kitorang pegi makan pulut ayam. Kat cni kan biasa pagi2 org makan pulut. Eksaited jugak nak tau mcm mn rupa dan rasa wlupun cuma sekadar pulut dan ayam goreng

Nilah dia Pulut Ayam. Lepas mkn ni aku bedal plak lg nasi lemak sebungkus kecik. Sedap plak makan pulut ayam ni. Sampai KL teringat2 aku..nak pegi sna lg ntah bila.


Lepas srapan sambung shopping. Aku beli toto lg. Dorang yg lain pn beli macam2 jgk aku tgk. Then tengahari kitorang pegi lunch tempat sama dgn smlm masa baru sampai. Tapi kali ni oder menu lain sbb nak rasa masakan lain pulak.


ni klu tak silap aku laksa.. Laksa apa tah aku lupa pulak full name nya..yg ni Coleen yg oder


ABC Special

ABC Special dan ABC Kelapa

Tom Yam lagi

 Dah..tu jela..heheee...xdela..byk jgk menu yg kitorang oder tp nape tah bole plak aku xde amik gmbar time ni. Lepas makan balik homestay kemas2 brg then siap2 nak balik. Percutian 2hari 1malam dengan geng2 bujang. Lepas ni insyaAllah bole pegi tempat lain pulak kan...


Dalam tren, ruang tempat letak brg ni penuh brg kami je..hahahaaa..nasib lah yer


pemandangan sepanjang perjalanan




Masa balik kitorang naik tren pukul 4petang. Sampai KL Sentral pukul 9mlm klu tak silap. Aku smpai rumah dlm 10.30 ke pukul 11mlm cmtu. Esoknya isnin keje plak lg mcm biasa.


ni dalam tren masa otw balik. Aku ngan Coleen lapar pegi la beli makan then mkn kt ctu. Sedap la makan panas2 dh la kt dlm tempat sejukkan..

Balik KL teringat Pulut Ayam so pegi la cari brekfas pulut then beli ngan ayam goring.Pun jadik la..hahahaaaaa

 
 
 
Ok, akhirnya setel jugak cerita Padang Besar ni..Lama terperap dlm draft...
 
 
 
 
 


TAHUN 2019.

Assalamualaikum... Lama tak update blog. Last update semua cuma tinggal jadi draft. Sedih nau blog aku ni..semakin sendu nampaknya. Ok, just...