30/04/2012

Cheese Tart Yang Lazat.

Assalamualaikum...



Selamat hari ISNIN!!!!!! Arini kan opis aku tersangatla sunyinya disebabkan ramai staf cuti. Bos2 pun suma cuti. So, tinggallah aku sorang2 kat depan ni. Kebetulan arini jugak ada ceramah pasal integriti kat dalam bilik meeting depan, aku tak join pun sebab malas. Lagi 1 kang takde pulak sapa nak jaga kat depan ni kan. So biala aku berkorban. Hihiii...


Ok, mari aku teruskan dengan cerita yang sebenar berdasarkan tajuk yang tertera kat atas. Heheheeee... Eyh, sapa suka makan cheese tart??? Apa saja berkaitan dengan cheese laa.. korang suka tak?? mesti suka kannn... Aku, kureng sikit laaa... kakak aku no.2 sangat suka dengan cheese. Terutama cheese kek tulaa.. Nak cita pasal jumaat lepas sebenarnya ni. Kalu tak silap aku la, jumat la kut. Lupa daaahhh.. Kak Aida tula, dia ada beli cheese tart tu. Sedaaaappp... aku makan 3ketul jek. Kira banyak dah tuuuu... dahla cheese pulak tu.. peerrgghhhhhh...Jeng, jeng, jeeeennnggggggg.....






tadaaaaaaaaa... ni dia, cheese tart yang super duper comels tapi sedap lazat lemak berkrim disukai ramai.. hahaaa...



1bekas ni kak aida cakap Rm7. Dalam bekas ni ada 12bijik sumanya. Tapi dah tinggal 5bijik ni je sebab memula tadi dah makan.. huahuahuaaa...



Dalam 1bekas ni jugak ada 3perisa. 4bijik perisa coklat, 4bijik perisa strawbery yang 4bijik lagi tu blueberry. Sedap!!!


Model cheese tart yang tak brapa nak jadik model sangat.. hahahaaahh.... =P


Hai sume, sile la beli cheese tart ini ye. Dan nikmati rasanya yang sangat gojes. Anda pasti merasa comel ketika menikmatinya. Sumpah terbaek!!!



Nikmati bersama secawan milo panas di dalam gelas corak bunga2 yang very da kaleful gituuuuuuu... Beli di Houz Depot berdekatan dengan ofis. Cuma rm1.99 sebijik. Waaaahhhh..., siap promote barang kat Houz Depot lagik.. Ada bakat jadik promoter aku nih.. hahahaahhh...








Sebenarnya sebelum makan cheese tart tu kitorang dah makan nasi. Tapi disebabkan kak aida dah beli cheese tart tu so kitorang bedal jela yeee... heheee... Korang tengok kan, betapa disitu berkilo2 berat badan aku naek gara2 makan je tauuu.. adoooiiii.... T_T
Takpela, makan jela selagi bole makan..Jangan je sok lusa dah sakit kronik kang tak bole pulak nak makan ye... Ceeeewaaaaaaahhh...ayat nak sedapkan hati gtuuuu.. kihkihkih...  So, esok cuti sempena Hari Pekerja kan. Korang ada plan nak tak pi mana2?? Aku??? Macam besa, dok umah sorang2 lagi laaaaaa... ciannyeeeee.. Eyh, sabtu lepas kecoh pasal 'Bersih' kan?? ada sesapa yang join tak???? huhuuu....








27/04/2012

Gembira!!!

Selamat bergembira di hari jumaat yang terindah... 


















Kisah Patah Seribu.

Assalamualaikum...


Ok, aku nak sambung cita pasal Patah Seribu yang aku cita aritu. Aritu aku juz masuk kan gambar yang ni je kan??? 
Simkad yang sudah jadi patah seribu...


ok, ni gambar sebelum simkad tu jadik patah seribu... seribu tak seribu, tapi suda patah jugak laa.. hehee..


Ok, ni sebenarnya gambar simkad aku. Simkad tu dah aku jadikan macam gambar yang memula tula.. Ni sebenarnya simkad nombor lama. So nombor lama tu aku dah tak pakai sebab incek sayang suru aku tukar nombor baru gara2 ramai orang salu sangat koling2 aku, pastu mesej2 kat aku. Aku tak tau pun sapa. So kiranya incek sayang aku tu dia tak puas ati la sebab ada orang dok kaco2 aku. Kehkehkeh... dia suru tukar nombor, so aku dah tukar la aritu. Cari nombor yang dekat2 nak sama dengan nombor dia. Ingat aritu nak pakai line, tapi aku tak buat2 pun lagik. Nanti2 la eyk..


So, kepada kengkawan dan sanak saudara aku, FYI all aku dah tukar nombor tau. Nombor lama yang 013-bla bla bla bla bla bla bla tu aku dah tak pakai dah... Ada apa2 kang mesej aku kat fesbuk la ye.. Hehehe.. Nombor baru aku ni memang tak ramai pun yang tau lagi. Sebab aku ingat aku nak cari nombor len lagi. Nak pakai line. Senang sikit kan. Tak payah susah2 nak cari topap kalu kedit abis. Hihihiiii...








26/04/2012

Happy Birthday Sayang!!

Assalamualaikum...


Ok, sayang tu merujuk kepada anak buah aku ye, Haziqah Qasdina. Befday dia kemaren lagi, 24/04/2012. Befday dia yang ke 3tahun. Waaaahhh.. dah 3tahun umurnya. Rasa rugi sangat, tak berkesempatan nak celebrate befday dia. Kalu tak bule gak mummy sponser kek kan, kalu tak pun nanti mummy belikan hadiah. ok... Mummy tu panggilan untuk aku dari anak-anak buah aku la. Kakak yang sulung yang bagi gelaran tu. Kitorang tak men guna panggilan Mak Long ke, Mak Ngah ke, Mak Su suma tu ke. No.no.noooo... hihiii.. Rasa sweet sangat bila aku balik kampung je salu je dengar anak-anak kakak aku panggil aku atau adek aku yang pompuan tu. Adek pompuan dorang panggil 'Umi'.


So, Iqa sayang, Mummy mo wish Selamat Ulang Tahun yang ke 3. Semoga jadik anak yang menyenangkan semua orang. Semoga iqa sentiasa berjaya dalam hidup.


Gambar ni aku cilok dari incik gugel.. cam beseee.... hihiii..



Nur Zawanah dan Haziqah Qasdina. Masa ni befday Wana yang ke 3 jugak kalu tak silap. Taun 2010. Mereka ni bersepupu. Wana ni anak kakak aku yang sulung. Iqa masa ni baru setahun. Comel je dua2 anak buah aku ni. Macam mummy dorang jugak la. hihiiii...


So, ini dia befday gurl nyaa.. Gambar ni aku cilok dari entry aku yang ini.


Eyh, dah gaji kan.... So mari la kita pegi shoping menyopping apa yang patut ye... Hihiii... Nak belikan Iqa hadiah laaa.. dah terfikir ni nak beli apa.. jeng, jeng, jeng... heheee...


25/04/2012

Patah Seribu.

Nanti aku cerita dengan lebih lanjut pasal menatang ni ye.. korang tungguuu....








pssssstttttt ~>Arini gaji..... Staf gomen kayooooooo!!!hahahaaahh.... Shopping!!!!

20/04/2012

BARU!!!

Assalamualaikum..



Blog aku berwajah baru sikit. Sikit jelaaa... Lawa tak??? hehee.. comey tak??? heheee... Gigih ni tadi dok pulun settingkan itu, settingkan ini.. Macam-maca yang aku buat. Edit itu, edit ini, edit semua laaa.. Petang kemaren ke petang dulu tu yang kak aida tolong aku adjust-adjust kat blog aku ni. Tukar itu la , tukar ini la, tukar macam macam sudaaaa...



So, sekian saja dari aku. Mo balik umah dah ni. Kang lambat pulak kak aini tunggu aku kat parking bawah. Ok bai!!!! Selamat wikends!!!

Sebab-Sebab Kenapa Penjara Pudu Ditutup...

Assalamualaikum... 

Nak share cita seram siket kat korang.. seram tak seram macam agak seram jugak la sebab  masa memula aku baca aritu agak seram jugak laa.. So, korang pun baca jugak la untuk merasa keseraman cerita ni... 
 
Ceritanya beginiiiii.............................................
 
 
 
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur
di suatu ketika dulu. Hanya
boleh disebarkan pada orang2
tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu
pernah diceritakan bahawa terdapat
satu bilik dipanggil "Bilik
Terakhir". Dibilik inilah seringnya
berlaku kejadian pelik sejak Penjara
Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK
TERAKHIR " adalah kerana dulu ia
merupakan bilik kediaman terkahir
bagi si pesalah jenayah berat
sebelum menjalani hukuman gantung
sampai
mati pada keesokan harinya dibilik
gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah
dikatakan akan meratap,menangis,
menjerit, bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana
menyesali kesalahan mereka yang
lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat
menghadapi maut keesokan harinya yang
telah diketahui mereka.

Menurut kata
warden-warden yang masih ada di
Penjara Pudu sewaktu proses
pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suar a-suara
sayu meminta tolong, suara orang
menangis dan bermacam-macam lagi
dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang
terlihat seekor kambing hitam
sering masuk menembusi pintu bilik
itu tanpa dibuka dan kemudian tidak
pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang
dipanggil bagi memulihkan bilik
tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang
sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah
akibat roh-roh pesalah yang mati ditali
gantung tersebut tidak tenteram
kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu
malam Jumaat ketika hujan
renyai-renyai seorang warden telah
ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan "Bilik Terakhir"
itu. Ketika sedang berkawal
kira-kira lebih kurang pukul 01:00
pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran
bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk
melihat apakah bendanya itu.Sedang
ia mengamat-amati maka terlihatlah
dalam kesamaran seekor kambing
hitam sedang menuju kearah Bilik
Terakhir itu lalu lesap begitu saja.
Ia berasa harian bagaimana seekor
kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan
juga diri menghampiri Bilik
Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati
pintu bilik itu telah bertukar
menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa
gementar, seram serta menggigil
ketakutan namun diberanikan juga
diri memasuki pintu gua yang
samar-samar itu sambil meninjau-
ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila sampai
je kedalam gua tersebut alangkah
terperanjatnya ia bila didapati
banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba
hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak
sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa " " ahmad albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha
Ha " Yaaaaaaa, ahmad albab yang
punyaaaaaa ... "

Tahniah kerana minat membaca.




Pssssttttt ~> Sory la, tadi aku pun terkena jugak. Kemaen dah aku excited beria membaca, skali nengok, hampeh btol kaaannn... hahahaaahhh... ^_^ Peace...



19/04/2012

Makan-Makan..

Assalamualaikum...




Rasa macam takda mood pulak tapi nak jugak apdet blog.. Sebab kalu tak apdet, rasa macam ada samting kurang... ceewwaaaaahhh, sampai camtu skali..nampak beno nipunyeeeee.. huhuuu.. Ok la, straight to da point. Jumaat lepas kan, eyh bukan, khamis lepas, ada la hamba Allah ni yang gile kemaen baeknye membelanja kami seofis makan nasi briyani. Pagi khamis tu aku memang masuk lambat, tapi idak le lambat sangat sampaikan lepas tengahari baru nak masuk ye... baek amik EL je teruuuussssss... Masuk opis gile lewat dalam pukul 3lebih baru nak masuk dah pehal kan??? pagi gi mane??? huhu.. ok, malas nak bebel pasal tuh. So pagi tu sampai opis aku dah bekfes makan nasi lemak. Tetiba pulak bos no.2 bagitau yang makanan tengahari tu ada kontraktor yang nak belanja. Ingatkan nak belanja makan ape la kan, rupanya Nasi Briyani. Perrgghhhhh... memang giler terbaek giler!!! Heheheeee...




Nasi masa tu memang banyak le. Berlaukkan kambing ngan ayam. Siyes terbaek!!! Yang lagi bestnya, dorang ni siap bagi ngan bekas-bekas nasi ngan lauk tu sekali. Giler baek!! heheee.. Masa dorang datang tu aku ada jugak tanya, bekas-bekas tu suma nak amik balik ke?? camne nak pulangkan nanti?? Pastu Incek Kontraktor tu cakap, 'Xpe, saya memang bagi suma skali ni". Huih, bagus giler. Hihiiii... Ok, meh tengok gambar siket. Siket jela gambarnye. Kualiti gambo pun idak le jugak gempak beno yeee... Pakai kamera tepon je puuunnggg... hehee..



















Ini lauk kambing.  Masak ape ntah.. aku tak makan kambing hokeyh!!!



Hah!!! ayam. Yang ni aku makan. Ayam pun besar-besar gedabak. Puas hati!!!



Kak Zura ngan Kak Eniazlin. Makan ye kakkkk... heheee...



Yang ni aku punya. Masa ni tak ade nak slera sangat sebab yela, dah pagi tadi aku bekfes nasi lemak kan.. mana x kenyang... huhu.. tapi amik jugak nih.. kihkihkih...



Tengok nasi, banyak kaaaaannn... 1 termos nasi penuh!!



Kak Shima Rahman


Kak Wati. Masa ni kak wati berpuasa. Puasa ganti ke posa sunat, aku pun lupa. Tapi kak wati dah bungkus bawak balik rumah. So, berbuka posa makan nasi briyani ye akakkkkk... hehee.. 



Muka orang yang masih dilanda kekenyangan.



kenyang tak kenyang, makan tetap makan yeeeee... huahuahuaaaa...



Zoom siket, yaaaahhh... tu diaaaaaa... Sepinggan nasi briyani berlaukkan ayam. Perrgghhhhh... TERBAEK!!! TERSEDAP!!!












Apa-apa pun, tima kaseh bebanyak kat hamba Allah tu. Hari tu aku kenyang sesangat. Esok tu ari jumaat, aku EL pulak. Tambah ngan sakit kepala, trus tak turun keja. Huhu... bole gitu??? Sebenarnya aku bengang sikit ngan orang kat opis. Kebetulan ari jumaat tu ada meeting, aku malas jugak nak join. So, 3hari kesaorangan di rumah memang agak bosan jugak la. Apa bole buat, terpaksa besekan diri kena tinggal-tinggalkan oleh hosmet... hihiii... 









Ok, tima kaseh sudi baca. Sayang korang!! ^_^

18/04/2012

WW : KAROKE.










Psssttttt ~> Lama tak gi karok.. Gambar ni masa karoke kat umah abg zul. Masa tu abg ipar abg zul yang kawen. Aku memang nak nyanyi sorang, tapi mamat baju kuning siap letak towel kat bahu tu ajak aku nyanyi duet ngan dia nyanyi lagu Nana ngan Achik. Waaaahhhh.. nak duet ngan artis ye baaaannnggggg... hahahaaahh... Eeeeeeiiiiiii... ntah papeeeee... Eyh, abang-abang kat blakang tu ada jugak nak interprem yeee.. hahahaahh...!!! ^_^

06/04/2012

Good Friday. Ada Apa Dengan 'Good Friday'???

Assalamualaikum...


Comel muka Garfield ni... heheheeehh.....



Selamat hari Jumaat. Penghulu segala hari... Kalu staf gomen ni ofkoz suke ngan ari jumaat sebab masa rehat adalah sangat panjang. Sebab itu bole pegi mengukur jalan di Jalan TAR... hahahaaahh.. Tapi bagi Sabah (negeri kelahiran aku) dan Sarawak (negeri aku membesar) hari ini adalah cuti umum sebab hari ni kan Good Friday. Aku tak tau kenapa. Kalu dulu masa skola kt LB dulu memang best ar kan sebab cuti dapat balik kampung. Dulu masa skola aku tinggal asrama. Dari aku darjah 6 sampai aku tingkatan 5. Jarak dari rumah nak pi skola memang jauh. Dan sampaila skang ni, aku dah keja, aku tak tau kenapa mesti ada Good Friday untuk di Sabah dan jugak Sarawak. Tapi kenapa tidak di Semenanjung ni jugak???




Waktu aku mula-mula keja dulu kan, adala sekali tu. Aku terbangun dah. Pagi tu aku ingatkan cuti la sebab hari tu adalah hari Jumaat. Masa tu aku tinggal kat Ampang. So bangun pagi tu aku mesej kat Ita. Tnya dia, 'ta, arini cuti bah kan. Gud Friday bah kan..??' Ita reply mesej aku. 'Ty, gud friday tu di sabah ngan sarawak ja la. Semenanjung manada gud friday...'. Aku pun, oooooowwwhhhh... gitu meh.. Ingatkan masa tu cuti jugak la. So aku pun terpaksa bangun bersiap pi keja macam bese. Sampai skang, no more 'Good Friday' dalam istilah kamus hidup aku sejak aku keja semenanjung. Cuti umum yang ada pada Sabah dan Sarawak terpaksa aku lupakan sebab aku bukan keja sana. So, hari-hari aku adalah 'Good Day'. Hikhikhikkk...



Ok la, tetap gak nak wish kat suma orang, Happy Friday yooooo!!!!!















Ok, tima kaseh sudi baca. Sayang korang!! ^_^

Jajan Comel.

Assalamualaikum...









Penah tengok nih???














Chewy Gum Mini Burger. Benda ni comel giler. Aku memula tengok aritu terus terbeli sebab kecomelan jajan ni. Makan-makan, eyh sedap pulak... Pastu beli lagikkk.... hahahaahh...






dah nama pun mini berger ofkoz le rupa pun macam berger. Tpi bukan berger real, juz a chewy gum. Sedaaappp.. Teringat-ingat pulak ngan gula-gula nih. nak lagiiiiiiikkkkk.... 











Aku rasa dulu masa aku kecik-kecik takde kut aku jumpa cekedis ni. Dads why la aritu aku kemaen teruja lagik. Hahahahaahh... Aku beli 10bungkus kalu x silap aku masa tu. Beli lagik 3bungkus sebab kasi kat anak india depan umah. Hihiii... Nanti nak beli lagik la. Beli manyak-manyak woooooo...















Ok, tima kaseh sudi baca. Sayang korang!! ^_^














05/04/2012

A Day With My Cousin, Fatimah.

Assalamualaikum...




Ok, nak cita pasal gi jenjalan sabtu lepas. Takda gi mana sangat la. Juz round kat KLCC tu jeeee. Jalan ngan sepupu aku, ngan boypren dia skali. Kitorang janji jumpa kat KL Sentral. Aku sampai lewat dari masa yang di janjikan. Takpela, kite tak tepati masa je, bukan tak tepati janji. Hahahahaaahh... dialog Boboi dalam Lawak Ke Der... Korang dah tengok belom?? hah, gi tengok dulu baru tauuuu..


Berbalik pasal sepupu aku dan boyprennya, dorang tunggu aku kat restoran The Chicken Rice Shop yang tagline dia bukan sekadar nasi ayam tuuuuu... kehkehkehhh... Aku sampai je dorang kemaen sesedap rasa tengah menjamu selera makan tengah hari. Aku yang sampai-sampai je kelaparan giler terus men oder je kauuu.. Lapar kut!!! Ok, meh tengok sikit gambar masa kat TCRS tuuu...









Masa ni aku tengah makan. Dorang dah abis makan aku suh emma pi dok sebelah jamal.






tengok, tinggal tulang-tulang ayam je.






licin...






bukak buku ni, macam-macam adaaaaaa...






incek Jamal... Abg JPJ.






Aiseyhmeennnn...jeles aku weiiii..!!!







Chicken...








Ape tengok-tengok??






kazen getek!!! hahahaaahhh...






 muka orang yang tadi kelaparan tapi suda bole buat 'peace' sbb suda kekenyangan.







gambar ni mcm samting rong kan...tengok kt bwh bhgian kaki tu, mcm trpotong la plak gmbar niii...








Dr KL Sntral, gerak pi KLCC plak. Msa ni kt dalam mn ntah ..yg psti bkn kat toilet ok.







Eyh, ada jugak... hahahahh...







Meet my cousin, Fatimah. But she's already taken by Mr. Jamal. Hihiii...








In LRT Putra. Masa ni ramai org. Sesak... suma nk pi Klcc..












Ok, dah tengok gambar?? Banyak lagi gambar tapi suma ada kat tepon dorang ni. Tepon dorang canggih manggih.. tepon aku bese-bese jeee... hihii.. Masa kat KLCC ni, aku terlanggar ngan samwan. Aku ingatkan aku langgar orang len, skali aku tengok, laaaaahhh, Kak Ras upanya. Hahahaaahh... Wat a small da world kaaannn... kihkihkih.... Kak ras ni kakak kepada kawan aku. Sekampung ngan aku jugak. Tak sempat mo borak lama masa tu sebab dia dah nak balik. Aku pulak masa tu nak kuar pi taman. Nak pi lepak-lepak.



Malam tu memang balik lewat. Tapi nasib baek kazen aku ni ikut aku balik skali. Tapi yang tak best, aku gaduh ngan incek sayang aku tu. Memanjang jak gaduh terus. Malas aku!!! Tak suda suda kan... Hurrmm...
So, emma and jamal, cepat-cepat la korang dua kawen yah..Mudah-mudahan segala perancangan korang berjalan lancar. InsyaAllah, amin..













Ok, tima kaseh sudi baca. Sayang Korang!!! ^_^


04/04/2012

WW : Kata-kata Prof. Ungku Aziz.

Assalamualaikum...














So,, agak-agak korang berada di kategori nombor brape??? 1, 2, 3, atau 4 atau 5??? Makanya, renung-renungkan dan selamat bekerja. Hehehee...






psstttt....x penah-penah aku buat entry ww ni...pes tym weyhh.. :-p













Ok, tima kaseh sudi baca. Sayang korang!! ^_^









02/04/2012

3Tahun Sudaaaaa.....

Assalamualaikum...



Entry aku kali ni aku rasa adalah yang paling panjang sepanjang-panjang aku berblog. Tapi kalu korang rasa masih tak cukup panjang lagi, korang bolelah panjang-panjangkan pu;ak yeee.... hihiii... Alhamdulillah, akhirnya dah genap 3tahun pun aku berkhidmat ngan kerajaan. Macam tak terasa begitu sungguh cepat masa berlalu kan.. Well, time is gold and gold is money. So, kenalah hargai masa kan... Bila suda genap tempoh perkhidmatan ni, pastu akhirnya jawatan pun suda disahkan, terasa gembira sangat-sangat tauuuu. member kat opis cakap, cap jari dah kering gtuuu... kihkihkihh...


Kalu imbas balik 3tahun yang lepas kan, masa tu taun 2009. Yah, taun 2009 la aku datang KL ni. Kali pertama menjejakkan kaki kat KL ni masa tu umo aku baru lagi 18tahun setengah, nak masuk ke usia 19tahun. Mula tu macam tak pecaya ja tauu. Datang KL sebab dapat tawaran keja yuuuu.. Keja kerajaan pulak tuh. Baru abis SPM trus dapat keja ngan kerajaan. Yah, aku sangat-sangat beruntung. Masa nak datang KL ni dulu, mak memang tak kasi aku pegi. Dia suh tolak je tawaran keja tu. Tapi kakak aku yang first tu pulak suh terima je. Sebab yela kan, susah kut nak dapat keja ngan kerajaan skang ni. Bila dah ditawarkan camtu elokla terima, ye dak...Kalu aku tolak kang tak pasal-pasal lama pulak lagi nak tunggu panggilan interview. Last-last, mak setuju. So, 27/03/2009 aku ngan mak flight gi KL dari Kota Kinabalu. Flight makan masa 2jam. Sangat membosankan ko tauuuu... Dalam otak kapla aku masa tu, cuma tak sabar nak tengok KLCC!!! Hahahahaaahhh... dasar anak kampung betul la aku ni.. Jakun woooooo... Sampai-sampai je, abang sepupu ngan nenek sedara aku datang jemput kitorang kat LCCT. Stay kat umah nenek di Klang. Rasa macam tak pecaya ja yang aku dah sampai semenanjung masa tuuuu. Huhuuuu...


31/03/2009 tu aku dikehendaki menghadiri taklimat untuk melapor diri di Lembaga Lebuhraya Malaysia yang terletak di Kajang. Masaalah wei, tempat tu kat mana pun aku taktauu.. Tapi nasib baek lah sebelum tu kitorang dah pi round KL carik tempat tu. Sampai kat situ, aku tengok ramai sangat orang. Suma-suma tu penjawat awam sama macam aku la tuu.. Hihiii.. Selesai je taklimat tu, kena bagi pulak surat penempatan. Aku masa tu kena kat Kementerian Kerja Raya. So aku kena pulak pi Kementerian Kerja Raya kat KL nuu.. Nak pi naek apa aku pun taktau weyh.. lagi tambah kebingungan masa tu. Dahla aku dok sorang-sorang ja tauuu.. Mak ngan abg sepupu aku masa tu balik pi Shah Alam, stay kat umah abg sepupu aku jap. Last-last, ada sorang akak ni, dia tumpangkan aku nek keta abang dia. Dia suh abang dia anta aku pi kat KKR tu. Nama akak tu sapa ntah aku lupa dah... Tapi yang aku ingat dorang orang Penang. Hihiiii... tak baek sunggoh la aku ni kan, bule pulak dah lupa nama akak tu. Tapi aku ada amik no dia dulu. Lepas tu kitorang siap bermesej-mesej lagi tauu.. Tapi hubungan kitorang tak lama mana pun sebab aku kehilangan nombor tepon akak tu gara-gara apa ntah... hiiii...


Ok, jalan punya jalan.... Last-last abg akak tu stopkn aku kat Stesen KTM Bank Negara yang mana pada masa tu aku taktau pun yang bangunan KKR terletak tidak jauh dari tempat tu. Aku dahla sorang masa tu tau, teringat pulak ngan cita kakak sepupu aku yang kata kat KL tu sangat bahaya. Banyak peragut. Kalu jalan kat tepi-tepi jalan tu kena hati-hati sebab takut kena ragut. So aku masa tu takut gilerrr ooowwww... Takut kena ragut iye, takut kena culik pun iye. Takut sumanya la. Takut macam-macam.
Takut macam-macam punya pasal, aku beranikan diri tahan teksi suh anta aku pi KKR. Jalan tak bapa nak jauh sangat, sampai kat KKR tu baru aku terasa, 'eyh,dah sampai?? dekat pulak...' kihkihkihh... Pakcik tu pulak cas aku RM0.50 je tauuu.. Tima kaseh le pakcik. Hihiii.. Aku pun pi la kat Blok B, naek kat tingkat 13 kalu tak silap. Nak dijadikan cita, masa aku naek lif, tetiba pulak lif tu wat hal. Lif tu tetiba je stop. Tak naek, tak turun pun.Aku pulak dalam lif masa tu berdua ja ngan sorang laki, aku asa dia tu staf kat situ jugak la kut. Masa tu jugak otomatik aku teringatkan macam-macam cita pasal pompuan kena rogol dalam lif la, kena raba la, kena kacau la. Pokoknya macam-macam yang terlintas kat dalam fikiran aku masa tu gara-gara ketakutan wooooo.. Aku siap nangis lagi tauu.. Laki tu pun tegur, dia macam tau-tau ja yang aku ni nak pi lapor diri kat situ.. hihiii... Masa lif tu dah ok aku cecepat lari kuar. Sampai kat bilik yang dikhaskn untuk kitorang, aku tengok dah ramai orang kat situ. Aku ingat masa tu aku la yang paling lewat sampai. Rupanya ada lagi yang sampai lewat. Heheheee... Kat situ, dan masa tu jugak la aku kenal ngan Ita, budak Sabah sama ngan aku. Sama-sama lapor diri jugak.


Aku rasa mo dekat 2minggu jugak la kitorang berkampung kat Blok B tu sebab nak tunggu surat penempatan lagi. Dalam tempoh tu, aku ulang alik dari Klang pi Kl. Naek KTM pulak, so kena kuar umah memang awal pagi. Sampai la satu ari tu, mak ajak aku pi Ampang, umah abg sepupu aku jugak, Abg Sabri. Tinggal kat Ampang lah akuuuu.. 1 hari tu, mak ikut aku pi KKR tu, dia mo temankan la kan. Rasa macam budak baru masuk skola, pastu ada mak dia ikut skali. Hah, macam tula aku.. Hihiii.. Bila tiba tym lunch tu, makan tengahari untuk kitorang disediakan kat Cafe. Aku pulak pi belikan nasi bungkus untuk mak aku sebab tak sampai hati bia dia tak makan. Dah beli, aku pi bawah cari mak sebab nak kasi nasi. Masa tu aku ajak Ita temankan aku sebab nak kenalkan ngan mak jugak la sapa kawan aku tu kan. Alih-alih, sampai kat bawah tu pulak, aku tengok mak dah takda. Aku tanya pakcik guard kat situ dorang cakap tadi ada nampak mak aku tapi pastu takda dah. Wei, aku masa tu terkejut kemaen sebab aku ingatkan yang mak aku dah hilang. Aku cari kat merata, sampai nangis-nangis lagi tau. Iye, aku masa tu tersangat la sensitif. Apa saja bole wat aku nangis tauu..sampai skang masih lagi macam tu... kihkihkih... Aku mula terbayang yang mak aku kena culik. Takut masa tu toksah nak cakap la. Aku tengok nasi bungkus yang aku beli masa tu makin wat aku laju jek nangis. Mula la terbayang yang mak aku tak makan lagi, kelaparan tunggu aku pastu kena culik orang pulak... adeeehhhh...wat hati aku sayu giler... Masa aku tengah kebingungan, dan ketakutan gara-gara dok pikir pasal mak aku hilang tu, masa tu jugak la kakak aku kol. Lagila aku bertambah-tambah takut. Sebab takkan aku nak bagitau yang mak dah hilang sebab kena culik masa tunggu aku???? parah weiiii.. Rupanya, kakak kol sebab mo bagi aku nombor tepon mak. Mak aku pulak, bole pulak dia dengan beraninya, pi tahan teksi pastu pi jenjalan kat Central Market a.k.a Pasar Seni. Masa tu dia cakap dia boring. Pastu dia tengok pulak banyak teksi dok lalu-lalang dia pun tahan la suh anta dia pi pasar seni tuuu... Pastu, sebab takmo bagi aku risau, dia pi pulak beli tepon yang ada lampu suluh kat kepala tu jenama Nokia. Alih-alih, masa dia periksa kat dalam beg dia tu, jumpa pulak nombor tepon kakak aku kat secebis kertas tuu... Mak aku pun suh la mamat yang jual tepon tu dail no tepon kakak aku.... Begitulaaaaahhh... Aku punya cuak masa ingatkan mak hilang, rupanya dia pi jenjalan pulak kat Pasar Seni... Huurrrmmmm..... mak, mak......^_^


Sampai lah bila tiba saatnya, kitorang semua ke haluan masing-masing. Aku ingatkan masa tu aku akan sama tempat kerja ngan ita, tapi ternyata rupanya tidak. Sedih masa tu. Aku nangis lagi sebab tempat keja tak sama-sama ngan ita. Hihiiii... Ita kekal berada di Kementerian Kerja Raya, aku pulak kena pi JKR kat Menara TIMA. Sampai skang aku keja kat sini. Kalu nak tau, masa awal-awal aku kat sini dulu, aku kena demam panas selama 2minggu. Tak penah-penah sakit sampai camtu skali. Tu gara-gara kejutan perubahan cuaca la tu.. hikhikhik... Nasib baek bukan kena kejutan budaya. Hahahaaahh... Alhamdulillah, tempat keja skang sangat best. Kawan-kawan kat opis ni suma happening tapi tak penah wat-wat pening. hihiii..Kat ofis, aku la yang paling muda. Aku jugak la yang paling kecoh.. kehkehkeee... Kat ofis ni jugak, ada yang sebaya ngan mak ngan bapakku tau.. Tapi takda la aku sampai nak panggil makcik pulok yee.. Aku panggil 'Akak' sudaaaa...


Oh ya, kenangan paling aku x bole lupa sampai skang selama aku keja kat sini, masa ofis aku wat 'Family Day'. Masa tu taun 2010. First time tau aku join hari keluarga ni. Aku memang sangat excited laaa kaann. Malam kemuncak tu ada dinner siap ada anugerah bagai. Dan aku pulak tak sangka bole dapat 'Anugerah Staf Paling Popular'. Popular tang mana aku pon tak tau laaa... Huahuahuaaaa... terkezut haku masa tu. Tapi memang sangat best la. Sampai skang lagi weyh aku masi simpan ayat 'Anugerah Staf Paling Popular' tu. Kihkihkih... hover weyh..












BTW, ni la gambar aku ngan staf-staf kat ofis. Termasuk ngan bos-bos skali tau.. Dapat cari yang mn 1 aku??? heheheeehh... (utk pemandangan yg lebih jelas sila la klik pada gambar. TQ.)






Ceeewwwaaahhh... kengkonon aksi bebas lettuuuwwwww... hihiii... 





Yah, kami lagik.. Sorang ja teruna kat situ..hihiii...





eyh, kami lagik... hehee...    



jangan heran bila tengok gambar ni suma baju yang sama sebab suma gambar ni memang di amik pada hari yang sama.. Jgn konpius eyh..
 


Hah, suma kakak-kakak di ofis aku... Well, im da younger hokeyh.. heheee...
Siap cucuk-cucuk pipi lagi... bajet comel giler lettuuuwww... kihkihkih.. :-P
Ada beberapa orang di antara mereka ni yang ada blog jgk tau. Yang aku list kat sebelah yang 'Offismate' tu hah dorang-dorang nila...
Yang kt blakang aku tu, Kak Shima Rahman, sebelah dia pulak, Kak Wati, yang duduk kat depan baju pepel tudung pink tu pulak Kak Shima Bulma, pastu yang pakai shawl kaler kelabu asap tu pulak Kak Azda. Gi ah terjah jugak blog dorang. Well, dorang dah kawen. Memasing dah ada  anak. So x heran la kalu dorang dok cita pasal anak sendiri kan. Hehee..
Last pikcha.. Kak wati tetiba jadik hantu... hahahahaahh.... 











So, suka duka keja kat sini, macam-macam dah aku rasa. Tapi mungkin tidak sehebat dengan dugaan yang korang dah lalui. Betul, aku masih muda, masih mentah lagi. Jadi masih ada sangat banyak yang perlu aku perbaiki, akan aku lalui, dan harus aku tempuh di masa akan datang. Setakat kena marah ngan akak-akak senior tu, mungkin perkara biasa la kut kan. Tapi aku bila dah kena sikit camtu laju jek airmata ni kuar. Cengeng kemaen...  Ada apa-apa hal sikit je memang cepat je aku gelabah. heheee... Dalam hati ni memang jugak teringin nak mintak pindah, balik kampung. Keja dekat sikit ngan keluarga. Tapi dalam masa yang sama aku terfikir jugak, aku perlukan pengalaman dan pengetahuan lagi kan, so aku rasa biala berjauhan dulu, nanti kemudian la kut baru aku berdekat-dekatan ngan keluarga. Eyh, ada ke peribahasa gtu???? Arrgghhh,, lantak ah.. Kihkihkih..


Kepada kengkawan dan akak-akak yang sesama lapor diri ngan aku kat Kementerian Kerja Raya pada 31/03/2009 yang lalu, Selamat 3Tahun kita berkhidmat. Heheheeeeee.....











pssstttttt.....31/03/2012 dah lepas la, ari sabtu kemaren.. X bole nak publish aritu sebab xdapat nak online. Tambah pulak pi jenjalan. Pasal jenjalan tu, nanti aku cita. heheee...








Ok, thankz for reading. Sayang korang!! ^_^


TAHUN 2019.

Assalamualaikum... Lama tak update blog. Last update semua cuma tinggal jadi draft. Sedih nau blog aku ni..semakin sendu nampaknya. Ok, just...