28/03/2012

Novel Baru Lagiikkk..

Assalamualaikum...



Semalam aku kuar awal. Bukan kuar pi mana pun.. Cuma pi bank jap, ada hal sikit, kasi setel jap. Sambil tu aku pi la jugak carik-carik simkad len sebab mo tukar no tepon. Ramai sangat orang dok kaco koling-koling terus sampaikan incek sayang dah marah. Sebab tu dia suh aku tukar no. Huhuuuu... So, dipendekkan cita, masa otw nak balik opis tu kan aku lalu Pertama Complex. Kat dalam tu ada kedai buku. Banyak jual novel. Macam-macam adaaaa... So kalu masuk situ tak angkat dua tiga bijik novel atau apa saja bahan bacaan memang tak sah. Aku pun belek-belek majalah pasal Lisa kawen ngan Yusri tu. Tetiba rasa cam nak teruskan pembacaan dengan cara halal, so aku amik majalah tu. Pastu lagik aku amik plak majalah Remaja. Well, aku kan REMAJA. Kehkehkeeehhhh... Eyh, betol ape, im still remaja ok!!! hahahaaahh.. Majalah Remaja tu tanpa berfikir panjang maupun pendek aku terus je amik sebab aku tau majalah tu memang aku akan beli tetiap bulan. Ceeeewwaaaaahh... KONON!!!


Majalah dah amik, tapi lagi tak sah kalu takda amik novel cintan cintun. So aku pun belek la suma novel yang ada. Macam-macam adaa.. Tengok tajuk pun suma cam best jeeekkkk.. Last-last, dua bijik novel ni jadik pilihan aku. Jeng, jeng, jeng......












Novel pertama, tajuk 'Kampung Girl' karya Umi Kalsom terbitan apa entah aku lupa pulak. Tak penah lagi baca hasil karya tulisan Umi Kalsom ni. Takpe, nanti aku dah baca aku cita kat korang camne jalan cita dia. Samada bez atau tak, juz wait and see. Tapi baca sinopsis cam best. Heheee...






Novel kedua pilihan aku, tajuk 'Kalau Ada Jodoh'. Hasil karya tulisan Mimie Afinie terbitan KarnaDya. Sebelum ni dah penah dah baca novel hasil tulisan Mimie Afinie ni, best jugak la. Bole tahan. Tapi novel kali ni taktau camna. So, juz wait n see jugak la.






hah kauuuuu, dah siap cop nama, siap sign lagik tuuuuuu.... Tak nampak tu tulisan kat atasnya, 'Its mine' maksudnya novel tu hak milik aku. kuangkuangkuang... :-P











Ok, tula 2bijik novel yang baru aku beli semalam. Rasa macam dah lama giler tak beli novel kan. Sejak aku dok keyel ni, dah keja pulak tu kan, rajin dah aku beli novel-novel ni suma. Bila tengok suma koleksi novel-novel aku yang ada kat umah tu kan, cam tak pecaya je yang aku dah kumpul novel sebanyak tu. Memangla tak banyak mana tapi bole laaaaa.... Tahun ni saja baru 2x aku beli novel. Kalu tak silap aku yang mula-mula aritu masa aku balik sini dari miri. Masa tu sepupu aku yang belanja novel kan dia dapat vocer buku rm200 tu, so dia pun ajak aku pi beli buku. Dia siap beli kamus lagi kat pakwe dia. Waaaahhhhh..., so sweet la ko sappo. hahahaahh... Aku pulak masa balik miri aritu memang nak beli novel, tapi tak sempat. Masa aku turun miri ngan incek sayang aritu memang nak beli tapi takda jumpa pun. Sebab masa tu kitorang round kat Bouliverd ja pun. Aku ajak pi Parkson tapi dia takmo pulak. Hampeh punya kekasih... Last-last masa aku nak balik KL ni dia datang pi jumpa aku kat epot. Bagi aku duit suh aku beli novel tu sendiri.. hurrmmm...  Tapi sib bek jugak la sempat jumpa masa tu walau last minit. Pastu masa aku nak masuk kat dalam bahagian perlepasan tu, incek sayang bole pulak terambil boarding pass aku. Terpaksa incek sayang patah balik pastu aku pulak kena turun pi bawah amik..hahahaaahhh.... kalu ingat balik kan, ada jugak masa tu aku tak balik kut. kehkehkeeehh... 



Ok la, penat dah aku menaip nih. Novel tu aku tak baca pun lagik. Sok lusa la kut baru baca. Tak sabaaaarrrr.... hihiii.. ^_~














Ok, thankz for reading. Sayang korang!! ^_^

26/03/2012

10 Petanda Dia Jodoh Kita.



Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..




Ok, thankz for reading. Sayang korang ^_^

12/03/2012

With 'Nora', Si Arnab Yang Super Duper Comels...

Assalamualaikum...




Ni cerita malam tadi punya. Aku turun pi bawah, antar kain nak suh jahit baju kurung untuk pakai pi kerja. Lepas antar kain pi kedai runcit pulak, pi beli barang sikit. Balik tu, aku tengok dari jauh sorang budak pompuan ni macam pegang something je. Aku ingatkan kucing, makin dekat aku tengok rupanya ARNAB!!! Arnab tu sangat comel!!! Bulu dia lebat semacam. Dah macam anak patung teddy bear punya bulu.




Mula tu aku just usap-usap je bulu arnab tu. Takut-takut berani jugak la aku. Sebab sebelum ni kan tak penah-penah pegang arnab betul-betul punya pegang. Usap bulu arnab pun tak penah usap yang betul-betul punya usap bulu arnab. Korang toksah nak pikir benda len pulak ye. Kang tak pasal-pasal korang dok bayangkan yang aku ni pi usap bulu len pulak, naya weiiiiii...!!! Aku tengok arnab tu kan buat aku teringat dekat incek sayang. Dia kan ada bela arnab jugak. Sepasang pulak tuuuu... Aku ada mintak aritu. Mintak anak arnab kut-kut ada kan. Aritu arnab tu dah beranak pun tapi sayang sebab anak-anak arnab tu suma mati pulak.... T_T




Teringin jugak ni nak bela arnab tapi tula, takut. Takut apa ntah aku pun taktau laa.. heheee... Aku dah pesan kat incek sayang, kalu arnab dia dah beranak aku nak bela anak arnab tu. Lagipun aku ada tengok sorang blogger ni, si CCI ada bela arnab gak. Arnab dia pun sangat comel jugak tauuu... Aritu tengok anak-anak arnab dia yang baru lahir, eeeeeeiiiiiii... sangat gerun pun ada jugak..hihiiii... Tapi malam tadi sangat best sebab dapat pegang arnab. Sangat-sangat teruja!!! Hahahahaahhh...









Meet this cute rabbit.. nama dia 'nora'. Mula tu budak ni sebut nama arnab ni kemaen panjang, sekali aku tanya lagi dia sebut 'nora' je.






Nora dan tuannya, Nadia. Nama budak pompuan ni Nadia. Dia cita kat aku yang dia dah bela arnab ni since dia darjah 3 lagi. Skang dia darjah 5, means dah 3tahun dia bela arnab ni... Waaaahhhh.... sangat bagus!!!






Yeeeeaaaaayyyyy.... aku dapat pegang arnab!!!! hahahahaaahhhh... sangat excited ok.. Aku takut je kut-kut arnab ni tetiba gigit aku ke, seram.... huahuahuaaa...






Dah rasa macam peluk anak patung teddy bear ja tauuuu... Kalu aku betul-betul ada arnab ntah camne la ye.. hihiii...






Huahuahuaaaa... berlatar belakangkan tangga nak naek atas umah.. kihkihkihhhh....






Hai, nama saya Nora. Tapi bukan Nora Elena, maupun penyanyi Nora isteri kepada Johan Nawawi tu. Tapi saya adalah Nora, si arnab comel.. Hihiii... 










Tengok, comel kan arnab tuu... Tapi tu arr, bulu dia berterabur abis kat atas baju aku. Hidung aku ni dahla sensitif weii... resdung kan, besa laaa... Tapi apapa pun kan, arnab tu memang superr duper comel!!!! Lagi tambah comel kalu aku ada arnab sendiri.. Waaaaaa...bila kah masanya??? hihiii.. So, sayang, saya mau kamu punya anak arnab yah... heheee... ^_^ 














Ok, thankz for reading. Sayang korang!!! ^_^


09/03/2012

Cuci The Musical Last Kopek At Istana Budaya.

Assalamualaikum...

Malam tadi aku pi Istana Budaya. Pi tengok teater Cuci Da Muzikal Last Kopek. Sangat2 rasa bertuah sebab aku dapat tiket FREE dari pelakon CTMLK ni. Aku dapat 2 tiket free, so aku ajak kak aini pi ngan aku. Aku dah taktau nak ajak sapa, lagipun kalu incek sayang ada konfem aku dah pi ngan dia kan.. heheee.. Sebenarnya ari khamis tu lagi dorang ni dah pi Maju Junction. Pi wat promosi sempena ngan tayangan ni pastu trus kasi tiket kat sapa2 yg bertuah. And aku adalah salah sorang yg bertuah ituuuu... yihaaaaaaa..... ^_^


Aku bukan je berdua ngan kak aini sebab member ofis aku pun ada jugak yang pi. Nak tengok gambar2 aku tak??? Tapi jangan sangat jeles ok.. hehehee... Well, bagi aku la, Cuci The Musical ni sangat best, kelakar yang amat, lawak x abis, gelak pun x benti. Sakit perut aku gelak sepanjang tengok teater tu.. Ok, korang layan je la dulu gambar2 yang ada. Aku tak aplod banyak sebab yang len aku dah aplod masuk fesbuk aku.


Kat Maju Juntion pun happening jugak sebab dapat amik gambar ngan Hans Isacc, Nabil, ngan Dina. Termasuk bini Nabil pun aku amik gambar jugak tauuuu.. Bini nabil sangat2 cantek. Aku ada aplod gmbar tu kat fesbuk aku. Korang nak tengok gi kat fesbuk aku ni. Aku dah aplod suma gambar.





Ini kami. Oppsss,,,,kurang sorang, kak tiha.. dia yg amikkn gambar ini..






Cuci The Musical Last Kopek.






Nampak tak tu tiket FREE yg aku dapat??? 2 keping ok.....





Suasana di dalam panggung.. Time ni ramai lagi orang tak masuk.






Teater blom start so kita snap2 pikca duluuuuuu...






Teater ni berlangsung selama 3jam. Sngat lama ok. Nasib baek tak bosan. Time ni teater dah abis daaaaahhh....







Para pelakon. Harun Salim Bachik je yang takda.






Aku beli ini. Mouse pad. 5 hengget je pong... nak suh dorang sign kt cni leee...






Peeewiiiiitttttt.... Awieeeee... heheee... Watak Awie sangat kelakar. Very da funny one...heheee...






Afdlin Shauki. Dua2 nampak sama2 comel kan???? heheee...






Vanida Imran. Dia sangat cantek.






Very da gojes Vee... 




So, begitulah cerita malam tadi. Letih, penat, dan mengantok gara2 malam tadi tak abis lagi nih. Balik umah sat gi aku nak sambung rehat. Esok cuti aku nak pulun tido kaw2nyaaaaa... Ok, aku nak balik. Arini kena naek bas sebab kak aini balik kampung. Babaiiiii...














Ok, thankz for reading. Sayang korang!!! ^_^


05/03/2012

Isnin Adalah Hari yg Saya Rasa Sy Sangat MALAS!!!!!!

Assalamualaikum...





Selamat ari ISNIN!!! Betul tak tajuk aku tu??? ke tak betul...  Ke aku sorang jer yang rasa MALAS macamtu?? aaarrhhh... lantak lah!!! persetankan itu semua!!! Apa yang pasti, yang aku tau skang, aku rasa sangat malas nak buat kerja. Atas meja aku dah mula berlambak fail2 projek yang WAJIB aku kemaskinikan. WAJIB hokeyh!!! Bukan mesti, bukan harus, bukan sunat.. Cewwaaahhhhh... Yela, memang dah jadik wajib dah kalu camni hah. Keja wei, tugasan yang diberikan WJIB dilaksanakan. Heheheee.... Its sounds like soooooo poyo!!!!!





Aku bukan takmo buat suma tu, bukan aku takmo kemaskinikan fail2 tu suma, cuma masalahnya aku rasa takda mood. Hah, bole gitu??? bole aja kalu aku. Kalu puan bos tau, siap aku!!! Salu ari isnin macam arini memang aku jarang nak jadik rajin buat apa2 keja. Pepagi masuk opis terus aku on komputer, on printer, bukak emel keja, cek2 emel, kalu takda pa2 yang penting aku delete je trus emel tu. Aku malas nak sesakkan inbox dok simpan emel2 yang ntah pape tu. Kekadang emel yang takda kena mengena ngan aku pun bole masuk tauuu. Tensi ok.




Tambah pulak ngan 2,3 menjak kedepan ni kan fesbuk, utiub, 4shared ni suma tetiba bole bukak. Salu orang IT ni kan ke dorang block suma ni. Dorang tak kasi bukak tym2 awal. Dorang salu kasi bukak tym2 lunch gituuuu.. Tapi bila dapat je bukak skang ni, hah, amik kauuuuu... Memanjang fesbukingnye, donlod lagunye, layan utiubnye. Suma laaaa... Apa saja yang aku tak layannnnnnn.. Bos lalu kat depan partisyen je cecepat aku tukar len, kengkonon bukak HRMIS ke, cek emel ke.. hahahahahaahhh.... very da stupitoooooo...





Tapi hari2 len InsyaAllah aku rajin. Hahahahahaahhh... bole pulak gitu yee... So, arini sesuai sangat la kalu nak melayan lagu 'da lazy song' tu yee.. heheee.. Alaaahhh..., takda maknanya aku nak layan lagu tu pong.. aku layan lagu len je ni hah.. heheeehh...





Ok, ok, ok... takmo cakap banyak, takmo taip panjang berjela-jela, takmo merapu meraban dah, lets cekidauuuuuudddddd.... babaiiiii bebeyh!!!! heeeee.. ^_^


03/03/2012

Sabtu Yang Meriangkan, Tetiba Ada 'Mood' Nak Masak Utk Lunch.... Yuhuuuu..... ^_^

Assalamualaikum...




Selamat petang semua.., (sbb aku wat entry ni di waktu petang di kala ujan turun rintikrintik selepas ujan lebat tadi)..... heheheeee... Tajuk kemaen panjang kan, nak jugak gitau ari sabtunye.. kehkehkeh... Ok la, arini memang aku rasa sangat ohsem... (yeke ohsem).. lantak arrhhh... Tau tak, tengahari tadi saya telah memasak untuk hidangan makanan tengahari saya. (tetiba nak ber'saya' ni pehal?????). Saya pun taktau apa mimpi saya malam tadi, tapi yang pasti saya bukan mimpi pasal makan sebab saya mimpikan pasal incek sayang saya leee..... hihiiiii...malunyeeeeee.... *_*




Pagi tadi saya bangun pukul 10 tau. Sebelum tu memang dah terjaga, tapi malas nak bangkit je lagi. So saya pun bermalas-malasan di atas katil sambil bermesej-mesejan dengan incek kesayangan saya tuu.. Bangun-bangun je, kuar bilik tengok kat atas meja depan tv tu ada pisang goreng. Tanpa rasa bersalah pada gigi sebab belom digosok, dan tanpa ada rasa malu pada muka sebab belum dicuci, saya terus membedal je pisang goreng hasil air tangan kak aini. Banyak jugak saya makan... kehkehkeh... :-p






Lepas makan pisang goreng tadi, baru saya pi mandi dan segarkan badan. Lepas mandi tu, tetiba terasa nak masak. Jenguk peti ais, dah tau dah ada sayur sawi, dan macam-macam lagi. Pastu teringat, ada jagung 2bijik. 2bijik ke 2batang eyh?? aku pun kurang pasti sebab kekadang aku sebut 2batang, kadang 2bijik.. aarrhhh...lantak lah... Pastu kan aku terasa nak buat bergedil jagung. Mula tu ingat mo kol mak, tanya camna cara-cara nak buat bergedil tu. Sebab aku ingat-ingat lupa. Last-last, tanpa ada bertanya pada sesiapa pun, aku mulakan misi membuat bergedil jagung yang dah lama aku idamkan..






Selain membuat bergedil jagung, aku juga masak sayur sawi campur ngan lobak merah. Aku tumis je sayur tu... masak-masak len kalu bab sayur ni aku cuma reti tumis jela... Tapi itupun ikut jugak kalu sayur tu aku reti makan, reti jugak la aku memasaknya, tapi ada sesetengah sayur yang aku reti makan, tapi tak reti nak memasaknya. Hahahahahaaahhh.... ok,ok... hehe.. Lepas je setel masak sayur sawi ngan bergedil jagung aku tu, tetiba terasa nak makan sardin jugak. Walaupun aku masak sardin ni tak sehebat kak aini (kakak serumahku) masak, dan jugak tak sesedap kak aida (kakak seopisku) masak, tapi aku try jugak la masak.. hehehee...






Dan hasilnya, setelah berjam-jam bertungkus-lumus menyediakan makanan tengahari, siap jugak 3jenis lauk yang tak brapa nak hebak tapi cukup hebak jugak la bagi aku.. kehkehkeh.... Sebelum ni tak penah-penah tau aku nak masak sampai camtu skali. Tapi arini aku pun taktau la malaikat mana yang telah menyeru untuk aku masak ni... hihihiiiiii....






Dan inilah dia antara 3lauk yang telah aku maksudkan tadi...jeng,jeng,jeng..... Saya terharu.... kihkihkih...





Ini pulak, bergedil jagung yang aku idam-idamkan sangat semenjak aku dok KL ni..  yeeeaaayyy..., saya berjaya membuatnya...!!! Bukan cucur jagung tau, tapi bergedil jagung. Jagung pun bule buat bergedil apeee.... Cucur jagung aku dah penah makan dah. Tu pun kak aini yang buat. Pes tym jugak makan cucur jagung tym aku  kt KL ni la...







Yang ni pulak, sardin yang aku masak tadi tu yang tak sehebat kak aini masak dan jugak tak sesedap kak  aida masak... tapi, bolelaaaaaaa... heheee...







Sayur sawi tumis campur ngan lobak merah. Masak simple je, takdenye yg spesel pung.. hehee..







Nasi seperiuk.. Tapi aku takda la makan sampai abis 1 periuk ni hah... melampau weiiiiii....







Kicap manis yang sentiasa ada.. bukan kicap jalen tauu, cap kipas udang je pun... tapi sodap yo!!!!!







Lunch saya pada tengahari tadiiiii... penuh sepinggan hah....   hehee... malunyeeee... haiisshhh....





Dan, alhamdulillah, sangat kenyang dan puas ati dengan masakan sendiri. heheee... Masak untuk diri sendiri, suap masuk kat dalam perut macam aku ni bole la cenggini hah.. Tapi kalu nak suh masak samting spesyel untuk samwan spesyel tu aku tak berani lagik la yee.. hehe.. Eyh, dah bole kawen eyyhh...??? Kalu laki aku selera pun lebih kurang cam aku takpa la jugak. Masak simple camni dah kira ok la kan.. hihiiii...



Aku kalu makan cukup lauk-lauk camtu dah kira ok dah.. tak perlu ada sambal2 belacan ni suma sebab aku memang bukan pemakan sambal belacan. Nak kata aku ni tak makan pedas, aku makan jugak weii.. Semenjak aku dok ngan kak aini ni lagi aku suka makan samting spicy gituuu... Sebab dia salu masak yang pedas-pedas. Orang belah utara kan memang makan pedas. Kalu orang belah pantai timur pulak suka makan yang manis-manis kan... hah, cenggitu laaa...







p/s ~> so, ada sesapa yang terliur ke nengok masakan aku yang tak sbrapa tuh?? hihi... kalu nak, meh datang umah, aku masak lagi.. hahahaaahh.. :-P







_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

01/03/2012

March Is Coming..!!!

Assalamualaikum...








Selamat pagi semuaaa... dah bekpes?? Tadi aku bersarapan makan mi goreng, berlaukkan 2bijik begedil. Begedil tu saiz dia comel2 je sebab tu aku amik 2bijik. Entah napa 2,3 menjak ni aku jadik ketagih ngan mi goreng. Taktau la pehal kaaahhh... Ok,ok takpaaa... selagi boleh makan, dan ada untuk di makan, makan jela yeee... jangan nak banyak songeh nak komplen tak tentu pasal kaaaannn...




Well, dah masuk bulan Mac. Bulan Tiga (3). Ada apa dengan bulan tiga aka mac ni?? Takda apa yang spesyel sangat pun. Nak kata befday aku, lama lagik weyh.. bulan 6 nu haaa.. Kalu adek aku iye.. Befday Wiyah ngan Hairul. Tapi kalu bagi aku pulak, nak kata istimewa sangat takdela istimewa mana pung.. besa-besa aja kaliiii...





Apa-apa pun, dalam bulan 3 ni ada 1 tarikh yang aku tak sabar nak tunggu. Nak tau bila?? juz wait and see.. heheeehhh... Nanti bila dah tiba tarikhnya, bila tiba harinya, aku bagitau ye... Aku cita kat korang. Tak bole bagitau skang sebab belum tiba masanya lagi.. Tapi kalu korang sabar menanti tiba jugak la tuuuu...




Kalu aku bagitau skang tak serprais pulak daaaahhhh.. takmo la camtuuu... Tunggu tauuuuu....
















TAHUN 2019.

Assalamualaikum... Lama tak update blog. Last update semua cuma tinggal jadi draft. Sedih nau blog aku ni..semakin sendu nampaknya. Ok, just...