16/07/2016

JALAN-JALAN KE PADANG BESAR

Sebenarnya ni tak dirancang sangat pun. Akak-akak kat opis aku ni yg ajak. Yang masih bujang lagi la.. Kami berlima semuanya. Aku, kak Hazlin, Kak Aini, Kak Zatul & Coleen. Lima orang ni suma still bujang lagi dan kerja dalam 1opis. So masa kak Hazlin tanya aku nak join tak, aku terus je cakap nak. Sebab aku kan tak penah sampai lagi ke sana tu. So tu yang terus on je. Tiket pegi blk semua kak aini ngan coleen yang uruskan. Penginapan tu kak zatul yang urus. So tiket pegi balik dari KL Sentral ke Padang Besar dengan menaiki Tren ETS untuk seorang dewasa adalah RM82. So pegi blk tiket tren saja RM164. Tempat penginapan pulak kami stay homestay yang ada kat area situ jugak.. Homestay tu 1 malam RM100. So bahagi 5orang sorang byr rm20 jela. Tapi total semua sorang byr RM250 untuk semua2 tu. Sebab mcm tula yg kak aini cadangkn. Dia yang kumpul duit. Kitorang byr RM250 seorang kiranya utk tiket tren ets pegi-balik, penginapan homestay, tambang teksi dr stesen tren ke homestay, dan duit mkn. Aku rasa sangat berbaloi. Kitorang gerak hari sabtu pagi. Kumpul kat KL Sentral. Then pegi brekfes dulu. Aku ade la jugak beli jajan ckit. In case lapar dalam tren ke kan.. sbb kak aini ada ckp beli makan dalam tren tu mahal.


Perjalanan makan masa 5jam kalau tak silap aku. Eh ni dah lama punya cerita tau..Lama tergendala nak update cerita pasal Padang Besar ni. So aku macam ingat2 lupa... >-<  Masa sampai tu kitorang naik kereta sewa untuk pegi homestay. Aku x ingat tambang sbb kak aini yg urus. Masa sampai homestay terus letak barang. Setek suma apa yang patut then terus pegi ke pasar tempat org2 shopping. Tapi sebelum tu kan kena la pegi makan dulu. Lapar hoiii...smpai2 tu pun dah tghari. Mmmg sedang elok utk lunch sbb memasing dh lapar. Dapat pulak kedai yang masakannya sedap. Puas hati sangat. Korang tengok jela gambar yer.. Aku ni pun kena berpandukan gambar baru bole ingat balik suma kejadian2 throwback ni suma. Kebanyakkan suma dr henfon aku je.


pagi..dalam tren ETS..OTW to Padang Besar

kami ber4 duduk dekat2..tetiba coleen plak trcampak dduk jauh ckit dr ktorang


suasana dalam tren ETS

Aku dduk ngan kak Zatul



Perjalanan 5jam ok..Dalam tren tu pulak sejuk yakmat...terpaksa pegi beli air milo kasi hangat2 ckit badan


Aku lupa ni stesen mana...tapi kitorang satu tren dengan A. Samad Said..Kenal lg tak??? Aku tak sempat nak ajak selfie sbb masa sebelum dia trun ni dia ada lalu tepi ktorang pegi toilet

A. Samad Said...Masa skolah dulu femes dgn puisi2 dia

masa ni dekat2 nak sampai dah ni


pemandangan sepanjang perjalanan

masa ni kan musim panas yang panas sangat..so x bole nak tgk pemandangan sawah padi




dah sampai Padang BESARRRRRRR!!!!!!!!Oh ni kak Hazlin

Selamat Datang Ke PADANG BESAR

Ni no telefon abang yang bawak kitorang pegi homestay..Masa nak balik pun dia jugak jemput hntar pegi stesen ktm ETS..Lupa dah apa nama abg ni
 


kat kedai makan..kedai ni masakan sedapa2..Highly recommended!!!

ABC Kelapa...kak lin punya


kami berlima



kitorang oder Tomyam Kelapa, Sayur Campur, Telur Dadar...bukan ni je tau...ade lagi belum sampai..hahahaaa


ok, kasi close up ckit gambar Sayur Campur...walaupun cuma Sayur campur je yer,bila tringat ni balik bole bkin teliur hokayh

Tom Yam Kelapa

Telur Dadar

Telur dadar oder sampai 2, tu tomyam lebihan dari kelapa x muat so org tu letak dlm mangkuk..ujung tu timun ngan sambal belacan

IKANNNNN!!!!!.....Ikan ni terpaling sedappppp....Lupa apa nama masakan...Tapi memang sedap

Tangan sapa plak ni???hahahaaaa

Tengokkkk...liciiiiinnnnnnnnn....abis kebulur suma..hahahaa


Gerai ni paling ujung...Lepas abis makan,pekerja kedai tu bg kitorang keropok ni.. .hehee...So kalau datang Padang Besar jgn lupa dtg cni makan.Oder masakan panas2..masakan panas2 dia suma tiptop...Esoknya nak balik pun kitorang lunch cni lg


So lepas setel makan, perut kenyang suka hati, kami teruskan shoping. Aku jela yang terus shoping..dorang yang lain survey2 dulu. Jenis aku, apa yg aku nak memang itu jela aku akn cari. Masa pegi cni aku memang aim nak beli Toto..Taget nak beli dlm 3 mcm tu, tp bole beli 2 je sbb benda tu besar gedabak.Kalau pegi bwk kete sendiri rasanya bole la kut shopping sakan berabis. Lagi 1, ada cerita lucu jugak berkaitan toto ni...hahahahaaa...kalau ingat balik, senyum jela aku.Sebab nak gelak dah abis gelak masa hari kejadian. Ada jugak aku beli tshirt utk anak buah aku. Utk aku rasanya mcm takde apa sangat la yang aku beli. Memang ingat nak beli toto je nk bg ke mak aku..Utk adik laki ngan bapak aku belikan jubbah ngan baju melayu. Makanan jajan2 pun byk gak aku beli..Masa hari pertama baru sampai ni je aku terus beli 1 toto. Nak mntak lg murah tp penjual tu tanak bg dah.



Nama sama, tp berlainan. Masa ni nak balik homestay lg balik lepas seharian penat shopping..Toto org semenanjung dok sebut2 ni yg kita biasa pakai tidur kan.Tapi toto kat tempat aku ni mmg org dok ingat no ekor tu jela..Sebenarnya sebelum pegi ni, aku ada borak2 dgn Coleen. Sembang2 psl nak beli apa nanti bila sampai sana. So aku bagi tahu aku nak beli Toto ni la. Dia terkejut.. Siap Tanya aku bole ke aku beli benda tu??xpe ke???Hahahahaaaa....rupa2nya mati2 dia ingt toto yg aku cakap tu no ekor...


Lepas aku beli toto tu, aku cerita kat dorg ni semua psl toto aku tu. Haahahhaaaa....berabis gelak semua...heheee...Oh, Coleen ngan aku org Sarawak. Dia xtau benda tu org cni panggil Toto. Dia cuma tau Toto tu no ekor tu jela..heheee....

Malam tu xda keluar pegi mn. Memang stay kt homestay jela. Keluar mkn pun tak sbb siang td dh kenyang melantak makan sampai licin abis semua xde sisa..Malam tu mmg pulun rehat. Sebab esok pagi nak kena keluar awal lagi nak sambung shopping.


Ni gambar pagi ahad. Nak keluar cari sarapan. Kak aini nak bawak kitorang pegi makan pulut ayam. Kat cni kan biasa pagi2 org makan pulut. Eksaited jugak nak tau mcm mn rupa dan rasa wlupun cuma sekadar pulut dan ayam goreng

Nilah dia Pulut Ayam. Lepas mkn ni aku bedal plak lg nasi lemak sebungkus kecik. Sedap plak makan pulut ayam ni. Sampai KL teringat2 aku..nak pegi sna lg ntah bila.


Lepas srapan sambung shopping. Aku beli toto lg. Dorang yg lain pn beli macam2 jgk aku tgk. Then tengahari kitorang pegi lunch tempat sama dgn smlm masa baru sampai. Tapi kali ni oder menu lain sbb nak rasa masakan lain pulak.


ni klu tak silap aku laksa.. Laksa apa tah aku lupa pulak full name nya..yg ni Coleen yg oder


ABC Special

ABC Special dan ABC Kelapa

Tom Yam lagi

 Dah..tu jela..heheee...xdela..byk jgk menu yg kitorang oder tp nape tah bole plak aku xde amik gmbar time ni. Lepas makan balik homestay kemas2 brg then siap2 nak balik. Percutian 2hari 1malam dengan geng2 bujang. Lepas ni insyaAllah bole pegi tempat lain pulak kan...


Dalam tren, ruang tempat letak brg ni penuh brg kami je..hahahaaa..nasib lah yer


pemandangan sepanjang perjalanan




Masa balik kitorang naik tren pukul 4petang. Sampai KL Sentral pukul 9mlm klu tak silap. Aku smpai rumah dlm 10.30 ke pukul 11mlm cmtu. Esoknya isnin keje plak lg mcm biasa.


ni dalam tren masa otw balik. Aku ngan Coleen lapar pegi la beli makan then mkn kt ctu. Sedap la makan panas2 dh la kt dlm tempat sejukkan..

Balik KL teringat Pulut Ayam so pegi la cari brekfas pulut then beli ngan ayam goring.Pun jadik la..hahahaaaaa

 
 
 
Ok, akhirnya setel jugak cerita Padang Besar ni..Lama terperap dlm draft...