02/07/2012

Tragedi di Pagi Hari.

Assalamualaikum...


Arini aku sangat banyak idea nak cerita. Macam2 yang aku mo cerita. Tapi sabar. Itu yang penting. Kasi aku peluang untuk menceritakan kisah pasal pagi tadi. Ha'ah, pagi tadi. Bulan julai ni aku dah tukar WP, so aku masuk 7.30 dan balik 4.30. Pagi tadi macam bese, sampai opis aku paling awal. Yela, sejak2 suda pindah kampung baru ni la. So pagi tadi aku sampai terus masuk lif naek pi opis kat tingkat14. Kuar dari lif tu ada plak encik Nazar. Staf kat opis jugak. Ok, la, ade jugak geng. Tapi encik nazar cakap dia juz datang nak punch kad je, sebab pastu dia nak kuar balik. Ade hal katanye. Dah punch kad tu, dia kuar, aku dok sorang2 kat sofa depan pejabat KP tula. Masa tu belum pukul 7 pun lagi. So aku duduk2, sesambil tido2 ayam, sementara tunggu kak linda atau sesapa saje yang ade kunci pintu opis.



Tunggu punya tunggu, dah pukul 7. Masa tu masih lagi aku sendiri. Ha'ah, sendiri, sorang2. Masa dok sorang2, dengan mata tertutup sebab kononnya nak tido2 ayam kan, banyak la bunyi2an yang datang menjelma kat telinga aku ni. Setakat bunyi ekon di on kan, bunyi suis lampu yang automatik kena ketik tu, ok la, bole terima lagik tau. Sebab aku dah tau bunyik2 tu suma. Nak dijadikan cerita pulak, aku teringat suma cerita2 bebudak opis yang mengatakan opis kitorang ni 'keras' sikit. Kat tingkat 14 ni la kununnya yang paling kuat 'benda' tu. So, masa tu, dapat bayangkan tak perasaan aku camne??? jantung aku lagik la, jgn cakap weiiii..


Masa tu jugak, aku terdengar la pulak bunyi suara orang dok borak2, tapi bunyi tu macam jauh. Tak bape nak jelas tapi memang aku pasti yang tu bunyi orang tengah berborak. Macam bunyi dari opis belakang. Kat BKBA tu. Aku masa tu dah start cuak giler. Tapi masih menahankan diri, dan mata tetapkan terpejam. Tiba-tiba, adala pulak bunyi suara ketawa mengilai. Aduuuuuuuhhhhh... tu lagi bikin tengkuk aku len macam.Suara mengilai tu aku dengar macam jauh je. Aku teringat, sebab penah baca kat blog Akak peejburhan tu kan, ada satu cerita seram dia. Orang kate, kalu bunyi tu macam jauh, sebenarnya 'benda' tu dekat je ngan kita. Begitulah sebaliknya. Yeke??? takut aku weyhhh...




Dengar je suara mengilai tu, aku terus bukak mata, tegakkan badan, amik beg, pastu terus bangun dari sofa, cecepat kuar tekan lif. Masa tu jugak, aku terbayangkan kalu la 'benda' tu tetiba terpacak kat belakang aku kan, pastu dia tegur, 'takut eyyykkkkkkk........'.. Mau aku pengsan dah kat situ. Seram weiiiiii.... Aku dah menggelabah, bukak tepon, konon nak bukak suarah yasin ke, ayat kursi ke, tapi bese la, tepon cap ayam nan hado je laaaaaa... last2 aku terbukak lagu korea dengar cam bising pulak. Lif pulak masa tu kemaen lambat lagik. Saje je tau nak kasi tambah ketakutan aku. Memang masa tu aku dah takut giler. Tangan pun dah menggeletar abis, berpeluh2 toksah cakap ahh..



Aku turun bawah pegi lobi rasa nak nanges je. Last2 dari jauh aku tengok kak fezaa, so naek la skali. Lega sikit sebab ada geng masuk opis. Tapi takut tetap ada. Seram pun iye.




Eyh, agak2 korang kan, 'benda' ni ke yang mengilai pagi tadi??????










Yeke????? dia ni ke yang mengilai kat opis aku pagi tadi masa aku dok sorang2??? 




2 comments:

  1. Hi, I do believe this is an excellent website.
    I stumbledupon it ;) I am going to come back once
    again since i have saved as a favorite it. Money and freedom is the best way to change, may you be rich and continue to help other people.
    Look into my blog post ... Apple Valley

    ReplyDelete
  2. I'm really loving the theme/design of your blog. Do you ever run into any internet browser compatibility issues? A number of my blog visitors have complained about my site not working correctly in Explorer but looks great in Chrome. Do you have any solutions to help fix this issue?
    My site :: usuwanie zmarszczek

    ReplyDelete

Hai korang!!! Iye, silekan KOMEN ye.. Komen SiiiiKIT pun jadik laa.. Komen SaaaaTU je pun ok laa..SaaaaaaaaYang korang tauu!!! ^_^

TAHUN 2019.

Assalamualaikum... Lama tak update blog. Last update semua cuma tinggal jadi draft. Sedih nau blog aku ni..semakin sendu nampaknya. Ok, just...