Showing posts with label story wikend. Show all posts
Showing posts with label story wikend. Show all posts

06/09/2012

Cerita Selepas Raya yg Masih Dlm Bulan Raya.

Assalamualaikum...



Aku mengantok sebenarnya ni.. ni suma gara2 makan nasi lemak masa brekfes pagi tadi. Weeeiiiiiiii, betol2 sangat tak suka!!!!! Fail atas meja aku sangat byk jugak. Nak kena apdet lagik. Haih, malasnye!!! Aku paling tak suka macam ni tau. Kang nak buat apa saja kerja pun tak bole. So, aku merajinkan diri aku untuk apdet blog aku yang dah lama terabaikan. Lama tak lama tapi tetap dah terabai jugak kannnn...



So, kasi aku bercerita masa aku pegi Kelantan aritu. Aku pegi bukan sekadar suka2, atau untuk berholiday menjadik kanak2 riang ria ribena beri. Aku pegi hantar adek aku mendaftar kat Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Nak dijadikan cerita, hari khamis, 30/08/2012, kakak aku, ngan adek pompuan aku naek flight dari Miri ke KL. Dorg smpai jam 12.00am. So kitorang gerak la balik umah sewa aku kat Kpg. Baru.


Esoknya plak, hari Jumaat, aku kena pegi Bukit Jalil. Masa tu kan ade sambutan Merdeka kat situ. So aku adalah salah sorang yang meriuhkn lagi suasana kat Bukit Jalil masa tu. Heheee. Kakak aku, ngan adek aku tu, termasuk ngan kazen aku skali, dorg suma tu x ikut sebab aku nak bwk dorg join skali pun aku tak brani kan. Sbb aku ingt tmpat duduk masa tu mmg di reservedkn. So takut kang org len yang spatutnya duduk takda tempat duduk plak. So dorg bertiga pun  pegila jalan2 ngan member kakak aku.


Malam tu plak, aku balik memang sangat lewat. Yela, aku stay sampai majlis tu abis. Tapi masa aku balik tu, dah dekat jam 12.00am, majlis tak abis lagi pun. Ade lagi artis2 dok menyanyi. Sampai umah masa tu, dekat2 jam 1lebih dah. Dorg kakak aku plak tak balik2 umah lagi. Aku masa tu pelik, heran dan bengang sebab dorang tak reti2 nak balik. Masa tu, memang sgt penat, letih, dan mengantok. Aku pegi mandi, kasi bersih2 badan, bagi segar. Lepas aku mandi tu, dalam pukul 2lebih baru dorg balik. Memang tak sempat nak tido dah..



Masa kat umah tula baru aku terasa lapar yang teramat sangat. Sebabnya seharian kat Bukit Jalil langsung takda makan nasi tau. Ada makan tapi bukan makan nasi. Sebab tu lapar tak hengat!!! Dalm pukul 3 kitorang 3beradik makan. Dah rasa macam sahur plak. Hihiii.. Pukul 4am plak gerak pegi LCCT. Member kakak aku yang hantar. Aku kat dalam kete dah tersengguk2 kepala sebab mengantok.



Pukul 6lebih pagi tu naek flight plak pegi Kota Bharu. Dalam kapal je aku bole tido. Itu pun hanya untuk beberapa minit sebab KL-Kota Bharu bukan le lama mana pun kan.. Kali ke2 aku ke Kelantan, dan 1st time utk kakak dan adek aku. Ok la, meh layan gambar sikit. Kang aku bercerita macam ni korang plak tak puas kan... ye dak?? hehe... Tak pasal2 penat menaip je haku.. huahuahuaa..



Kami 3beradik..

kami bertiga lagi..

Ni la adek pompuan aku yang masuk UMK tu.

Ni suma pelajar2 UMK yg sama flight ngan kitorang dr KL. Budak ujong, yg pki tdung itam, pki spek salah sorg dorg punya sukarelawan. Sgt rasa bertuah dan beruntung sbb soal pengangkutan dr epot nak ke UMK tu setel sbb dorg ni dah uruskn.

dapat cari mana adek aku.. hihii...

Kat sini plak dewan serbaguna yang dikhaskn untuk ibubapa pelajar. Kitorang kena duduk kat sini menunggu sementara pelajar mendaftar.

Suasana pendaftaran.

Ramai je makbapak pelajar yang datang.

pompuan india tu aku tak tau sapa..kehkehkeh...:-P

ramainye orang...

Ok, my youngest sister... we spotted u!!!

Dalam bilik adek aku. 1bilik 4katil, 4orang. Suma ada. Katil, loker, ngan meja study.

Adek aku masuk lambat, dia dapat katil paling ujong dekat tingkap tu.

Itu mereka.. kakak aku sempat baca novel lagi masa ni.

Adek aku, kakak aku..


Katil adekku.. masalah masa ni. loker yang adek aku dapat tu xbole nak bukak. So xbole nak susun brg lagi masa ni. Meja study adek aku plak, pintu rak tu dah rosak, dah tertanggal. Kesian je aku tengok adek aku masa ni. Macam nak nanges pun ada.. tapi tahan jee..

Atas meja study adek aku tu penuh je ngan minuman kotak ngan roti gardenier. Pihak U yg bg. Dorg sediakn utk ibubapa pelajar.

Suasana dalam bilik..



Dalam bilik air.. Dekat je ngan bilik adek aku.

bilik jemur kain.. aku rasa tak muat ni kalu suma pelajar dok sidai pakaian kat sini..

suasana pemandangan dari atas..




Masa ni kitorang nak kluar. Pegi kedai2 berdekatan carikan barang2 keperluan utk adek aku. Ada lg barang dia yang tak lengkap.






Seharian kat situ memang sangat meletihkn dan sangat memenatkan. Bejalan dari sana ke sini, dalam cuaca yang panas terik memang suatu yang agak mencabar jugak la. Tak pasal2 muka sunburn macam berjemur kat pantai. Huhuuu...


Petang tu jugak, lepas zuhur aku ngan kakak aku gerak pegi Kota Bharu sebab nak beli tiket bas. Aku memang tak plan pun nak stay kt Kelantan masa tu. Memang ingat nak balik je sbb cuma fikir nak rehat & tido jek. Sampai kat KB tu nasib baik tiket pegi KL ada lagi. Kalu tak, mau tak mau memang kena stay Kelantan jugak la.


So malam tu bas bertolak 8.45mlm. 1st time aku naek bas utuk perjalanan yang sangat jauh. Sakit bontot duduk lama2. Kebas weyh!!! Pukul 5.00pagi bas sampai KL. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik sumanya selamat walaupun petang sebelum gerak tu hujan kat KB sangat lebat. Dan yang paling penting, urusan pendaftaran adek aku pun sumanya lancar tanpa sebarang masalah.


Masa kat sana, aku memang rasa sedih. Rasa nak nangis je tau. Lagi2 masa nak balik tu. Sebak giler aku tengok adek aku.Tapi adek aku tak nangis la. Tapi tak tau la masa kitorang dah balik ni kan. Aku tanya kakak aku, mak ngan bapak nangis tak masa dia hantar korang kat epot Miri tu?? kakak aku cakap, mak tak nangis pun.. Yang nangisnye bapak aku. Masa aku dengar cite kakak aku, airmata memang dh bergenang. Tapi aku tahan. Takmo la nangis2. Apa2 pun, aku doakn dan aku harapkn yg trbaik utk adek aku. Semoga dia pandai2 la jaga diri selama berada kat tempat orang tu. Dan yang paling penting, kena belajar rajin2, belajar betol2. Apa sekalipun, kena ingat ngan makbapak di Miri.


So lepas ni, aku dah ada tanggungan. Hahahahaaaa... kena tanggung adek aku. Kena kasi duit belanja dah pasni. Kena pastikn dia sentiasa baik2 saja.




pssstttt...-> gambar raya aku tak masukkan lagi.. nanti la eyk.. hihii.. sory...

03/07/2012

OT Weekend.

Assalamualaikum...



Hari tu kan aku ada bagitau yang aku ada OT kat opis. Aku ngan kak ina. Hari sabtu lepas2. Bukan la OT apa sangat pun, cuma kitorang kena suru pantau jela keja2 cleaner yang cuci karpet kat opis aku ni ha. Kalu diikutkan idak le susah beno, tapi dah bos cakap kena ada orang yang jaga so aku pun merelakan diri le nak ot. Sebab bole buat claim. Taula tak bole nak claim duit, aku pun tak kisah jugak. So, hari sabtu tu aku kuar umah 7.30am, sampai opis dalam dekat2 pukul 8.00am gtu la. Kak ina ngan anak dia dah sampai dulu. Oh ye, kak ina bawak anak pmpuan dia aritu. Baru setaun lebih eyk kalu tak silap.




masa ni kitorang pegi beli bekfes.

Damia ni tidak memberikan kerjasama laaa...

kenape aku bergego??? tapi takpa, still comey lagik..hahahahahaa

Hai, nama saya Damia Arabella. Uiiiiii....nama dia, kemaen lagi, kalah artis!!

men kejar2 ngan damia.

fotoshoot bersama damia

oh, sile abaikan sticker doremon kat blakang tepon saya tu. huahuahuaaaa.. x bole blah sunggoh!!!!

damia gelak2..

damia senyum2..

pastu pegi pulak kat tempat aku. Masa ni aku pasangkan dia cite katun2 ikan tu, tajuk pe lupe daaahhhh...

tapi dia tanak layan... dia nak sepah2kan je kat atas meja aku..

abis suma berterabur.. tapi takpa, sebab damia comel so aku maafkan.. hahahaaa.. :-P

lepas tu pegi pulak men kat tempat len..

nampak je benda len macam sikit, mulalah diaaaa...

korek2 lubang..

Damia pun pantau jugak kerja2 cleaner tu...

ok, pegi tengok keja dorang...ok ke tak ok..

naek atas meja pulak..kalu jatuh abis akuuuuu...

eyh????





ok, sekian tima kaseh.







Nape???? tak nampak macam aku buat keje eyh?? memey ahh.. sebab aku juz tengok2 je cleaner tu cuci karpet. Dan pastikan tidak berlaku sebarang kemalangan, kehilangan atau kerosakan. Pagi tu memula dorang cuci karpet kat belakang, kat BKBA, so aku pegi tengok2. So far ok jela kut, takda apa pulak komplen dari dorang. Lepas tu cuci kat bahagian opis aku. Masa tu memang aku bergilir2 ngan kak ina. Aku kejap2 men ngan damia. hihiii..



Tapi yang tak bestnye, meja kaca kat dalam bilik bos aku bole pulak pecah. Tak tau camne bole terjadi. Pastu dorang komplen cakap macam tade pape perubahan pun. Nampak bese2 je keadaan karpet tu. So aku tak bole nak cakap ape la... Entah le, nak salahkan cleaner tu sebab tak buat keje, tapi aku ngan kak ina sendiri dah tengok dengan mata kitorang ni. Tapi biala, dah lepas pun suma tu. huhuuuu...


Lepas ni harap2 dan moga2 takda lagi la terjadi yang begitu... hurrmmmm...




p/s ~~> teringat2 pulak ngan hal semalam... seram aku!!!!







02/07/2012

Titiwangsa --> KL Festival --> Danau Kota. All In One.

Ceeewaaaaahhhhhh... dah macam promosi Airasia plak dahhh.. all in one gituuuu.. So, ni nak cerita plak. Sabtu lepas punya cerita. Aku, kak aby, ita ngan kazen ita pegi jalan2. Takda pegi mana sangat. Memula tu amik kazen ita kat stesen KTM Bank Negara, dia dari Tanjung Malim, study kat UPSI. Lepas tu terus pegi makan tengahari kat kampung baru. Makan dekat2 umah jugak la. Masa tu jangan cakap la, aku memang kelaparan giler. Hahahaaahh.. Lepas makan, terus gerak pegi Taman Tasik Titiwangsa sebab kejar masa nak naek padle bot. Ita tula, dia yang teringin sesangat. Dia cakap padle bot tu dari jam 2pm sampai jam 4.30 ke 5petang je gtu. Masa tu dah pukul 4lebih je. Takut tak sempat.


Sampai2 je, kaunter bukak lagik. Ok, bole naek padle bot. Yeaaayyyyyy!!!!! Mengayuh la kami kat tengah tasik titiwangsa tu. Heheheee....

ok, peace dari saya. hehe..

Posing dengan jaket keselamatan. Berganda2 kecomelan. hahahaaa.. :-P

sama kak abby.

eyh, aku lagi..

ini bukti yang menunjukkan kami berada di tengah2 tasik titiwangsa ye.. bukan tasik kenyir, tasik tu nun jauh di saaaaaanaaaaaaa...

hai adek2, kayuh leklok ye...ati2 tauuu.. kakak2 nak balik dahhh... kihkihkih...



Lepas penat mengayuh padle bot, pekena pulak char kuew tiaw, ngan air jus tembikai laci. peerrgghhhhhh.. TERBAEK!!!!!





Lepas kepenatan dan kelenguhan kaki kayuh padle bot tu, tambah plak kekenyangan makan char kuew tiaw titiwangsa, ngan makan lagik sate stesen, kitorang bejalan lagik. Next stesen pegi KL Festival City. Mall yang baru bukak kat area setapak tu kan. Masa tu memang da plan nak pi jalan2 kat Danau Kota. Tapi sebab masi awal lagi, so masuk KL Festival la dulu kita. Karoke kat situ, amik 2jam, memang puas. Best giler. Kuar dari situ, ita plak teringin nak makan Tutti Fruity. So masuk la kat area situ, ingat nak paking kete, skali tempat paking giler kemaen jauh, last2 x jadik. Takpe ah, len kali kan ta.. hehe..



Pastu, barula menuju ke Danau Kota. Penat giler pusing2 area situ nak cari paking tapi tak jumpa2 last2 paking kete kat tepi jalan jugak jadik pilihan. So, meronggeng la kitorang berempat malam tu kat danau kota. Macam2 ada jual kat ctu. Aku juz beli tudung 2ton 2 helai, beg, ngan tshirt. Tu jela kut kan.. hehe.. Gambar2 takda la plak. Tapi ada, kat ipad ita. Tak sempat nak amik pun lagi.


Balik tu plak singgah kejap kat Dataran Merdeka. Konon ingat nak kuar, duduk2, lepak2 tapi cam malas sebab dah penat, mengantok lagi. So duduk2 dalam kete jelaa.. Last2, pukul 1am baru balik umah. Hebat tak??? hehehe..






TAHUN 2019.

Assalamualaikum... Lama tak update blog. Last update semua cuma tinggal jadi draft. Sedih nau blog aku ni..semakin sendu nampaknya. Ok, just...