02/11/2015

WEDDING DI KUANTAN

Ok, tarik nafas panjang-panjang, then hembus pelan-pelan. Wooiiiiii...lama x apdet blog. Mcm biasa lah, salu je ada cerita. Macam2 cerita, tapi bila nak apdet je dekat blog selalu mcm ada samting yg menghalang yg aku sendiri pun xtau apa yg menghalang tu. Sebab malas kut. Hahahahaaaa... Ok, back to normal. Alang-alang dah menaip, meh aku cerita pasal wedding housemate aku di Kuantan. Ini bln 2 punya cerita. Tahun ni jugak la. Hehehee... Kak abby nikah hari khamis. Eh, why weekdays??because its public holiday maaa.. Masa tu cuti tahun baru cina. Aku, ida ngan linda gerak dr KL petang rabu. Naik kete ida. Dia drive. 4jam pegi. Dia drive sorang sbb aku x reti drive. Jangankan reti drive, lesen pun aku yillek..Hahahaaa... amma appa. So mlm tu kami stay homestay yang kak abby dah bookingkn utk kitorang. Rumah tu sangat cantik ok. Ada 3 bilik. Decorations dlm rumah sangat comel. Kitorang suke. Dahla sume pun berlatarkan pink. Mek ida tu suke la sbb fevret kaler dia kan..


So, esok pagi khamis nak nikah. Kami eksaited, kak abby pulak tgh neves kt ruma dia sana. Oh ya, homestay yg kami stay tu jauh ckit dr ruma kak abby. Tp dlm area ruma laki kak abby la. So pagi tu dh siap sume kitorang trus gerak nk ke ruma kak abby. Nk tgk dia siap la kononnya. Tapi masa otw nak cari ruma dia tu kitorang macam sesat ckit. Then ada budak dtg amik kitorang. Dorang naik motor so kitorang ikut dr belakang. Sampai ruma kak abby, dia tgh mekap. Tggu kejap. Then ida ckp gerak ke masjid la sbb tggu situ je. So kami ke masjid. Eh aku sebnarnya ni dah x ingat sangat kejadian. Hahahaa...ik, i'll try flashback ye. Masa kat masjid ramai family Am (husband kak abby). Masa duduk2 tu Nampak kak abby dah masuk masjid so aku ajak linda ngan ida masuk. Then kitorang dduk dekat kak abby. Aku eksaited nk tgk dia nikah. Sbb yela, housemate kan..kitorang kenal dr tahun 2009, sama2 lapor diri masuk keje kerajaan masa tu. Dan aku tau sikit2 la jugak cerita cinta dia ni. Ada bab sedih, & gembiranya. So bila tiba saat yang paling sgt gembira ni haruslah aku pn gembira sama.


One more thing, ini adalah kali ke2 aku tgk live org nikah. So I is eksated. 1st time dulu masa kak sepupu yg actually our makcik muda nikah..Bln 2 jugak, tp tahun lepas klu tak silap. Kat Terengganu masa tu. Dan ni plak housemate ok, haruslah lebih ckit. Hehehe... Oh, kakak2 aku nikah dulu masa tu aku x brkesempatan pn nk gi tgk. Kenape tah..ok, forget it.


Masa lepas nikah, aku ada ckit nanges. Touching kauuuu...Sbb rasa mcm, finally, she meet her real man. Yes, sbb aku tau jln cerita cinta dia, aku tgk dia nangis bila ada bab sedihnya, aku tgk dia gelak bila ada bahagianya. Alhamdulillah, Allah permudahkan & pertemukan kak abby dgn insan yang selayaknya. Im happy for u kak abby!!! Walaupun x kenal dr lahir ke, dr skola ke, tp im still happy for u. Lepas nikah, gerak terus ke rumah kak abby. Nak makan kan. Lapar hokayyhhhhh... dari pagi x mkn apa. Harushlah melantak kaw2..hehe.. Sampai rumah kak abby, ramai giler orang. Dengan panasnya plak sbb tghari dah masa tu. Ida pulak tetiba suh cepat2. Ntah apa yang dia kejarkan. So nak makan pun xbole nak focus. Dengan panas makanan, panas cuaca. Eeeeeiiiii, I is stress!!!! Tapi sebab tumpang kete dia kan, so ikutkan jela. Kalau kata aku pegi sendiri naik bas atau kete memang aku stay tunggu sampai majlis habis. Yela, bayangkn ok, kitorang x dapat pun nak amik gambar dgn kak abby kat atas pelamin. Padahal itula yg aku nak sangat. Pelamin kak abby cantik hokay. Is is suka. One more, masa kat masjid tu, sblm nak nikah, kak abby ada ckp, nti klu dorang nak pegi outdoor photoshoot dia nak kitorang ikut. Eh, aku memang suka bab2 tu. Hahahaaa... Yela, bole amik2 gambar, bole jadik penyebok kejap kan. Tapi tetap x berkesempatan sbb ida tu td nak blk cepat. Haaiiihhh... ni klu aku sembang balik dengan linda memang dia pn rasa apa yg aku rasa. We was so disappointed  la. But tula, like what I type just now that we just ride her car. So anything just follow her.


So petang lepas makan kitorang trus balik KL. Otw balik jalan jem giler start dr Genting Sempah. Memang byk giler kete dr KL sbb nak balik menghala ke pantai timur kan. Yela, cuti panjang masa tu. Masa balik aku rasa perjalanan macam kejap pulak. Msa pegi tu kemaen lamanya. Dahla masa balik tu hujan lebat. So aku ckp dekat ida drive slow2 je. Alhamdulillah, selamat pergi & balik. Dan, kak abby pun skrg dah pregnant. Aku x pasti brapa bulan. Yang pasti, dia mmg nak sangat cepat dapat baby. Kemaen yer gigih berusaha tiap hari..hahaha...



Ni linda, masa ni kitorang baru sampai lepas dari masjid td. Kak abby dh siap salin baju nak duduk sanding pulak masa ni. Kitoang pun masa ni selamba je masuk bilik pengantin.

and me, with my dear housemate, kak abby.

pengantin pompuan, Arbayah. Full name pulak. Masa ni dalam masjid la. Tudung biru tu kalau tak silap aku mak andam kak abby which is dia punya kawan jugak ke. Eh lupa sudaaaa
 

Kita selfie dulu sblm nikah

kad kahwin. Kad kahwin yg paling unik yg penah aku terima. Buku skolah punya kad kahwin. Kak abby buat sendiri ok kak kahwin dia ni. Gigih beno la.






So kepada kak abby dan Am, semoga kalian bahagia sampai syurga. Bersama selamanya sampai bila2. Kak abby, bila dah bersalin nanti jangan lupa bagitau yah..














18/08/2015

Syawal 2015 : Cerita Raya

Baru nak berapdet blog ni setelah sekian lamanya ditinggalkan begitu saja. Well, i is bizi. Haah, bizi tahap nak bukak blog pun dh x sempat. Sila percaya. Hahahaa.. Ok, aku balik kampung (Miri) is 14Julai. Hari selasa. Flight aku malam jam 9pm. Naik MAS. Hari kejadian tu aku still kerja mcm biasa tp mcm biasa jgk akan mintak balik awal dari bos. Alkisahnya la kan, petang tu aku nak kena amik sate kajang which is aku dah oder sebulan awal kut. Well, my eldest sister is pregnant again. InsyaAllah will give birth on this November. Anak ke3. I is excited la of course. Gonna have a new niece/nephew soon. Ok, balik cerita asal. Aku oder sate kajang sbb kakak aku the makyong tu teringin la katanya. Another from that, she also want the Tudung AJ. So dh borong 10helai kat butik AJ di NU Sentral nu. Petang tu, masa amik sate, aku terkejut la jgk sbb dorang packing just bungkus dalam plastik gitu je. I thought they will put in the white box. Sbb masa oder aritu kemaen dorang ckp ok, boleh. Tup2 masa amik dorg buat gitu je. Aku mmg nak hangin dah la. Tapi mengenangkan yg aku dah lambat, nak blk rumah plak jauh. Oh ya, aku dah pindah rumah tau. Hahahaaa.. Ok, tu lain cerita. So aku pun dengan rasa bengang ckit amik jugak la sate aku yang daha siap di 'packing' kan tu. BTW, aku oder sate ayam 100cucuk, sate daging 50cucuk and sate ikan is 50cucuk. Total suma 200cucuk sate kajang. Agak byk jgk la.


Masa kat rumah aku pun kelam kabut la angkat suma beg2 yang dah siap. Sbb dr rumah tu nak kena gerak ke KL Sentral pulak untuk naik bas ke epot. Masa tu dah agak lambat jugak la sbb aku x checkin lagi. So macam2 aku fikir sbb mengenangkan nasib diri di perantauan. Ececeehh..selit lirik lagu ckit. Dekat jam 6ptg aku smpai KL Sentral. So beli tiket bas, then letak barang suma. Masa tu terfikir, ni nak gerak ke epot ni konfem bukak puasa jap gi dalam bas. So naik atas balik beli air dengan sandwich telur as alas perut utk buka puasa. So jam 7 klu x silap bas gerak. Then 730 masa tu msi dlm bas and still otw to airpot. So mkn la sandwich telur tu td dengan harapan nti naik kapal baru makan best2 lah kan. Tapi harapan hanya tinggal harapan sbb dlm flight aku mlm tu cuma dihidangkan sandwich jugak!!! Hampeh betol MAS ni. So, jam 8 mcm tu aku sampai epot. Kelam kabut lagi sbb nak checkin dan masukkan barang dlm kargo. Bayangkan, aku ada lagi sejam ok. Mau x menangis aku masa tu. Memikirkan takut kena tinggal kapal, kang x pasal2 beraya sorang aku di perantauan. But, alhamdulillah, aku selamat sampai di kampung halaman. Hehehee...


So, sehari sebelum raya sempat la keluar bejalan dengan 'ehem'!! Hahahaa... temankan dia beli baju raya. Oh ya, tahun ni raya aku takda baju baru. Sedeyhhhh!!! Tailor yang aku hantar kain tu x jwb kol aku sampai ke suda. So terpaksa aku beraya pakai je baju2 last year. Tahun ni family aku temanya warna kelabu. So semua pun berkelabu la di pagi raya. Aku sorang kelaut. Plannya jugak nak matching2 la skali ngan org tu tp aku dh ckp aku xda baju baru, just pakai je baju yg ada.


Gambar ada sangat banyak dalam henfon aku yang aku belum lg transferkan ke PC ni. Aku takut hilang suma gambar tu kang meratapi tak sudah2 la jawabnya. Nanti aku apdet lagi beserta gambar2.Ok, bye!!

17/05/2015

FAMILY DAY OFFICE AT EAGLE RANCH, PORT DICKSON.

Hai.


Sementara ada masa, peluang dan ruang ni, meh la merajinkan diri apdet blog kan. Dah lama kut tak berapdet blog ni. Cerita pun dah lama. Beberapa bulan lepas. Klu makanan ni dah basi la kut. Tak bole makan dah. Tp ni cerita. Basi tak basi tetap nak cerita gak.



Bulan 1 aritu la. Tahun ni jugak la. Ofis aku buat Family Day. Lama dah dorang plan. Memula aku dengar dorang nak buat kat Melaka. Tp atas sebab2 yang tidak dpt dielakkan makanya lokasi bertukar ke Eagle Ranch Port Dickson. Ni kali ke2 aku pegi Family Day ofis. Sebelum ni buat Family Day Cawangan punya aku tak penah pegi. Ada jela sbbnya masa tu. Family Day yang mula2 aku penah pegi dulu masa kat opis lama, masa kt BKES dlu. Siap dpt anugerah Staf Paling Popular ok. Hahahahaaaaaa..... klu Artis Popular ni dah dpt sebijik kereta la kut kan. Beserta set barangan kemas. Gittuuuuu... Tp ni bkn hokayh.



So, family day tu buat hari sabtu dan ahad. 2hari 1 malam. Gerak tengahari sabtu, aku pegi dengan Dila. Dia amik aku kt rumah. Dia drive keta dia. Gila laju dia bawak keta. Asek la amik line kanan aje. Hahahahaa.. Sampai je ER tengahari tu, dh siap checkin bilik, letak barang sume, aku ngan Dila keluar pegi lunch. Lapar kuttt... Tapi masa tu tak tau nak makan kat mana, so just stop singgah jela mana2 pun. Last2 kitorang singgah makan kat 1 kedai ni, makan la nasi ayam je pun. Tapi sedap ok. Alhamdulillah, kenyang. Tapi sory, gambar takda. Aku dh delete pulakkk...


 Dah setel makan, blk semula ke ER. Petang tu ada game. Mcm biasala kan, kena ada sukaneka. Seronok jumpa family semua. Masing-masing bawak anak ngan laki bini. Aku ngan Dila dah konfem2 la datang bawak diri sendiri je kan. Nama pun still bujang. Hehee... Main game mcm biasa, mestila ada hadia kan. Budak2 pun ada game jugak tau. Kutip gula2. Itu pn dorang dah terlebih seronok. Tp aku nampak masa tu mak bapak la yg tolong kutipkan gula2. Hahahaaa... Jgn risau, semua pun dapat hadiah. Barulah ada keadilan di dunia... cewaaahhhhh...


Gambar xde sangat. Sbb masa tu aku tak pegang henfon sangat pun. Bizi nak main game katekannn... Ada pun gambar yang kak Farah amik tp suma dah ilang dr fon aku. Mijang pulak masa ni dia smpai lambat so memang xda langsung gambar yang dia dapat tangkap.


Malam tu kitorang ada dinner. Ada Fashion Show utk budak2. Oh ye, malam tu aku dah diamanahkan untuk menjadik MC. Bukan aku sorang, tp dengan Kak Sham. So malam tu kami adalah Master Of Ceremony. Gittuuuuu... Nerves jugak sebenarnya. Kak Sham pun tak abis2 takut. Hahahahaa....1st time la katekaannnn... Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Siap ada lucky draw. Dan aku salah seorang yang dapat lucky draw tu tau. 1st time dapat lucky draw selama 25tahun hidup. Hahahahaaaa.....sedeeyyyhhhhhh!!!!!!


Malam tu jugak tema kitorang adalah 'Masquerade'. So bertopeng la bagai. Aku dengan kak sham siap pegi shopping sama dan plan nak pakai ape malam tu. Malam sebelum nak pegi tu aku siap buat skrip ok. Hahahahaa.... yela, xpenah2 handle majlis macam ni. Tp sebab majlis santai je, xdela serius sangat pun. Tapi masa malam tu xdala rujuk sangat pun skrip yg kami buat. Kami main cakap je. Janji kena pada suasana.


Gambar x ada sangat so xbole nak aplod. Kalau ada pun mungkin tidak semenarik. Xpe, next time cari gamba.



ok, bye.







Ok, last... terimalah.....

















Nah la, sebijik gambar tuan punya blog yg jdik MC mlm tu.

09/03/2015

Rombongan UMK Ke TURKEY.

Ok, bukan aku tau. Tapi adik pompuan aku. Dia kan student UMK. Universiti Malaysia Kelantan. Bulan lepas dia dapat pegi Turkey. Untung sangat badan. Rezeki dia. Sbenarnya, masa nak pegi ni,byk nau hal. Byk spekulasi. Ececeehhh...spekulasi la sangatttt... Dipendekkan cerita, dia pegi sbb U bt lawatan ke ape tah aku x sure sgt. Bertuah nau badan...dpt pegi oversea..Alhamdulillah la, rezeki dia kan..Dah lama sebenarnya dia bgtau kitorang yg dia dpt pegi Turkey tp ntah bila konfemnye. Sbelum klu x silap last year dia pegi Thailand. Rombongan U jgk. Sampai la 1 masa tu dia bgth yg dia dpt pegi Turkey. Masa tu dah konfem tarikh which is 15-20 februari la. Seminggu di Turkey. Masa dia bgth yg dia dapat pegi Turkey tu, aku ada la jgk terfikir & tertanya sendiri, budak ni nak pegi Turkey dh ade passport ke??mybe adela tu kut sbb sblm ni dh penah pegi Thailand kan.. So aku just ignore jela. Then 1hari tu dia tnya nak buat passport kt mn. So aku bgth la kena pegi Jabatan Imigresen. Eh ke Jabatan Pendaftaran Negara?? konpius kejap... Masa dia tnya tu sbnrnya masa dh suntuk sangat tau. Dah dekat sangat tarikh dia nak pegi. Kelam kabut jugak la dibuatnya. So dia pegi ofis kt Kelantan tu. Staf sana ckp klu dia buat passport akan makan masa sbb dia warga Sabah. Memang akan mkn masa sehari tp itu kalau buat di tempat sendiri.


Klu x silap aku masa tu hari khamis dah kut. Padahal hari Ahad nk terbang dah. Oh ya, FYI, dorang yg nak pegi ni sebenarnya pihak U dah tanggung duit tiket, makan minum, penginapan & ada sikit bg duit belanja rm300 klu x silap. Yg selebihnya kena tanggung sendiri mcm duit nak buat passport & duit belanja kut la nak shopping kt sana kan. So masa tu agak tegang jugak la keadaan. Last2 tau apa jadi?? Hari khamis, mlm tu jugak adek aku gerak blk KL dr Kelantan naik bas. Pagi jumaat smpai KL plak trus ke KLIA2 amik flight ke Miri. Sampai Miri kakak aku jemput then terus pegi buat passport. Masa dia dtg ke KL tu aku xtau pn dia nekad jgk. Sblm tu aku dh pesan, klu jd dtg KL bgth aku. Tp dia xda ckp ape pn. So I is bengang. Tau2 je dia dah smpai Miri. Hek elleeehhh... Aku tau dia gerak ke KL tu pn sbb pagi Jumaat tu kakak aku kol tnya samada adik aku tu dh smpai ke blom. Aku try kol xdpt2. So risau la jgk kan kut la apa2 jd. Tp tula, tau2 je dh slamat smpai Miri. So sabtu mlm dia terbang blk KL. Flight dia pukul 10pm so dia smpai dlm jam 12lbih gtu la. Aku pegi KLIA2 tggu dia. So malam tu stay KLIA2 la kami 2 beraadik ni td. Esok pepagi plak kena gerak ke KLIA lg sbb nk kumpul dgn kwn2 dia yg lain.




masa ni dh 5pagi tau..nak naik ERL pegi KLIA

Lama menunggu ERL..

Yah, my only one adek perempuan.

1st time nak ERL so agak jakun jgk la..hahahaaa...




see....ni antara kawan2 dia yg dapat pegi skali. 3org je pompuan. Yg lain smua laki. Oh ye, akak yg baju putih tu bkn student @ pihak U, tp agent travel klu x silap. Tgh explain samting la kut masa ni..




Duit RM yg dah tukar ke matawang asing

boarding pass

sbelom masuk selfie lag..sempat plak kawan dia mnyelit skali

kengkonon nak bg Nampak Perlepasan Antarabangsa pn word tp blur pulak daahhh..

ok, last selfie before boarding time

dia paling last masuk





Ok, gambar2 yg aku amik ni semua aku sent kt dlm grup wasap ktorang beradek. Well, besala, aku kan suka melaporkan live. Hahahaaa... lgpun aku suka amik gambar. Adek2 aku siap tegur, sikit2 selfie, asek2 amik gambar...eh eh ehhh...sukati la.. heheee... Jeles lettew...kannn... choiiii sangattt... And now, dia dah pun selamat blk. Masa dia pegi sana, ada jugak la dia sent gmbar kt ktorang. Paling best sbb tgk ada salji. Tp paling untungnye pun dia jugak la sbb dapat men salji & tgk salji live depan mata. Bertuah badan sbb muda2 lg dh merasa pegi byk tmpat. Eh, kira byk tmpat la jgk wlaupn tmpat lain x mention. Ni aku dengar2 thn dpn dia dpt pegi lg. Ntah btl ke idak. Kita tunggu & lihat. Ok, bye!!




03/03/2015

Istana Budaya - Teater Diari Wanita.

Sebenarnya tadi kan aku nak apdet pasal housemate aku kawen aritu tau..Pastu stop kejap sbb setelkan keja. Lama2 pastu ilang idea. Dah rasa nak apdet pasal pegi tgk teater pulak. Ok la, meh apdet pasal tu la. Kang lambat2 lagi memang tak berapdet lagi lah blog aku ni..


Ok, kisahnya kan hari khamis lepas2 dah. Masa kat surau tu kak Diyana ada bgth yang esok jumaat tu dia nak pegi tgk teater Diari Wanita kat Istana Budaya. Ada sepupu dia dapat tiket free. So aku pn tanya, ada tiket free lagi tak?? Dia cakap dah takdela. So xpe. Malam tu, tetiba kak Diyana whatsapp kat aku bgth yg ada tiket free lg 1 sbb ada sorang sepupu dia x dapat join. So dia ajak aku. Dia suru pakai lelawa esok. Sbb dari ofis tu terus nak gerak ke IB. Ok, aku dah hepy + eksaited. X sabo dah ni haa.. Esoknya jumaat tu, aku x tau nak pakai baju apa sbb kan blk keja terus nak pegi IB. Last2 pakai baju kurung biasa jela. Apa adahal kan. Janji berbaju. Nak dijadikan cerita, hari Jumaat kak Sham last kat opis sbb dia kena transfer ke cawangan lain. So hari jumaat tu aku kluar lunch dengan kak Sham. Petang tu adala kitorang celebrate sikit. Alah, celebrate gitu2 jela pun. Mengingatkan yang kak Sham tu dah keja kt bahagian tu aje dh 34tahun kan, so aku belikan slice kek kt SR then cucuk lilin. 3btg lilin besar, 4btg lilin kecik. kan ke 34tahun.. So masa tu memang agak tacing la jugak. Nangis jugak la mengenangkan dah tade geng sbb selama kt bahagian ni mmg aku seronok kawan dengan kak Sham. Well, like I said before this, "kawan dengan macik2 lagi bagus". Hehee..


Kek ape tah ni..pilihan kak sham. Tengok tu lilin..

last day punch out.

ajak kak sham selfie lepas abis nangis. Sedih beno masa kak sham nk pegi ni..



 
Oh ye, ada video sikit. Video tu sbnrnya masa kat Food Court Maju Junction. Tengah lunch tetiba dengar bunyi macam ada lion dance..kan ke dlm aura Chinese new year masa tu..so dtg la singa menari.. I is eksaited tgk lion dance ni..hahahaaa...





So, petang tu dah selesai semua, ramai dah balik. Aku ngan kak Diyana ada je lg. Petang tu pulak tetiba la aku sakit kepala. Kerap sangat aku sakit kepala. Sakit yang sampai rasa berpusing2. Pening kemaen. Panadol pulak takda masa tu. Masa tu jugak aku mcm nak cancel je join kak Diyana pegi IB. Fikir punya fikir, last2 aku ikut jgk la. So dari opis kitorang gerak dalam jam 6pm mcm tu. Singgah monorel stesen Medan Tuanku sbb nak amik kazen dia. Kazen dia tu plak sebaya aku. Ok, dpt kawan baru..hehee.. Then terus ke IB. Sampai IB pegi minum petang dulu. Sedap2 plak makanan kt IB. Then dalam 7lbih msuk ke IB sbb kak Diyana nk solat. Aku cuti masa tu, so xdela nak kelam kabut sangat kan. Aku terus pegi toilet dgn sorg lg kazen kak Diyana. Sape tah nama dia lupe plak aku. Yg sebaya aku tu namanya Fatin.



 Meh layan gamba kt IB pulak.. Jgn jeles tauuu.. heheee...


ok, yg pki baju maroon tu kak Diyana. Yg free hair tula Fatin yg sebaya dgn aku. Yg blkg tu sepupu dorg jgk tp aku x ingt plak dh nama dia. BTW, thanks korang!!

ok, same ke idok??

kat dalam IB. Masa ni kitorang la paling awal masuk. Selfie dulu sblm kena laser ijau!!

The ticket. Free jer..untongla...

Sherry Al-Hadad
Dina Nadzir. Kali ke2 jumpa selepas Cuci The Musical yg lalu..sama gak, masa tu pn sbb dpt tiket free jugak..
Misha Omar. Orgnya kecik je pun..lawa sangat..sporting!!
Amy Mastura!!!Pun sama, kali ke2 jugak jumpa selepas Gamat The Musical..Teater 1st yg aku tonton di Istana Budaya.
Sapa tu??korang kenal tak?? Arja Lee.. Dia pun datang tengok teater jugak..
Selfie dgn Fara Fauzana dlm cahaya kelam.. Masa ni rehat 15minit..so amik kesempatan pegi dekat Fafau..


Peace aku x penah ketinggalan..

Masa ni, Arja Lee yg suru duduk tau..aku ingt nk berdiri je..hehe..Dia duduk barisan blkg seat ktorang..

ok, kemaen muka kakak floles nauuu...ni suma flash punya pasal..

ketahuan selfie...ada paparazzi rupanya..hahahaaa :-P

entah ape je yg Dina gelakkan sangat masa ni..tu suma barisan pelakon..






eh, macam aplod 2kali plak..biala...malas nak delete..

Nampak belakang tu...byk seat kosong lagi sbb kami paling awal masuk..Nampak nau x menyabo..




ini over..hahahaaa...kemaen Misha Omar siap bangun..nak cemolot bagaiiii...








Sebenarnya gambar2 semua tu x ikut turutan sangat. Aku men aplod je semua. Yg aku selfie sorg2 dgn dorang tu sbnrnya masa dah abis teater. Yg kitorang berphotoshoot kt banner2 tu plak masa baru sampai. I mean lepas minum petang then lepas solat maghrib, and tunggu masa nak masuk dalam. So itu jela kesempatan yg ada nak berphotoshoot bagai kan.. kak Diyana layankan aje kitorang ber3 yg bujang ni sbb kak Diyana sorg mak & isteri org. Heheee.. One more thing, gambar2 yg agak kelam tu suma pki henfon aku cap ayam ni.... Selain tu ada pakai henfon kak diyana jgk. Dia sent kt aku kt wasap esok paginya tu. Nasibla esok tu kan sabtu, so cuti... Mmg syok la tido sampai tengahri..hahahaaa...


Malam tu show abis lewat jgk..mn lg sbb tggu nak begamba ngan pelakon kan, mmg blk lambat la. Sampai ruma dlm jam 12lebih. Kesimpulannya, ok la. Best. Sebab part nyonya dengan keponakan dia tu ada je part lawak. Tp ada jugak yg bosan..Heheee... Lepas ni, mudahan ada lg tiket free so boleh pegi tgk teater lagik!!!




ok,bye!!!






TAHUN 2019.

Assalamualaikum... Lama tak update blog. Last update semua cuma tinggal jadi draft. Sedih nau blog aku ni..semakin sendu nampaknya. Ok, just...