29/10/2014

Warded.

Aku nak apdet blog tp xtau nak cite ape. So memandangkan aku baru kuar dr hospital aritu kan so meh la aku citekan pengalaman aku kena warded aritu. Hahahaaa...cam poyonye bunyiiiii.. adeeeehhh... Aku kena warded hospital aritu gara2 demam denggi. Iye, aku demam selama seminggu x kebah2. Mula tu aku pikirkan cuma demam biasa yang sekadar biasa2, tp rupanya bukan. Ok, meh kita start. Raya haji aritu kan ke aku pegi klang. Tp x tido sana pun la. Petang tu, aku period pulakkk.. Masa tu terdetik jgk la mcm awal la plak dtgnya. Sebelum tu pn aku mmg dh sakit2 belakang tau. Sakit yg xtau camna nak ckp. Makin terasa sakitnya bila time aku solat. Masa rukuk dgn sujud tula terasa kesakitan yg teramat2 sgt. Menggeletar je badan tahan sakit. Tinggal tak jatuh jela masa solat tu. Masa kat klang tu, kt umah nenek aku la kan, aku perasan sakit tu mcm hilang. Mcm eh tetiba dah tade. So lega ckit. Tp mlm tu masa blk dr klang, sakitnya mcm dtg blk tau.


Aku ni bila time period memang senggugut. So masa sakit sengugut tu, di tambah pulak dengan sakit belakang yg sedia ada, sakitnya makin menjadi2 tau. Hari isnin tu public holiday lg kan, aku mcm langsung xbole nak gerak sgt. Nak makan nasi pun mcm xde selera sangat.


Ni la lumch aku tghari isnin tu



 
Hari selasa aku pegi keja macam biasa. Masa tu kat opis x ramai sgt org. Ada lg yang masih bercuti raya. Esoknya, hari rabu tu yang aku dah rasa xbole nak bangun sangat2. Masa tu btl2 terasa sangat sakit kat suma badan. Aku dah start tak lalu nak makan. Masa tu aku rasa haus yang teramat2 sangat. Aku teringin nak minum air sejuk2 yang kosong. Macam teh o ais limau la, sirap limau la. Aku asek terbayang air2 tu sume. Bayangkan la, tetengah malam aku terjaga bangun pegi bukak peti ais minum air milo dgn nescafe yang disejukkan dlm peti ais tu. Bila minum tu, rasa sedap sangat2. Bila minum air masak, air masak tu aku rasa manis. Pelik yang amat. Btl2 aku rasa kenot go. Hari selasa tu aku pn dah start muntah, cirit-birit dan mual. Masa muntah yang keluar cuma air. Cirit-birit pun yang keluar cuma air semata2. hahahaaa.... adooooiiii..sory la yer kalau rasa geli geleman baca. Tapi itula yang jadi. Masa tu aku terpikir mungkin sbb aku tak makan kut, cuma minum air semata2 so sbb tu yang muntah pun cuma kluar air saja.


So masa tu aku try mkn limau. Dgn harapan nak kurangkan rasa mual la kan. Eh dah mcm org pregnant pulak nak mual2. Masa mkn limau tu kan, aku rasa limau tu kemaen manisnya lahaiii...so aku macam pelik, apesal sume benda aku rasa manis??? Masa aku sakit ni aku tak ckp lg pun dkt family aku. Dan aku langsung tak makan ubat pun. Yela, sbb aku pikirkan cuma demam & sakit yang biasa2 saja. Esoknya plak, hari khamis pun aku tak keja. Aku nak bangun tak bole. Kepala dah start rasa sakit2 dan pening. Masa tu sakit belakang makin menjadi2. Aku pikirkan lagi, mungkin sbb aku tgh period, so senggugut la kan, tambah pulak dgn skt blkang yang sedia ada, tu yang menjadi2. Hari khamis tu aku msj housemate aku, aku suh kak abby belikan cola. Pastu aku msj lim suh blikan teh o ais limau. Aku terbayang je 2 air tu. Masa dapat air tu, ya allah rasa nikmat sgt. Sedap sgt dpt minum. Makan??? langsung takde. Sebelum ni aku tak penah sakit sampai mcm tu skali. Maksud aku smpai hilang selera makan. Sblm ni kalau sakit2 pun aku makan tetap makan. Hahahahaa...


Malam tu aku dah x tahan sangat2. Aku mintak ubat dgn housemate sorang lagi, ida. Aku mkn panadol aktifas dgn harapan aku bole tido lena dan kesakitan tu suma akan berkurangan dan hilang. Tapi suma tu cuma tinggal harapan semata2. Lepas mkn ubat aku masuk bilik, dgn harapan nak tido sebab esok jumaat nak kena keja. Apa2 pun kena masuk ofis jgk sbb aku fikir nak siapkan 1 keja tu. So aku masuk bilik. Tapi aku tetap xbole tido. Bila aku cuba tido, nyenyak kejap, then bila aku macam goyangkan badan ckit mcm nak kalihkan badan tu aku mesti terjaga. So aku xdpt tdo lps tu. Jam 2am lebih aku stil x tdo2. Masa tu aku rasa mcam nak menjerit. Smpai pukul 4lebih aku tdo kejap then trbangun lagi. Last2, jam 5lbih aku gagahkan diri bangun, kluar blik then pegi amik air cola dgn teh o ais limau tu, aku tambah ais lagi, then aku minum. Sedap sangat2 aku rasa tiap kali dapat minum air sejuk sbb yang aku tau masa tu aku cuma haus. Aku duduk depan tv, dlm keadaan bergelap tu, then 6lbih pegi mandi, siap2 nak keja. Nsb baik masa tu tgh period, so x bzy nak subuh la kan. Aku mandi, ala kadar je. Bersiap pun sekadar cukup syarat je. Oh ye, masa tgh bersiap tu kan, aku perasan ada sekelompok bintik2 merah kat dada aku. Masa tu aku cuak jgk. Tp x trpikirkan pn yang tu salah 1 tanda denggi pun. So Pegi keja kak abby hantar sampai depan opis. Ok, terharu kejap. Heheee...


Naik opis, aku rasa tak larat sangat. Kawan2 ajak pegi brekfes pun aku tak join. Aku mintak dorang belikan aku sirap limau. Semua pun tegur aku Nampak sakit sangat masa tu. Heheheee...  Yela, nak becakap pun aku rasa tak larat. Tengahari aku x makan nasi pun. Mkn eskrim potong je. Bila ingt blk, nak gelak pun ada. Yela, macam2 peel bila sakit kan. Lepas makan eskrim, aku dgn dila masuk surau sbb nak baring2 kejap. Masa baring tu pn aku xbole nak mengiring. Trpaksa baring lurus je sbb rasa sakit kat belakang tu x suda2. Bos aku sampai ke sudah ingtkan yang aku punya senggugut teruk sangat2 sampai camtu skali. Padahal masa tu period dah nak stop. Petang tu aku mintak balik awal.


Hari sabtu, kat umah jela. Takda nak pi mana pun. Aku gagahkan diri sekali lagi bangun utk basuh baju. Masa tu, rasa mcm ok ckit, cuma still rasa lemah. So aku pun berharap rehat 2hari wikend tu akan sembuhlah aku kan. Seharian aku tak mandi. Sampai la masa petang tu, dlm jam 2lebih, hidung aku berdarah. Abis menitik jatuh ke lantai darah dr hidung aku. Aku masa tu cuak jugak la. Aku pikirkn mybe panas dalam yang biasa so aku lari pegi bilik mandi siram kepala. So darah stop kejap. X penah2 hidung berdarah so mmg agak cuak jgk la kan. Petang tu pun aku tak mandi lagi. Mmg masa tu aku rasa mcm tak terurus je diri aku. Malam tu plak, jam 10pm aku dah masuk bilik. Baring2 dgn harapan nak tdo awal, nak rehatkan badan. Tetiba, dalam gelap tu aku rasa samting mcm keluar dr hidung aku. Terhidu gak la bau darah tu so aku tau yg hidung aku berdarah lg. So aku mcm ptg td tula, bangun lari pegi bilik mandi, siram kepala. Kak abby masa tu ingtkan aku muntah. Aku cakap tak, hidung aku berdarah. Dia terus suru aku siap sbb dia nak bwk pegi hospital. Masa tu aku macam takut2 jgk la.


11.30malam, kitorang dah kat hospital. Pegi HKL (Hospital Kuala Lumpur) jela pun. Nsb baik dekat. Tunggu punya tunggu, last2 jam 1pagi tu aku konfem kena warded. Doktor ckp, 'kita kena tahan u la. Sbb saspek denggi'. Ok, aku dah takut. Mcm2 dlm fikiran. So bermula la saatnya di mana memula tu tangan aku kena cucuk jarum dulu utk masuk air. Ya ampuuunnnn... sakitnya lahaiiii...menangis aku tau dak. Staf kat ctu sempat usik, dia tnya, 'sakit ke??'. Masa tu aku cuma mampu angguk jela pun. Dgn badan yg lemah ni, kena cucuk2 lagi,alahaiii...serik aku!! Staf tu ckp kt aku lg, 'awak dah besar kan, dah 24thn kan, nape nak takut??1st time ke??'. Addoooiiiii...aku tak mampu nak ckp apa2. Menangis tahan sakit jela yg mampu. Lepas tu, ada sorang lg staf bawak wheelchair. Nak sorong aku la. Hahahahaa... 1st time duduk wheelchair kna sorong. Btl2 sakit lah tu.




Ni lah dia tngan yg kena cucuk masuk air tu. Sakit okayhhhh....gambar ni aku amik pagi ahad. Aku warded td tu jam 1pagi, Pukul 4pagi aku msj kakak aku yg kat Sabah tu bgth yg aku kena warded saspek denggi.

gambar ni pun samaa


Inilah tuala yang aku pkai lap hidung tiap kali berdarah dgn byknya. Masa ni dah basuh ok. Basuh takat gitu2 jela pun..

Lihat la..tngan aku dah kembang2 sbb kena masuk air saje. Ni pun nsb baik tak tukar tangan. Kalau tak meraung lah aku jawabnyaa


Air dah stop masuk sbb dah bole discharge. Tapi kan, masa nurse bukak jarum ni, darah byk giler kluar. Nurse tak suru aku tgk, disurunya aku pandang lain.Darah keluar byk sgt smpai kat tilam,selimut dgn baju aku abis kena darah..seram aku. Eh aku mmg tak sanggup nak tgk lah kut. Dgn rasa sakitnya lg..adoyaiiii...

yeeaayyy....dah balik umah. I miss my bed so bad masa ni tau. Rindu bilik, rindu tilam, rindu babybah(penyu biru itu)







Aku terbaca ni dekat blog Irine Nadia Marcello .Serius, masa terbaca ni, ntah nape ttba bergenang air mata aku. Macam sgt terkesan aku rasa. Ye, aku dah pernah rasa nikmat kena tarik selera makan tu, dh penah rasa nikmat kena tarik seri wajah tu. Masa terbaca ni, aku pandang lain kejap sbb rasa mcm nak nangis. rasa tacing sgt bila baca petikan ni. Sbb sblm ni aku dah salu sgt baca, dah penah sgt dgr yg bila kita sakit, Allah saja nak uji. Sakit tu penghapus dosa..

Discharge note. Oh ye, masa ni baru aku tau kalau masuk hospital, saspek denggi tak perlu byr bil eyh. Aku masa ni kemaen dah prepare aku pnya GL..

MC. Kemaen kan, xpenah2 aku dapat mc selama2 gini..Masa ni ingat nak balik Miri dah, tp bila cek tiket kemaen la mahalnya lahaiii...So trpaksa postpone nak blk kpg.



 

Masa kat hospital, brapa kali tah tangan aku kena cucuk sebab nak kena amik darah sokmo. Byk kali okayh!! Bayangkan, tgh tido doctor dtg kejut sbb nk cucuk tangan nak amik darah. Subuh2 pun gtu. Tghari pun sama. Tiap masa. Aku sampai fobia tiap kli tgk doktor dtg. Ada sekali tu, doktor pompuan nak amik darah. Dia cucuk tangan aku. Urat tak timbul, darah tak keluar. Aku dah kesakitan. Menggigil2 badan aku masa tu. Aku dah menangis. Adoooiiii..kalau ingt balik, tak sanggup rasanya. Lepas tu aku tnya dgn doktor laki yg ada skali kt ctu.. Aku Tanya la, yg pompuan td tu budak praktikal ke?? pastu dorg jawab la, tak, yg tu pun doktor jugak. Aku bgth la yg dia cucuk tangan aku sakit sampai darah tak keluar2. Adooiii...aku bgth kakak aku gak,dia pun ckp ntah2 tu bdk praktikal.


Tiap kali dokor datang nak cek, dorg akan Tanya aku ada pegi mana2 ke tak sblm ni, tinggal kat mana, ada cirit-birit ke x, muntah ke x,semua2 tula. Aku kena kasi minum air garam yg rasanya sangat terok. Hahahaaa...klu ingt balik aku sempat ngelat skali drpd mnum air tu. X sanggup dan x larat tau tak..Hari ahad tu, hosmet aku datang melawat. Sbelum dorg dtg tu aku dh pesan bwkan air Ribena, watkan sejuk2. Macam aku ckp td, aku sokmo haus. Badan aku masa tu panas sangat. Ada sekali aku tgk masa nurse dtg cek, suhu aku sampai 39.9 dh masa tu. Tengahari yg kawan2 aku dtg tu, hidung aku brdarah lg skali. Sampai muntah darah gak la. Bila ingt blk, aku rasa mcm terok sgt dh keadaan aku masa tu. Nurse bukak tudung aku sbb nak letak kain basah kt dahi sbb nak turunkan suhu badan.


Dipendekkan cerita, hahahahaaa....adoyaiii...aku tau mesti korang bosan baca..adeeehhhh... Ok2, so aku patutnya dah bole discharge 14hb, tp disebabkan hidung aku berdarah lg, so doktor tahan lg. Lastly, 15hb aku officially discharge. Hosmet aku jgk dtg jemput. Masa aku sakit tu, mak aku nak datang. Nak terbang dr Miri ke KL ni. Aku cakap tak payah & tak perlu sbb aku insyaAllah takda apa2 la kan. Tp seriously, jauh dlm hati ada rasa sedih ckit la..hahahaa...Masa kt hospital tu kan, tiap kali aku rasa mcm sedih, mcm nak nangis2 kan, aku cecepat baring, tenangkn diri sat..hehe..


And now, Alhamdulillah, aku dah sehat. Bila ingat blk tym sakit tu, aku rasa Allah je tau cmne sakitnya. Dan yang paling penting, berat aku turun 5kg lepas sakit. Hahahahaa...ingat senang ke nak trun byk tu.Tp yela, 5kg je kauuuu... x nmpak perubahan apa pun la kut. Tp masa memula tu ada la tegur kata pipi aku Nampak susut.Eh senyum jela aku..hehe..


Ni gambar 3hari lepas aku kelaur hospital. Masa ni nak keluar dengan adek lelaki aku dgn kawan aku. Macam kurus kan aku?? hahahaa..

Aku sent gambar2 ni kat dlm grup wasap kitorang beradek, then kakak aku ckp ape tau, 'ha'ah Nampak kurus,tp turun 5kg pastu kang naik 10kg'. Adeeehhhh... Xpe, akan saya maintainkan dan tambahkan pengurangan berat badan. Hahahaaa..



 
 
 


So skang dah betul2 sehat dah la ni. Tiap kali jumpa @ terserempak dgn sesapa kat opis yg tau aku masuk wad kena tahan gara2 denggi mesti Tanya, dah ok ke, dah sehat ke, macam mana skang?? Hehehe... Tima kaseh la semua yang dah doakan aku cepat sembuh tu kan. Tima kaseh pada kawan2 serumah yang susah2kan diri utk aku, thank you korang!!! Tima kaseh pada kawan2 yg dtg melawat aku kat hospital, bwk mcm2 makanan & minuman sampai aku x termakan dan x terminum so terpaksa bwk blk umah hahahaaa.. Tima kaseh jgk pada kwn2 opis & bos2 yang dtg melawat siap bawakan sup ketam sebekas besar. Ok, terharu saya!!!


Lastly, jaga diri, cegah denggi. Ececehhh...kemaen kempen..hahaha... Fuuhhh....panjang bebenor entry warded ni hah. Ok la, babaiii...

07/10/2014

Salam Aidil Adha. #rayahaji2014

Aku rasa kali ni dah masuk kali ke5 aku sambut raya haji kat KL. X penah balik Miri lg pun. Adela skali tu je balik Miri tu pun masa memula keja dulu, tahun 2009. Lps tu x penah dah. Eh tapi raya puasa setakat ni tetiap tahun aku balik. Xpenah lagi raya kat KL. Gila nak raya sini walaupun ada sedara mara. Tetap tak sama dengan adik beradik dan mak bapak tau. Feel dia tu lain sangat. 2tahun lepas kut aku sambut raya haji kat Klang. Ke tahun bila tah tak ingat dah. Tp mmg time tu aku blk Klang la, umah nenek aku. Masa tu sepupu aku ade gak. Pagi tu pegi semayang raya kat masjid depan umah nenek. Tetiba aku bole rasa sebak giler. Kemaen tahan airmata tanak bagi keluar. Hahahaaa... balik dari semayang tu aku kol mak aku, terus nangis. Tapi cover2 la. hahahaa...


Kali ni pun sama gak. Blk Klang, sambut raya umah nenek. Tapi sbb kali ni adek aku ada skali, so ok sikit la. Ade gak adek beradik kan. Adek bongsu aku la. Yg pompuan tu kat Kelantan. Dia tak dtg Kl lg. Hari jumaat adek aku yg laki tu ckp dorang dah bole keluar, so aku tggu dia kat tmpat bese, then balik umah aku sama2. Plannya nak gerak blk Klang hari sabtu, tp adek aku ckp dia nak cari baju la, nak cari itu ini lg so meh la kita bejalan dulu cari segala keperluan yang dia perlukan itu. Bejalan la pegi NU Sentral. Shopping mall yg bru bukak dekat KL sntral tu kan. Byk kedai aku bwk masuk tunjuk suma baju2, tp kbanyakannya dia ckp bkn taste dia. Ok la, xpela. Last2 masuk Uniqlo brkenan kat 1 baju. So beli. Lps tu ke Sogo kita. Plannya lg nk bjalan ke pasar malam jln TAR. Msti meriah kan. Hari sabtu plak tuh. Tapi ujan la plak..So masuk sogo jela sbb dia nak beli dompet. Balik tu singgah Pertama Complex sbb dia nak tukar simkad baru, then nak trus potong. Tapi Celcom kt Pertama tu plak tade stok simkad Sabah Sarawak. Ok la, xpe. Then naik tingkat atas dia beli suar jeans plak sbb suar yg dia pkai skang dah longgar. Kemaen adek aku skang dah kurus gara2 kena training kaw2. Yela, dah masuk tentera kan,macam2 latihannya.




Selfie dgn adek bongsu yg skang ni dah kemaen tingginye.Masa ni kitorang jumpa minggu2 lepas kut. Hari ahad. Dia ckp dorang boleh outing, so dia nak keluar nak cari kemeja. Ok, jom. Jumpa kat sogo. Tym ni dorang dah tak pakai kemeja putih dah, dah dpt baju baru. Serupa kemeja staf MARA plak.


Lapar katenyeee..tengahari panas2 nak makan ABC.So jom ke fudkot sogo jela. Belikan ABC special.


Yg tu kawan dia. Budak Sabah+Kelantan. Tp cakap more to sabahan la.Heheee...Katenye xreti sgt nak slank kelate.Bapak dia ore kelate.


yg ni gambar sabtu lepas kemaren masa kitorang nak keluar tula. Selfie dulu ok.


Ok mir,jom selfie cepat!!!


Masa ni kat NU Sentral dah.Masuk FOS.Dia nak cari baju kan. So aku suh pegi try je. Aku sent gambar ni kat dlm grup wasap kitorang beradik. Pastu adek lelaki  aku yg sorang tu ckp mcm baju bangla. Hahahahaaa....Tp dia x amik pun la. Sbb dia ni pn ckp mcm baju pompuan.


Ok, kakak nak mirror selfie smentara tggu adek bujang test2 baju.Hoiiii pipi tuuuuu...tak bole tembam lg ke???


Last skali masuk Uniqlo.Aku suh dia try baju ni.Dia nak amik kaler ni. Tp aku ckp cer amik kaler len kan.Kalu ikutkan aku nak suh dia amik kaler turquoise..Kemaen lighting dlm fitting room ni.Trus bercahaya giler muka adek aku.Hehehee...


kakak menunggu lagi..so kakak mesti mirror selfie..




tengok, betapa melonjongnya adek aku yg sorang niiii...


lastly dia brkenan nak amik kaler ni.Ok,ikutkan aje.





Petang tu kan ujan, lebat gak la. Adek aku cakap nak makan sate. Kebetulan kat sebelah Medan Mara, ade je sate kajang. So meh la bwk dia makan sate. Aku plak puasa sabtu tu. So hanya mampu melihat jelaaaa... tapi xpe, sbb dah bungkus sate ikan 10cucuk. Hahahaaaaa...



Dia ckp sedap la, mantap la,kuah kacang dia sedap la.Eh, mcm2.Tau la aku posa kan. Saboooooo jela.


10sate ayam,10sate perut. Dia nak sate daging.Tapi aku tak suh makan sate daging sbb nti skt kepala.Hahahaha...saiko btl aku ni. Aku yg tak mkn sate daging,dgn adek aku skali aku libatkan jgn mkn.Heheee...






Lepas dia makan kitorang balik. Aku dah penat sangat. Petang tu ujan renyai lagi. Dah nak pukul 7pm masa tu. Nak dekat smpai umah sempat bungkus milo ais. Ngam2 sampai umah azan maghrib. Bagus sangat. So meh bukak posa, kita makan sate ikan. Peerrrgggghhhh...bila ingat balik, bikin lapar jadinya. Sebelum masuk Pertama kan kitorang singgah sogo. Pegi belikan dia dompet. Lepastu turun bwh beli karipap. Beli 7bijik ok. Masa bukak posa tu aku makan sebijik setengah je. Yg stengah lg adek aku mkn la. Pastu dia mkn lg 3bjik. Ada lg balance 2bijik. Bg dkt bdk umah suh abiskan. Ok, tade pembaziran amalam syaitan berlaku..hehehe... Abis licin sumanya.Bagus.
 
 
 
 
Esoknya misi ke Klang plak. Bwk adek aku pegi sna. Jmpa dgn sedara kt sana.


Dah siap,jom gerak. Sbelum tu, kita selfie dulu!!!Kemaen purple.Samela kiteeeee...hihiiii..... ^_^


Masa ni kat Kl sntral dah.Tgh tggu KTM smbil tggu kwn aku dgn kwn dia.


Ini kwn aku.Kami sebaya.Tarikh lahir pn sama.Adek bongsu kitorang pun sebaya.So mmg bwk adek aku jmpa dgn adek dia jgk la.

Dah sampai umah nenek. Ni adek sepupu aku.Firash.Kemaen pakai baju raya kaler ijau lg.


Kelaparan masa ni. Tak mkn lagi. Mmg nak burasak je.Tade lain.


adek sepupu aku jgk.


adek sepupu aku lagi, Nurul.





Masa ni aku pegi 3rumah je. Lps umah nenek aku, aku bwk adek aku pegi jmpa kwn2 dia yg kbetulan ada kt ctu. Lps tu pegi umah kakak sepupu man, kak su. Kemaen dorang ckp aku dah tanak dtg sbb dah putus dgn man.Heehee...Aku tunjuk adek aku, aku ckp aku bwk boyfren baru.Hahahaa...Yela, kalau org tak tau tu adek aku mesti ckp tu bf aku. Sbb kwn aku pya kwn td tu pun ingtkan dia bf aku.Hhehee...I suke je....hahahaaaa....



Seharian bejalan. Kalau aku sorang mungkin aku stay la kut umah nenek aku tido sana. Tp xbole sbb adek aku nak kena blk U esoknya. So mlm tu jgk gerak blk KL. 10.15PM smpai umah. Pegi berayanya 3umah je pun, tp dah serupa round 1kampung kan. Ni kalau kt kampong beraya mesti lg best. Takpe,itu next yer. InsyaAllah... Smpai umah kita makan lg. Nenek aku ade bungkuskan burasak,ngan lauk ayam dgn kuih raya ckit. So kita makan lagi. Kuih tu bg adek aku bwk blk.



kakak aku sent gambar ni dlm wasap kami beradek. Kakak aku no2.Dia sorang jela kat miri stay dgn mak ngan bapak. Kitorang beradek lain suma jejauh. Dia buat kek lapis. Kemaen lighting.Memancar-mancar cahaya. Tgk dr jauh gini tetiba rasa mcm sedapnyaaaa...cer kalau ade depan mata, xdenye nak gitu. Aku suke tgk je. Nak makannya tak brapa sgt la sbb aku bkn penggemar kek.




 


Ni gambo semalam. Kemaen lunch macam ni.. Potong pear sebijik, wat roti bakar sikit, then bancuh milo kosong. Peerrghhhh...sesambil tgk cita korea. Eh layaaaannnn...hehee...Saje test pki flash sbb gelap masa ni.






 


Dan hari ini, aku Berjaya datang opis keja mcm besa. Hahahaaa...Eh, ok, selamat hari raya sumeeeee..Tahun depan raya2 balik kampong!!!!  ^_^





15/09/2014

Kejadian Hari Isnin

Hari ni kat opis ramai cuti. Bos aku pun cuti gak. Lama dia cuti. Kalau tak silap aku seminggu lebih la kut. Kebetulan esok public holiday, tu pasal ramai yg amik cuti arini sbb bole direct trus kan. Untonglaaa... Mcm aku ni mmg xbole la sbb cuti aku dah x banyak. Ni pn skang aku tgh plan mcm nak balik kampong lagi ujung tahun ni. Mcm x puas je blk raya aritu. But, we just wait and see... hehe.. Aku survey2 tiket flight pun kemaen mahal giler. Apesal mahal wei??? I is wanna go back to hometown laa.. kasihanilah sayaaaa... T_T huhuuuu....


Ok, sebenarnya kan hari ni patutnya aku bawak mi goreng tau. Mi goreng yang aku masak sendiri ler. Pagi tadi jam 5am aku dah bangun sebelum subuh okayyyhhh!!! Gigih nak menggoreng sbb nak bawak pi opis. Konon nak brekfes skali la suma tu tadi. Sbb mlm tadi aku da prepare suma bahan pn. Mi dah siap basuh, sayur suma dah siap basuh dan potong, dan segala bagai bahan2 la. So pagi td aku tgk jam dlm 5.15am gitu aku dah stat panaskn kuali. Tumis bawang bagai, masukkan cili suma, fish cake fish ball suma, telur suma, pastu masukkan mi. Masa masukkan mi tu dah gaul rata, nak masukkan telur lagi. Nak dijadikan cerita, telur yang aku masukkan tu pulak dah x elok. kemaen semerbak bau busuk menyelubungi. Aku dah cuak!!! Adeehhhh... terus tutup api gas. Tgk kat kulit telur tu bhagian dalam nya pun dah lain macam. Addoooiiiii... samting rong la weh. Terus aku angkat sekuali mi tu trus buang dalam tong sampah. Addooiiii... kecewa aku. Frust habissss!!!!!


Sedihnye lahaiiii... Say gudbai jela kat mi dalam kuali yg kena campak dalam tong sampah tu. Terus kemas balik suma kat dapur, bersihkan segala perkakas. Masuk bilik, then sambung balik tido. Nsb baik gak tgh 'cuti' so xdela kalut nak subuh kan..Sebelom sambung tido tu smpat msj kat kak Sham bgth yg mi goreng tak jadik.. So disebabkan lepas goreng mi x jadik tu aku tido balik, so aku pun bangun lmbat pagi tadi. Hehee.. kalau ikutkn hati pun aku mcm malas2 je nak turun keja arini. Tapi bila fikir2, bos tade, ramai gak yg cuti, so nape nak cuti jgk kan. Dtg jela. Bangun dlm keadaan trpaksa.. Gi mandi then siap2. And 9.30am aku dah sampai opis. Hahahaaa.. bagus sangat perangai. Esok cuti bole sambung tido lagi. Hehehee... Ok, Selamat menyambut Hari Malaysia!!!! Woi, aku jeles nengok iklan kt Tv1 pasal sambutan Hari Malaysia esok yg diadakan di Miri. Kawan2 aku suma la dok hasut suh aku balik. Mcm kan nak blk Miri tu ibarat naik KTM dr KL ke Klang. Huhhhh!!! I is sad!!!!


08/09/2014

Kursus.

Hari ni dengan esok aku kena attend kursus. 8-9/09/2014, Isnin & Selasa. Kursus Pengurusan Kewangan. Aku kt tempat keja skang bukanla buat keja yang berkaitan dengan kewangan pun tau, tapi kena suruh pegi jugak. Aku pelik apesal dorang tak hantar kerani yang kat admin yang buat pasal gaji or anything jela pun yang berkaitan dengan kewangan tu suma. So masa penceramah bagi talk kat depan tadi aku dah blur sebab tak faham 1 apa pun pasal suma tu. Yes, aku tau, ada suara2 mengatakan sekurang2nya kena tau. But, ko nak kena tau pun tapi ko tak buat jugak is tak guna ok..Eh tak, aku tak marah pun. Hahahaa..

Sebenarnya nak bagi tau yang aku ni tak suka subjek Matematik. So apa2 saja yang berkenaan or berkaitan dgn kira2 is i dont like. Dulu masa skola aku kan aliran Sastera. Bila subjek BM dgn BI is i very like. Tp kalau Sains, Sejarah & Pendidikan Seni yg mn kena buat lukisan2 tu suma lg la aku rasa nak meroyan. Sbb aku tak reti nak lukis2. Tapi ko nak suh aku conteng2 eh bole je. Hehee.. So gitula. Aku sedar yang aku tak berapa pandai subjek Maths buatkn aku jd x suka dgn subjek tu. Aku dulu ada sorang kawan yg pndai subjek maths. Everytime aku nak mintak tlg dia mcm nak tak nak je ajar. So aku jadi fedap. Tp bila subjek Pendidikan Islam which is soklan dlm tulisan jawi, dia tak reti nak baca kemaen nak tnya aku. Eh tapi aku tak macam dia ok. Aku ok je. Aku suka buat org suka. Maksud aku, dia tak reti, so aku ajar la kan, then dia tau, so that dia akan hepy dan suka. So aku suka la. Senang cita aku suka gembirakn org la. Adeehhhh...susah nau..

Ckp psl subjek maths ni, seriously aku tak suka apa2 yg melibatkan pengiraan. Tapi kalau ko suh aku buat karangan ke, semak any spelling ke, check any ayat tu kena or tak kena ke, ok, i is very like. Hahahahaa... Dulu, tahun lepas la, aku kan sempat dduk admin kejap. So ada skali tu kena buat Stor. Segala stok2 nak kena oder la, kena kira stok la, deal dgn any supplier la, so suma tu melibatkan pengiraan tau. Aku tak suka. Aku cuma suka deal dgn org je. Hahahaa.. Ada skali tu katanya nak laporan, so jenuhla aku kena kira suma stok thn lepas punya. Kt situ la betapa tekanannya aku rasa. Stress yang teramat tapi tak kurus2 pn aku.Ok, takde kene-mengena pun. Bila kena buat Stor, masa nak oder any barang tu kena buat LO la, mintak quotation la suma tu adalah kerja2 yang melibatkan kewangan ok. Cakap pasal kewangan ini dalamnya ada banyak bab. Gaji, elaun, dan bayaran2 suma tula. Aku rasa kalau ko adalah org yang kena buat gaji, or yang bertanggungjawab pegang duit, so ko adalah orgnya yg sesuai utk pegi kursus ni tadi.

Tapi takpe, esok last day. Pegi jela. Sekurang2nya kursus aku dah ada 5hari. Huhu...

07/09/2014

segmen : UPSR oh UPSR

Tetiba aku jadi rajin plak skang join segmen2 gini. Xpe, ade gak idea utk apdet blog kan..hehe.. Kali ni aku join segmen Cikgu Ayu plak. Eh,  macam tajuk lagu je kan nama orgnya.. So kali ni punya segmen pasal UPSR. Yela, kebetulan dah nak dekat UPSR kan, Cikgu Ayu ni plak katanye menjadi S/U kt skolahnya.




So, kene jawab 3 soalan kan cikgu Ayu?? hehe..Ok..

1.  Tahun bilakah anda menduduki peperiksaan UPSR?
- Tahun 2012.

2.  Apakah keputusan UPSR anda?
- 2A 3C.

3. Apakah subjek yang anda paling suka?
- Subjek Bahasa English.

Yeeaayyyy!!! Dah jawab suma soklan. Senang je pun.. sumanya betul2 mengimbas kenangan masa amik exam UPSR kt skola rendah dlu. Eh, ok. Ada lagi. Kene buat ucapan utk Cikgu Ayu kan. So ni ucapannya.


-> Ucapan buat Cikgu Ayu yang sibuk uruskan UPSR :
*** Kepada cikgu Ayu, harap jaga kesihatan. Itu yg paling penting. Jangan stres2. Bila cikgu sihat, murid pun bersemangat nak jawab peperiksaan. Semoga cikgu Ayu sentiasa diredhai Allah dlm mendidik murid2. Sekian, terima kasih.




06/09/2014

Segmen : Kenal Ke Kita?? By Min.

Aku xda apa nak buat, dan xtau nak buat apa selain menanti matahari muncul untuk keringkan baju2 yang baru je aku sidai lepas basuh tadi. Yang paling penting keringkan kasut la sbb aku nak pakai esok. So tertengok blog Shamimie td, dia join segmen ni. Memula klik blog dia aku ingatkn aku salah blog, rupanya dia dah tukar background kut. So, meh la kita join skali segmen budak ni ... hehehe...sukati je aku panggil budak kan.. hahaha...Eh tapi xpe sbb dia muda lg dr aku.





So, 10 fakta tentang diri aku.. :

1. Suka warna BIRU.
2. Suka KARIPAP & IKAN TALAPIA.
3. Takut, geli & tak suka dgn TIKUS.
4. Sejak dah duduk KL selama hampir 6tahun, menjadi seorang yang takut dengan KUCING terutama KUCING HITAM.
5. Seorang yang SENSITIF..
6. Nombor pilihan semestinya ENAM (6).
7. Anak ke 4 daripada 7 org adek beradik yang terdiri dari 3 lelaki dan 4 perempuan.
8. Tak suka & tak makan buah DURIAN, CEMPEDAK, MATA KUCING, BETIK.
9. Membesar di Sarawak tapi tak reti sangat nak bercakap dalam slang Sarawak. Lebih kepada slang Sabah.
10. Ramai cakap muka aku macam artis LIYANA JASMAY & FARHAN AF4. Tapi aku tak tau tang mana yang sama. Well, pandangan orang lain2. Tak sama. Apa2 pun, aku tetap HARTATY BINTI HASBI..


Yah, tu jela kut..Ada lagi, tp rasanya cukup la 10 je..










08/08/2014

Birthday Celebration #RafiqAiman #Turns9YO

Hari sabtu yang aku balik kampong aritu 26hb sebenarnya befday anak buah aku yang lelaki, Mohd. Rafiq Aiman. Kalu tak silap yg ke9 tahun kut. Besar dah dia. X sangka anak buah aku tu dh big boy. Dulu masa kecik2, kemaen comel giler. Asek men kucing je. Sampai skang aku tgk suka dengan kucing lagi. Termasuk adek dia, Iqa. Afiq ni cucu sulung dalam family aku. Anak kakak aku yg no.2. Lepas jemput aku dengan kakak sulung yang datang dari Sabah tu, petang tu kakak aku, mak Afiq la, belikan kek. Xdela celebrate ape sangat pun. Sekadar utk cukup syarat je pun. Yela, budak2 kan, yang dorang tau kalau befday nak ade kek, ade lilin utk tiup, then nyanyi2 hepy befday to youuuu... Gituuuu...

Kebetulan, bulan 7 tu jugak befday kakak sulung aku. Afiq punya befday 26/07, kakak aku 04/07. So celebrate sekali jela. Sorang awal bulan, sorang ujung bulan. Merasa la dorang potong2 kek.. Kakak sulung aku anak2 panggil dia Ibu, kakak no2 mak Afiq, anak2 panggil Mama, then aku plak anak buah panggil Mummy, adek pompuan aku dorang panggil Umi. So kami berempat pompuan suma ada panggilan masing2 utk anak buah. Rasa seronok je dengar anak buah panggil camtu. Hehee..



Birthday cake.

Kakak aku beli kek tema Despicable Me. Perisa stoberi klu tak silap kek ni. Sedap.






cucuk 3batang lilin besar, 1batang lilin kecik, means 31 la tu.. Yah, Ibu is 31YO already.

Happy Birthday Ibu & Mohd. Rafiq Aiman









Birthday boy




Eyh, org len plak yg potong kek.. hahahaha....

Anak buah yg len kemaen kecoh je masa ni. Masing2 nak tiup lilin, nak potong kek gak

4orang anak buah. Setakat ini..

Iqa, Afiq, Iqbal & Wana

lawa kotak kek ni kan..kemaen cantik lagi.

Pagi raya pertama..Baju raya dorang tema grey.

ecewaaahhhh...big boy already..

Afiq & Iqa..2beradik ni pun bole tahan jgk kalau gaduh


Perasan tak?? mata Iqa kembang sebelah sbb dia pun salah sorang mangsa sakit mata.


Salam raya. Aku la yg suruh dorang buat aksi2 gini. Besela, mummy dorang ni kan suka amik gambar

Nila family kecik kakak aku. Ni kakak aku no.2. Iye, memang kecik dari aku..Dorang punya tema tahun pink kelabu

sweeetttttt jer..

free style katenyeeeee

Dalam keta. Masa ni entah ape yg 2sepupu ni gaduhkan. Dua2 ni anak sulung kakak2 aku.



So, to my child fruit, Happy Birthday Mohd Rafiq Aiman. Mummy doakan Afiq akan jadi ank, abang & cucu yang akan membanggakan keluarga. Semoga Afiq diberikan kejayaan, kebahagiaan, kesihatan, kekayaan & kesenangan di dunia & Akhirat. Bila besar esok, jaga adik Iqa & mama bagus2 yah. Mummy, mama, ibu & ummi suma sayangkan Afiq. Love u Rafiq Aiman!!!

 

Penghujung Ramadhan & Cerita Hari Raya 2016 Lagi

Masa dekat2 yg kitorang nak balik kampong tu sempat la aku bukak posa dgn adik2 aku. xde la bukak kt mana pun. Bwk pegi opis aku je..hehe......