15/09/2014

Kejadian Hari Isnin

Hari ni kat opis ramai cuti. Bos aku pun cuti gak. Lama dia cuti. Kalau tak silap aku seminggu lebih la kut. Kebetulan esok public holiday, tu pasal ramai yg amik cuti arini sbb bole direct trus kan. Untonglaaa... Mcm aku ni mmg xbole la sbb cuti aku dah x banyak. Ni pn skang aku tgh plan mcm nak balik kampong lagi ujung tahun ni. Mcm x puas je blk raya aritu. But, we just wait and see... hehe.. Aku survey2 tiket flight pun kemaen mahal giler. Apesal mahal wei??? I is wanna go back to hometown laa.. kasihanilah sayaaaa... T_T huhuuuu....


Ok, sebenarnya kan hari ni patutnya aku bawak mi goreng tau. Mi goreng yang aku masak sendiri ler. Pagi tadi jam 5am aku dah bangun sebelum subuh okayyyhhh!!! Gigih nak menggoreng sbb nak bawak pi opis. Konon nak brekfes skali la suma tu tadi. Sbb mlm tadi aku da prepare suma bahan pn. Mi dah siap basuh, sayur suma dah siap basuh dan potong, dan segala bagai bahan2 la. So pagi td aku tgk jam dlm 5.15am gitu aku dah stat panaskn kuali. Tumis bawang bagai, masukkan cili suma, fish cake fish ball suma, telur suma, pastu masukkan mi. Masa masukkan mi tu dah gaul rata, nak masukkan telur lagi. Nak dijadikan cerita, telur yang aku masukkan tu pulak dah x elok. kemaen semerbak bau busuk menyelubungi. Aku dah cuak!!! Adeehhhh... terus tutup api gas. Tgk kat kulit telur tu bhagian dalam nya pun dah lain macam. Addoooiiiii... samting rong la weh. Terus aku angkat sekuali mi tu trus buang dalam tong sampah. Addooiiii... kecewa aku. Frust habissss!!!!!


Sedihnye lahaiiii... Say gudbai jela kat mi dalam kuali yg kena campak dalam tong sampah tu. Terus kemas balik suma kat dapur, bersihkan segala perkakas. Masuk bilik, then sambung balik tido. Nsb baik gak tgh 'cuti' so xdela kalut nak subuh kan..Sebelom sambung tido tu smpat msj kat kak Sham bgth yg mi goreng tak jadik.. So disebabkan lepas goreng mi x jadik tu aku tido balik, so aku pun bangun lmbat pagi tadi. Hehee.. kalau ikutkn hati pun aku mcm malas2 je nak turun keja arini. Tapi bila fikir2, bos tade, ramai gak yg cuti, so nape nak cuti jgk kan. Dtg jela. Bangun dlm keadaan trpaksa.. Gi mandi then siap2. And 9.30am aku dah sampai opis. Hahahaaa.. bagus sangat perangai. Esok cuti bole sambung tido lagi. Hehehee... Ok, Selamat menyambut Hari Malaysia!!!! Woi, aku jeles nengok iklan kt Tv1 pasal sambutan Hari Malaysia esok yg diadakan di Miri. Kawan2 aku suma la dok hasut suh aku balik. Mcm kan nak blk Miri tu ibarat naik KTM dr KL ke Klang. Huhhhh!!! I is sad!!!!


08/09/2014

Kursus.

Hari ni dengan esok aku kena attend kursus. 8-9/09/2014, Isnin & Selasa. Kursus Pengurusan Kewangan. Aku kt tempat keja skang bukanla buat keja yang berkaitan dengan kewangan pun tau, tapi kena suruh pegi jugak. Aku pelik apesal dorang tak hantar kerani yang kat admin yang buat pasal gaji or anything jela pun yang berkaitan dengan kewangan tu suma. So masa penceramah bagi talk kat depan tadi aku dah blur sebab tak faham 1 apa pun pasal suma tu. Yes, aku tau, ada suara2 mengatakan sekurang2nya kena tau. But, ko nak kena tau pun tapi ko tak buat jugak is tak guna ok..Eh tak, aku tak marah pun. Hahahaa..

Sebenarnya nak bagi tau yang aku ni tak suka subjek Matematik. So apa2 saja yang berkenaan or berkaitan dgn kira2 is i dont like. Dulu masa skola aku kan aliran Sastera. Bila subjek BM dgn BI is i very like. Tp kalau Sains, Sejarah & Pendidikan Seni yg mn kena buat lukisan2 tu suma lg la aku rasa nak meroyan. Sbb aku tak reti nak lukis2. Tapi ko nak suh aku conteng2 eh bole je. Hehee.. So gitula. Aku sedar yang aku tak berapa pandai subjek Maths buatkn aku jd x suka dgn subjek tu. Aku dulu ada sorang kawan yg pndai subjek maths. Everytime aku nak mintak tlg dia mcm nak tak nak je ajar. So aku jadi fedap. Tp bila subjek Pendidikan Islam which is soklan dlm tulisan jawi, dia tak reti nak baca kemaen nak tnya aku. Eh tapi aku tak macam dia ok. Aku ok je. Aku suka buat org suka. Maksud aku, dia tak reti, so aku ajar la kan, then dia tau, so that dia akan hepy dan suka. So aku suka la. Senang cita aku suka gembirakn org la. Adeehhhh...susah nau..

Ckp psl subjek maths ni, seriously aku tak suka apa2 yg melibatkan pengiraan. Tapi kalau ko suh aku buat karangan ke, semak any spelling ke, check any ayat tu kena or tak kena ke, ok, i is very like. Hahahahaa... Dulu, tahun lepas la, aku kan sempat dduk admin kejap. So ada skali tu kena buat Stor. Segala stok2 nak kena oder la, kena kira stok la, deal dgn any supplier la, so suma tu melibatkan pengiraan tau. Aku tak suka. Aku cuma suka deal dgn org je. Hahahaa.. Ada skali tu katanya nak laporan, so jenuhla aku kena kira suma stok thn lepas punya. Kt situ la betapa tekanannya aku rasa. Stress yang teramat tapi tak kurus2 pn aku.Ok, takde kene-mengena pun. Bila kena buat Stor, masa nak oder any barang tu kena buat LO la, mintak quotation la suma tu adalah kerja2 yang melibatkan kewangan ok. Cakap pasal kewangan ini dalamnya ada banyak bab. Gaji, elaun, dan bayaran2 suma tula. Aku rasa kalau ko adalah org yang kena buat gaji, or yang bertanggungjawab pegang duit, so ko adalah orgnya yg sesuai utk pegi kursus ni tadi.

Tapi takpe, esok last day. Pegi jela. Sekurang2nya kursus aku dah ada 5hari. Huhu...

07/09/2014

segmen : UPSR oh UPSR

Tetiba aku jadi rajin plak skang join segmen2 gini. Xpe, ade gak idea utk apdet blog kan..hehe.. Kali ni aku join segmen Cikgu Ayu plak. Eh,  macam tajuk lagu je kan nama orgnya.. So kali ni punya segmen pasal UPSR. Yela, kebetulan dah nak dekat UPSR kan, Cikgu Ayu ni plak katanye menjadi S/U kt skolahnya.




So, kene jawab 3 soalan kan cikgu Ayu?? hehe..Ok..

1.  Tahun bilakah anda menduduki peperiksaan UPSR?
- Tahun 2012.

2.  Apakah keputusan UPSR anda?
- 2A 3C.

3. Apakah subjek yang anda paling suka?
- Subjek Bahasa English.

Yeeaayyyy!!! Dah jawab suma soklan. Senang je pun.. sumanya betul2 mengimbas kenangan masa amik exam UPSR kt skola rendah dlu. Eh, ok. Ada lagi. Kene buat ucapan utk Cikgu Ayu kan. So ni ucapannya.


-> Ucapan buat Cikgu Ayu yang sibuk uruskan UPSR :
*** Kepada cikgu Ayu, harap jaga kesihatan. Itu yg paling penting. Jangan stres2. Bila cikgu sihat, murid pun bersemangat nak jawab peperiksaan. Semoga cikgu Ayu sentiasa diredhai Allah dlm mendidik murid2. Sekian, terima kasih.




06/09/2014

Segmen : Kenal Ke Kita?? By Min.

Aku xda apa nak buat, dan xtau nak buat apa selain menanti matahari muncul untuk keringkan baju2 yang baru je aku sidai lepas basuh tadi. Yang paling penting keringkan kasut la sbb aku nak pakai esok. So tertengok blog Shamimie td, dia join segmen ni. Memula klik blog dia aku ingatkn aku salah blog, rupanya dia dah tukar background kut. So, meh la kita join skali segmen budak ni ... hehehe...sukati je aku panggil budak kan.. hahaha...Eh tapi xpe sbb dia muda lg dr aku.





So, 10 fakta tentang diri aku.. :

1. Suka warna BIRU.
2. Suka KARIPAP & IKAN TALAPIA.
3. Takut, geli & tak suka dgn TIKUS.
4. Sejak dah duduk KL selama hampir 6tahun, menjadi seorang yang takut dengan KUCING terutama KUCING HITAM.
5. Seorang yang SENSITIF..
6. Nombor pilihan semestinya ENAM (6).
7. Anak ke 4 daripada 7 org adek beradik yang terdiri dari 3 lelaki dan 4 perempuan.
8. Tak suka & tak makan buah DURIAN, CEMPEDAK, MATA KUCING, BETIK.
9. Membesar di Sarawak tapi tak reti sangat nak bercakap dalam slang Sarawak. Lebih kepada slang Sabah.
10. Ramai cakap muka aku macam artis LIYANA JASMAY & FARHAN AF4. Tapi aku tak tau tang mana yang sama. Well, pandangan orang lain2. Tak sama. Apa2 pun, aku tetap HARTATY BINTI HASBI..


Yah, tu jela kut..Ada lagi, tp rasanya cukup la 10 je..










Penghujung Ramadhan & Cerita Hari Raya 2016 Lagi

Masa dekat2 yg kitorang nak balik kampong tu sempat la aku bukak posa dgn adik2 aku. xde la bukak kt mana pun. Bwk pegi opis aku je..hehe......