23/12/2011

Kerja Oh Kerja...

Assalamualaikum korang..


Hai suma, selamat ari jumaat. Arini dah ari jumat, tak sangka kan cepat betol masa berlalu. Seingat aku baru je ari isnin aritu aku datang opis, tuptup arini dah ari jumat. Minggu depan dah nak taun baru. Awal bulan depan pulak aku balik kampung. Yeeeaaayyyy.... balik miri lagik!! Rindu ngan mak,bapak,adek2,kakakku,ngan anak2 buah tersayang, iqa ngan afiq. Tak sabar!!! ^_^


Pagi tadi ada perhimpunan bulanan opis. Diteruskan dengan taklimat mengenai SBPA. Yah, yang orang dok kecoh pasal benda tu skang kan. Skim Berkhidmat Perkhidmatan Awam, tu nama panjangnya untuk SBPA. Ekceli banyak hal lagi tentang SBPA tu yang aku tak bapa nak paham sangat. Entah.. Runsing tau.. @_@. Berpinar-pinar dah mata ni haa...


Pasal kenaikan gaji la, pasal persaraan la, pasal perkhidmatan la. Suma la ada, macam-macam benda. Banyak sangat dah. Ada pulak borang yang nak kena sign sebelom 30haribulan ni. Tapi borang tu tak dapat-dapat pun lagi. Bos dah sebok tanya kat aku pasal borang tu. Padahal aku sendiri pun taktau menahu pun.  Terpaksa nak kena naik pi kat admin tanya lagi.


Cakap pasal admin kat tingkat atas tu, kadang aku jadi cukup anti. Cukup trauma. Cukup fobia. Baru je lagi 2ari lepas aku naik kat atas sebab kerani senior panggil. Dok tanya kat aku ituini pasal cuti staf di bahagian aku. Last-last datang sorang lagi akak kerani senior terus pi serang hendap kat aku. Cakap pasal tanggung keja sorang staf kat bahagian aku ni. Dia marah kat aku. Aku nak lawan pun tak bani. Kang di copnya aku ni kuangajaq. Aku tau, aku la kerani paling muda kat sini. Staf paling muda pun aku jugak. Yela, masuk keja ni umo baru 18taun gile fresh kan.


Itu dulu, skang umo aku bukan lagi 18taun waktu aku mula-mula masuk dulu. Tapi masih lagi aku yang paling muda. Hihihiiiii... Cakap pasal akak senior yang pi serang hendap aku tu kan. Aku ni sensitif orangnya. Skali ko dah sound bunyi camtu skali mo menetes airmata ooiiii.. Dia dah dok marah-marah aku tak bole tahan trus blah dari situ. Sedih kauuuuu.. Kena marah sampai camtu skali. Cakap leklok tak bole ke kak ooiii???


Esok lusa, kalu aku naik pangkat jadik kerani senior cam korang, semoga la aku tidak jadik macam korang tau. InsyaAllah.. Arap-arap aku sentiasa disenangi oleh suma orang tak kira sapa pun jua. kan,kan,kan... heheheeeeee...














Ok, tima kaseh sudi baca!!! Sayang korang!! ^_^







No comments:

Post a Comment

Hai korang!!! Iye, silekan KOMEN ye.. Komen SiiiiKIT pun jadik laa.. Komen SaaaaTU je pun ok laa..SaaaaaaaaYang korang tauu!!! ^_^

TAHUN 2019.

Assalamualaikum... Lama tak update blog. Last update semua cuma tinggal jadi draft. Sedih nau blog aku ni..semakin sendu nampaknya. Ok, just...