Macam2 hal....

Assalamualaikum...




Kalu korang prasan, suma gambar kat dalam blog aku dh hilang... Hilang pi mana aku pun tak tau la.. Aku pun pelik camne bole jadi gitu. Tapi xpa la, abaikn saja.. bukannya penting sangat pun.. huhuuu.. Tapi aku rasa macam aku tau2 je ape sebenarnya. Maksud aku, macam aku tau camne gambar2 tu suma bole hilang. Kalu ikutkn hati macam nak aplod balik je suma gambar2 tu, tapi malas pulak. Dah jadik 1keje nak kene aplod balik suma gambar2 tu kan... takpa la... biarkan, biarkan, biarkan...



Dan lagi kalu korang perasan, aku dah lama tak apdet blog aku. Aku salu je bukak, cek2 komen (macamadeorangnakkomen...), baca entry orang, tu jela keje aku. Nak apdet, terasa macam malas ya ampuuunnnn.. Sebenarnya kalu diikutkn banyak je cerita. Macam2 aku nak bagitau. Tapi tula, tidak suma perkara dan cerita tu yang aku kene bagitau. Bukan aku je, korang pun sama jugak kan.. kan, kan, kaaaannnn....


Aku nak bagitau, aku dah pindah rumah baru, dengan suasana yang baru, tempat pun sememangnya baru, terletak di Kampung Baru. Hihihiiii... Iye, aku dah pindah. Sebelom ni aku banyak cita pasal tu kan. So sumanya dah jelas lg bersuluh. Aku dah tak duduk Selayang lagi dah. Suda tidak perlu bersusah2 dan berpenat lelah naek tangga sampai tingkat 4 yang atas sekali tu. Selama 3tahun yang lepas, memang sangat terasa. Setelah berfikir, berbincang, aku dah buat keputusan sendiri tanpa melibatkan sesiapa pun. Yup, pindah rumah. Huhuuu...



Aku berfikir, guna otak kepala aku sendiri. Aku berbincang, dengan mak aku. Setelah sekian lama dipendam, akhirnya terluah semuanya. Mungkin keputusan yang aku buat agak kebudak2kan, tidak matang, tidak profesional, tapi begitula aku. Tak payah dipertikaikan lagi.

 


Ok, stop pasal rumah baru. Hari ni, Ramadhan ke 10. Lagi 20 hari nak hari raya. Memang sangat ketidaksabaran.. Baju2 untuk anak2 buah dah beli, kuih2 raya suma dah tempah, tapi barang raya aku takda lagi ni. Baju raya le, ape lagik??? Tahun ni warna tema ungu aka pepel. Waaaaahhhh.... tak sabar. Tahun ni, sekali lagi berkumpul suma adek beradik aku. Abang yang di Johor, balik Miri beraya, kakak dan abg ipar serta anak2 dorang yang di Sabah pun balik Miri jugak beraya, macam tahun lepas. Dan aku, ofkoz balik jugak.


Dan, lagi aku nak bagitau. Adek pompuan aku dapat masuk U. Dapat kat UMK, Universiti Malaysia Kelantan. Rasa sebak, terharu. Satu2nya adek pompuan aku. Macam2 perasaan. 01/09/2012 ni dia kena mendaftar kat sana. Tiket flight untuk dia aku dah bookedkn siap2. So lepas raya ni pun aku kena amik cuti lagi sebab tu raya kali ni aku balik kejap je. Salunya aku lah cuti paling lama. Tapi kali ni tidak. Tapi takpa, suma demi adek pompuan yang sorang tu.


Ok, cukup suda setakat ni. Nanti ada apa2 aku cerita lagi. Yang pasti, tiap kali tengok kalender, hati rasa sangat2 tak sabar. Tak sabar nak balik Miri, nak hari raya, jumpa makbapak, adekbradek, anak2 buah, kawan2, dan yang paling best, nak jumpa Man. I miss him. Heheheee.. dah setahun tak jumpa kan.. huhuuu...

Comments

Popular posts from this blog

JALAN-JALAN KE PADANG BESAR

Warded.

Resdung