Part Time.

Sebenarnya dah lama dah teringin nak buat keja part time ni. Masa aku dok Selayang lg dh timbul idea tu disebabkn aku yg salu dok umah je tiap wikend, dan sentiasa keseorangan. Hehehe.. Penah jgk la tnya ngan Abg Zul, kut2 dia nak pki pekerja kan, mn tau Shell dia ada kosong, bole gak wat part time, tp dia takmo. Dia tak kasi. Kedekut betol. Hahahahaa.. Abg Zul tu owner rumah sewa lama aku. Yg aku duduk Selayang dulu kan, umah dia la yg aku sewa tu. Aku pnh cita psl Abg Zul dlu kat sini kalu tak silap. Psl kitorang mkn mi udang.


So, berbalik psl part time tu kan. Minggu lepas aku ngan Kak Abby ada la pi try tnya kt 2,3 kedai ni. Kut2 ada nak pki staf part time kan. Dok tnya2,suma pun suh isi borang je dulu. Tnya kat Ayamas, 7E, Farmasi, last skali kt kedai cermin mata. Kat situ je kami terus kena interview. Perrgghhh.., walaupun cuma sekadar interview utk part time, tetap terasa nerves mcm interview ngan SPA. Hahahahaaa... Lama pulak tu akak tu dok interview. Soal punya soal, dia ckp nak bwk ke meeting dulu, nak bincang suma bagai. Ada pape kang dia kol. Smpi ke hari ni tak kol ape pun.


Pastu hari sabtu lepas dpt kol pulak dr Manager 7E. Masa dia kol tu aku kat dapur tgh msk. Nak buat spaghetti. Dah tersuka ngan spaghetti plak aku ni.. kihkihkih... Memula kan manager 7e tu kol Kak Abby dulu. Pastu baru kol aku. Dia kol tu dlm jam 11lebih gitu. Suh dtg skang kunun nak interview le kan. Tp kitorang bg alasan nak dtg pukul 2pm sbb masa tu tak sempat la. Mn nak mkn lg kan, lapar kut. So pukul 2 gerak pi 7E. Dok tnya mcm2. Tp lebih santai la. Manager tu pun ok la. Dok tnya itu, tnya ini. Borak2, sembang2.


Mcm ok. Aku pun mmg nak aje. Manager tu pn mcm nak terima. Tapi, bila timbul psl isu KWSP plak, baru kitorang prasan. Encik Manager tu tnya, 'xpe ke korang nak keje part time ni?? sbb nti nk carum KWSP kang jd len plak sbb ada caruman dr majikan lain??'. So aku ngan Kak Abby pun trdiam kejap. Sbb bru kitorang prasan le kan. Sbb tak terfikir pun. Encik Manager tu ckp lg,'kite tak kesah nak ambik awk keja part time kat cni tp tula takut timbul isu len plak'. Pastu aku ada ckp, 'kalu Encik xpyh carum xbole ke??'. Dia ckp tak bole sbb menjadi 1kesalahan bg dia sbb tak carumkn utk pekerja. Aku ngan Kak Abby tak tau nk ckp ape lg dah.


So skang aku ngan Kak Abby mcm tak tau nak buat ape lg dah. Teringin sangat nak buat part time ni. Salah satu sbbnya aku nak isi masa lapang yg sentiasa ada. Tiap wikend aku dok umah je. Takda pi mn, takda wat apa. Blk kampung, dlm setahun sekali je kut. Time raya. Paling byk mungkin 3x setahun. Tau jela, kampung aku jauh nu hah, kat Sarawak. Blk ada sebab la. Takde aku nak blk tetiba. Tiket mhl, cuti pn syg tau.. So, camne nih??


Nak tanya jgk la, btl tak bole eyh kalu ada caruman dr majikan len selain majikan yg sedia ada?? Yela, skang aku keja kerajaan. Sblm ni mmg potong KWSP tiap bln tp aku dh stopkn dh sbb aku pilih pencen. So agak2 kalu aku keja part time lepas ni kan, majikan nak carum utk aku kan, agak2 bole ke tak eyh?? menjadi 1 kesalahan tak?? Agak2 SPRM akan kejar aku tak?? mn tau kena buru kan. Kang tak pasal2 masuk berita TV3. Huahuahuaaaa...

Comments

Popular posts from this blog

JALAN-JALAN KE PADANG BESAR

Warded.

Resdung