26/03/2012

10 Petanda Dia Jodoh Kita.



Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..




Ok, thankz for reading. Sayang korang ^_^

12/03/2012

With 'Nora', Si Arnab Yang Super Duper Comels...

Assalamualaikum...




Ni cerita malam tadi punya. Aku turun pi bawah, antar kain nak suh jahit baju kurung untuk pakai pi kerja. Lepas antar kain pi kedai runcit pulak, pi beli barang sikit. Balik tu, aku tengok dari jauh sorang budak pompuan ni macam pegang something je. Aku ingatkan kucing, makin dekat aku tengok rupanya ARNAB!!! Arnab tu sangat comel!!! Bulu dia lebat semacam. Dah macam anak patung teddy bear punya bulu.




Mula tu aku just usap-usap je bulu arnab tu. Takut-takut berani jugak la aku. Sebab sebelum ni kan tak penah-penah pegang arnab betul-betul punya pegang. Usap bulu arnab pun tak penah usap yang betul-betul punya usap bulu arnab. Korang toksah nak pikir benda len pulak ye. Kang tak pasal-pasal korang dok bayangkan yang aku ni pi usap bulu len pulak, naya weiiiiii...!!! Aku tengok arnab tu kan buat aku teringat dekat incek sayang. Dia kan ada bela arnab jugak. Sepasang pulak tuuuu... Aku ada mintak aritu. Mintak anak arnab kut-kut ada kan. Aritu arnab tu dah beranak pun tapi sayang sebab anak-anak arnab tu suma mati pulak.... T_T




Teringin jugak ni nak bela arnab tapi tula, takut. Takut apa ntah aku pun taktau laa.. heheee... Aku dah pesan kat incek sayang, kalu arnab dia dah beranak aku nak bela anak arnab tu. Lagipun aku ada tengok sorang blogger ni, si CCI ada bela arnab gak. Arnab dia pun sangat comel jugak tauuu... Aritu tengok anak-anak arnab dia yang baru lahir, eeeeeeiiiiiii... sangat gerun pun ada jugak..hihiiii... Tapi malam tadi sangat best sebab dapat pegang arnab. Sangat-sangat teruja!!! Hahahahaahhh...









Meet this cute rabbit.. nama dia 'nora'. Mula tu budak ni sebut nama arnab ni kemaen panjang, sekali aku tanya lagi dia sebut 'nora' je.






Nora dan tuannya, Nadia. Nama budak pompuan ni Nadia. Dia cita kat aku yang dia dah bela arnab ni since dia darjah 3 lagi. Skang dia darjah 5, means dah 3tahun dia bela arnab ni... Waaaahhhh.... sangat bagus!!!






Yeeeeaaaaayyyyy.... aku dapat pegang arnab!!!! hahahahaaahhhh... sangat excited ok.. Aku takut je kut-kut arnab ni tetiba gigit aku ke, seram.... huahuahuaaa...






Dah rasa macam peluk anak patung teddy bear ja tauuuu... Kalu aku betul-betul ada arnab ntah camne la ye.. hihiii...






Huahuahuaaaa... berlatar belakangkan tangga nak naek atas umah.. kihkihkihhhh....






Hai, nama saya Nora. Tapi bukan Nora Elena, maupun penyanyi Nora isteri kepada Johan Nawawi tu. Tapi saya adalah Nora, si arnab comel.. Hihiii... 










Tengok, comel kan arnab tuu... Tapi tu arr, bulu dia berterabur abis kat atas baju aku. Hidung aku ni dahla sensitif weii... resdung kan, besa laaa... Tapi apapa pun kan, arnab tu memang superr duper comel!!!! Lagi tambah comel kalu aku ada arnab sendiri.. Waaaaaa...bila kah masanya??? hihiii.. So, sayang, saya mau kamu punya anak arnab yah... heheee... ^_^ 














Ok, thankz for reading. Sayang korang!!! ^_^


09/03/2012

Cuci The Musical Last Kopek At Istana Budaya.

Assalamualaikum...

Malam tadi aku pi Istana Budaya. Pi tengok teater Cuci Da Muzikal Last Kopek. Sangat2 rasa bertuah sebab aku dapat tiket FREE dari pelakon CTMLK ni. Aku dapat 2 tiket free, so aku ajak kak aini pi ngan aku. Aku dah taktau nak ajak sapa, lagipun kalu incek sayang ada konfem aku dah pi ngan dia kan.. heheee.. Sebenarnya ari khamis tu lagi dorang ni dah pi Maju Junction. Pi wat promosi sempena ngan tayangan ni pastu trus kasi tiket kat sapa2 yg bertuah. And aku adalah salah sorang yg bertuah ituuuu... yihaaaaaaa..... ^_^


Aku bukan je berdua ngan kak aini sebab member ofis aku pun ada jugak yang pi. Nak tengok gambar2 aku tak??? Tapi jangan sangat jeles ok.. hehehee... Well, bagi aku la, Cuci The Musical ni sangat best, kelakar yang amat, lawak x abis, gelak pun x benti. Sakit perut aku gelak sepanjang tengok teater tu.. Ok, korang layan je la dulu gambar2 yang ada. Aku tak aplod banyak sebab yang len aku dah aplod masuk fesbuk aku.


Kat Maju Juntion pun happening jugak sebab dapat amik gambar ngan Hans Isacc, Nabil, ngan Dina. Termasuk bini Nabil pun aku amik gambar jugak tauuuu.. Bini nabil sangat2 cantek. Aku ada aplod gmbar tu kat fesbuk aku. Korang nak tengok gi kat fesbuk aku ni. Aku dah aplod suma gambar.





Ini kami. Oppsss,,,,kurang sorang, kak tiha.. dia yg amikkn gambar ini..






Cuci The Musical Last Kopek.






Nampak tak tu tiket FREE yg aku dapat??? 2 keping ok.....





Suasana di dalam panggung.. Time ni ramai lagi orang tak masuk.






Teater blom start so kita snap2 pikca duluuuuuu...






Teater ni berlangsung selama 3jam. Sngat lama ok. Nasib baek tak bosan. Time ni teater dah abis daaaaahhh....







Para pelakon. Harun Salim Bachik je yang takda.






Aku beli ini. Mouse pad. 5 hengget je pong... nak suh dorang sign kt cni leee...






Peeewiiiiitttttt.... Awieeeee... heheee... Watak Awie sangat kelakar. Very da funny one...heheee...






Afdlin Shauki. Dua2 nampak sama2 comel kan???? heheee...






Vanida Imran. Dia sangat cantek.






Very da gojes Vee... 




So, begitulah cerita malam tadi. Letih, penat, dan mengantok gara2 malam tadi tak abis lagi nih. Balik umah sat gi aku nak sambung rehat. Esok cuti aku nak pulun tido kaw2nyaaaaa... Ok, aku nak balik. Arini kena naek bas sebab kak aini balik kampung. Babaiiiii...














Ok, thankz for reading. Sayang korang!!! ^_^


05/03/2012

Isnin Adalah Hari yg Saya Rasa Sy Sangat MALAS!!!!!!

Assalamualaikum...





Selamat ari ISNIN!!! Betul tak tajuk aku tu??? ke tak betul...  Ke aku sorang jer yang rasa MALAS macamtu?? aaarrhhh... lantak lah!!! persetankan itu semua!!! Apa yang pasti, yang aku tau skang, aku rasa sangat malas nak buat kerja. Atas meja aku dah mula berlambak fail2 projek yang WAJIB aku kemaskinikan. WAJIB hokeyh!!! Bukan mesti, bukan harus, bukan sunat.. Cewwaaahhhhh... Yela, memang dah jadik wajib dah kalu camni hah. Keja wei, tugasan yang diberikan WJIB dilaksanakan. Heheheee.... Its sounds like soooooo poyo!!!!!





Aku bukan takmo buat suma tu, bukan aku takmo kemaskinikan fail2 tu suma, cuma masalahnya aku rasa takda mood. Hah, bole gitu??? bole aja kalu aku. Kalu puan bos tau, siap aku!!! Salu ari isnin macam arini memang aku jarang nak jadik rajin buat apa2 keja. Pepagi masuk opis terus aku on komputer, on printer, bukak emel keja, cek2 emel, kalu takda pa2 yang penting aku delete je trus emel tu. Aku malas nak sesakkan inbox dok simpan emel2 yang ntah pape tu. Kekadang emel yang takda kena mengena ngan aku pun bole masuk tauuu. Tensi ok.




Tambah pulak ngan 2,3 menjak kedepan ni kan fesbuk, utiub, 4shared ni suma tetiba bole bukak. Salu orang IT ni kan ke dorang block suma ni. Dorang tak kasi bukak tym2 awal. Dorang salu kasi bukak tym2 lunch gituuuu.. Tapi bila dapat je bukak skang ni, hah, amik kauuuuu... Memanjang fesbukingnye, donlod lagunye, layan utiubnye. Suma laaaa... Apa saja yang aku tak layannnnnnn.. Bos lalu kat depan partisyen je cecepat aku tukar len, kengkonon bukak HRMIS ke, cek emel ke.. hahahahahaahhh.... very da stupitoooooo...





Tapi hari2 len InsyaAllah aku rajin. Hahahahahaahhh... bole pulak gitu yee... So, arini sesuai sangat la kalu nak melayan lagu 'da lazy song' tu yee.. heheee.. Alaaahhh..., takda maknanya aku nak layan lagu tu pong.. aku layan lagu len je ni hah.. heheeehh...





Ok, ok, ok... takmo cakap banyak, takmo taip panjang berjela-jela, takmo merapu meraban dah, lets cekidauuuuuudddddd.... babaiiiii bebeyh!!!! heeeee.. ^_^


03/03/2012

Sabtu Yang Meriangkan, Tetiba Ada 'Mood' Nak Masak Utk Lunch.... Yuhuuuu..... ^_^

Assalamualaikum...




Selamat petang semua.., (sbb aku wat entry ni di waktu petang di kala ujan turun rintikrintik selepas ujan lebat tadi)..... heheheeee... Tajuk kemaen panjang kan, nak jugak gitau ari sabtunye.. kehkehkeh... Ok la, arini memang aku rasa sangat ohsem... (yeke ohsem).. lantak arrhhh... Tau tak, tengahari tadi saya telah memasak untuk hidangan makanan tengahari saya. (tetiba nak ber'saya' ni pehal?????). Saya pun taktau apa mimpi saya malam tadi, tapi yang pasti saya bukan mimpi pasal makan sebab saya mimpikan pasal incek sayang saya leee..... hihiiiii...malunyeeeeee.... *_*




Pagi tadi saya bangun pukul 10 tau. Sebelum tu memang dah terjaga, tapi malas nak bangkit je lagi. So saya pun bermalas-malasan di atas katil sambil bermesej-mesejan dengan incek kesayangan saya tuu.. Bangun-bangun je, kuar bilik tengok kat atas meja depan tv tu ada pisang goreng. Tanpa rasa bersalah pada gigi sebab belom digosok, dan tanpa ada rasa malu pada muka sebab belum dicuci, saya terus membedal je pisang goreng hasil air tangan kak aini. Banyak jugak saya makan... kehkehkeh... :-p






Lepas makan pisang goreng tadi, baru saya pi mandi dan segarkan badan. Lepas mandi tu, tetiba terasa nak masak. Jenguk peti ais, dah tau dah ada sayur sawi, dan macam-macam lagi. Pastu teringat, ada jagung 2bijik. 2bijik ke 2batang eyh?? aku pun kurang pasti sebab kekadang aku sebut 2batang, kadang 2bijik.. aarrhhh...lantak lah... Pastu kan aku terasa nak buat bergedil jagung. Mula tu ingat mo kol mak, tanya camna cara-cara nak buat bergedil tu. Sebab aku ingat-ingat lupa. Last-last, tanpa ada bertanya pada sesiapa pun, aku mulakan misi membuat bergedil jagung yang dah lama aku idamkan..






Selain membuat bergedil jagung, aku juga masak sayur sawi campur ngan lobak merah. Aku tumis je sayur tu... masak-masak len kalu bab sayur ni aku cuma reti tumis jela... Tapi itupun ikut jugak kalu sayur tu aku reti makan, reti jugak la aku memasaknya, tapi ada sesetengah sayur yang aku reti makan, tapi tak reti nak memasaknya. Hahahahahaaahhh.... ok,ok... hehe.. Lepas je setel masak sayur sawi ngan bergedil jagung aku tu, tetiba terasa nak makan sardin jugak. Walaupun aku masak sardin ni tak sehebat kak aini (kakak serumahku) masak, dan jugak tak sesedap kak aida (kakak seopisku) masak, tapi aku try jugak la masak.. hehehee...






Dan hasilnya, setelah berjam-jam bertungkus-lumus menyediakan makanan tengahari, siap jugak 3jenis lauk yang tak brapa nak hebak tapi cukup hebak jugak la bagi aku.. kehkehkeh.... Sebelum ni tak penah-penah tau aku nak masak sampai camtu skali. Tapi arini aku pun taktau la malaikat mana yang telah menyeru untuk aku masak ni... hihihiiiiii....






Dan inilah dia antara 3lauk yang telah aku maksudkan tadi...jeng,jeng,jeng..... Saya terharu.... kihkihkih...





Ini pulak, bergedil jagung yang aku idam-idamkan sangat semenjak aku dok KL ni..  yeeeaaayyy..., saya berjaya membuatnya...!!! Bukan cucur jagung tau, tapi bergedil jagung. Jagung pun bule buat bergedil apeee.... Cucur jagung aku dah penah makan dah. Tu pun kak aini yang buat. Pes tym jugak makan cucur jagung tym aku  kt KL ni la...







Yang ni pulak, sardin yang aku masak tadi tu yang tak sehebat kak aini masak dan jugak tak sesedap kak  aida masak... tapi, bolelaaaaaaa... heheee...







Sayur sawi tumis campur ngan lobak merah. Masak simple je, takdenye yg spesel pung.. hehee..







Nasi seperiuk.. Tapi aku takda la makan sampai abis 1 periuk ni hah... melampau weiiiiii....







Kicap manis yang sentiasa ada.. bukan kicap jalen tauu, cap kipas udang je pun... tapi sodap yo!!!!!







Lunch saya pada tengahari tadiiiii... penuh sepinggan hah....   hehee... malunyeeee... haiisshhh....





Dan, alhamdulillah, sangat kenyang dan puas ati dengan masakan sendiri. heheee... Masak untuk diri sendiri, suap masuk kat dalam perut macam aku ni bole la cenggini hah.. Tapi kalu nak suh masak samting spesyel untuk samwan spesyel tu aku tak berani lagik la yee.. hehe.. Eyh, dah bole kawen eyyhh...??? Kalu laki aku selera pun lebih kurang cam aku takpa la jugak. Masak simple camni dah kira ok la kan.. hihiiii...



Aku kalu makan cukup lauk-lauk camtu dah kira ok dah.. tak perlu ada sambal2 belacan ni suma sebab aku memang bukan pemakan sambal belacan. Nak kata aku ni tak makan pedas, aku makan jugak weii.. Semenjak aku dok ngan kak aini ni lagi aku suka makan samting spicy gituuu... Sebab dia salu masak yang pedas-pedas. Orang belah utara kan memang makan pedas. Kalu orang belah pantai timur pulak suka makan yang manis-manis kan... hah, cenggitu laaa...







p/s ~> so, ada sesapa yang terliur ke nengok masakan aku yang tak sbrapa tuh?? hihi... kalu nak, meh datang umah, aku masak lagi.. hahahaaahh.. :-P







_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

01/03/2012

March Is Coming..!!!

Assalamualaikum...








Selamat pagi semuaaa... dah bekpes?? Tadi aku bersarapan makan mi goreng, berlaukkan 2bijik begedil. Begedil tu saiz dia comel2 je sebab tu aku amik 2bijik. Entah napa 2,3 menjak ni aku jadik ketagih ngan mi goreng. Taktau la pehal kaaahhh... Ok,ok takpaaa... selagi boleh makan, dan ada untuk di makan, makan jela yeee... jangan nak banyak songeh nak komplen tak tentu pasal kaaaannn...




Well, dah masuk bulan Mac. Bulan Tiga (3). Ada apa dengan bulan tiga aka mac ni?? Takda apa yang spesyel sangat pun. Nak kata befday aku, lama lagik weyh.. bulan 6 nu haaa.. Kalu adek aku iye.. Befday Wiyah ngan Hairul. Tapi kalu bagi aku pulak, nak kata istimewa sangat takdela istimewa mana pung.. besa-besa aja kaliiii...





Apa-apa pun, dalam bulan 3 ni ada 1 tarikh yang aku tak sabar nak tunggu. Nak tau bila?? juz wait and see.. heheeehhh... Nanti bila dah tiba tarikhnya, bila tiba harinya, aku bagitau ye... Aku cita kat korang. Tak bole bagitau skang sebab belum tiba masanya lagi.. Tapi kalu korang sabar menanti tiba jugak la tuuuu...




Kalu aku bagitau skang tak serprais pulak daaaahhhh.. takmo la camtuuu... Tunggu tauuuuu....
















21/02/2012

Ibu Mertuaku...

Assalamualaikum.






Selamat pagi sumeeee... Apa kabar arini?? korang sehat tak? Apa celop??? hahahahaaaahahahh... ni gara-gara dok layan cita terbaru kat Tv3 le ni, Apa Celop?? Lawak cita tu.. puas je aku ngan kak aini gelak malam tadi. Aku suka tengok pelakon laki tu, yang chubby-chubby tu, lawak dia weyh... hahahaaaaaahahahaha... Ok, pagi ni ada sesi bergambar kat opis. Tapi bos aku pulak takda, so aku rasa mybe giliran bahagian kitorang tangguh dulu kut sampai bos ada. Sebab bos aku skang ni gi UK, atas urusan kerja. Bez giler jadik bos kan, senang-senang je ko dapat pi mana-mana. Pulak tu kena sponser weyhhh... mabeles giler idop... ceewwwwaahhhhh....






Tengok tajuk tu, macam gempak semacam je kan. Ibu mertuaku tuuuuuu... ok, ok, ok.... Tu bukan pasal aku nak cita ibu mertuaku.. Aku ni tak kawen lagi tau, acaner nak ada mak mertua pulok yeeerrrrr... kihkihkih... Bukan apa, malam tadi aku tengok cita kat Tv2, drama Ibu Mertuaku. Cita lama dah tu.. Entah bapa kali ulang tayang daaaahhhh... Aku tak layan sangat pun. Tengok gitu-gitu jelaaaa..




Kebetulan pulak malam tadi tu aku tengah belek-belek gambar kat dalam laptop, pastu tertengok balik gambar kawen kakak aku yang sulung. Sweet je masa tu.. Terus asa nak kol mak, gitau aku nak kawen jugak. Muaahahahahahaaaahh... gatai koooooo.... Sabar taty.. hihiiiii... Bila aku tengok balik gambar aku kan, adooooooiiiiii... giler huduh aku!!!! kahkahkaaaahhhh... macam tak pecaya je tauu. Tapi tula hakikat. Begitu la aku yang dulu. Korang nak tengok jugak ke??? alaaahhhh... takyah aarrr.. malu kut. Nex tym la eyk... nex tym aku aplod gambar tu.




Tapi skang ni biala aku aplod gambar kakak aku tu je.. Bole jugak korang tengok baju kawen tradisional kaum Bugis ni. Ada yang panggil 'Baju Adat', ada jugak yang gelar 'Baju Bodo', tapi ada jugak panggil baju tu 'Baju Seloyor'. Aku pun tak pasti. Tapi yang pasti, yang aku tau, kalu kaum Bugis kawen mesti ada pakai baju macam tula. Ok ok, ok... korang tengok eyh...






















Tadaaaaaaaa..... amacam, lawa tak??? cantek tak?? warna kuning keemasan. Melambangkan warna kemegahan diraja. Tapi aku bukan keturunan kerabat diraja tau. Jangan nak melalut pulak... ok, dua orang yang berada di samping kedua-dua pengantin ni adalah mak dan bapak aku. My beloved parents!!!


Tudung ijau tu mak aku. Yang baju pink tu pulak mak abang ipar aku. Means mak mertua kakakku. Erti kata len, bersama ibu mertua masing-masing gituuuuu... heheee...


Menantu dan mertua. Ini baru Ibu Mertuaku... hihiiii..


Mak dan anak.


yang ni pulak, parents abang ipar.


bersama bapa-bapa mertua masing-masing.. hihiiii.. Alaaaahhhh.. tapi kedua-dua bapa ni tak pandang kamera puloookkkk..


Pompuan sebelah kakak aku tu adalah adek aku. Satu2nya adek pompuan. Kat sebelah dia tu adek sepupu kitorang. Laki ujung tu pulak adek abang iparku. Dorang ni kira macam pengapit pengantin gtuuuu... Cewek-cewek cantek kat belakang yang serba biru tu pulak adalah tukang bawak barang hantaran. Dapat teka tak yang mana satu aku??? Huahuahuaaaaaa... Baju yang kitorang pakai tu sebenarnya ada dua kaler tau. 1 kaler oren, 1 lagi kaler biru. Aku gila biru kan, korang paham-paham jela yeee.. So masa ni aku cakap nak pakai kaler biru jugak, tanak kaler oren tu. Pastu tym tu mak aku ada cakap kat aku camni, "ok la, siang ni pakai yang kaler biru, nanti malam pulak pakai yang kaler oren tu laaa.." Aku pulak lagik la takmo weyh sebab masa ni aku ada buat baju tau. Kaler biru jugak. Kalu pakai baju kaler oren tu, tak merasanya pakai baju baru aku tu. heheeee...


Yang ni pakaian Jawa. Masa ni kalu tak silap aku sanding malam.


bersama bapa mertua masing-masing lagi.


Pakaian Jawa.


Yang ni pulak dorang pakai dalam kaler putih.  Baju ni adalah baju yang kedua. Kalu tak silap aku la masa kakak aku kawen ni dia pakai dalam 5 baju kalu tak silap. Ada lagi dua baju, baju melayu ngan gaun kaler pink. Tapi dua tu aku tak rasa nak aplod sebab mekap dia very da over.  Dah macam opera cina.. kahkahkahaaahhhh... Kitorang memang tak puas ati pun tengok mekap masa dok sanding malam tu. Cian kat kakak aku ni. Nak wat caneeeee.... Dah 5 taun berlalu. Dah dapat sepasang anak pun dorang ni..
Gambar sebenarnya tak ikut turutan yang betul tau. Ni sebenarnya gambar 1st. Tapi jadik gamba paling last pulak. Masa ni dorang baru trun bawah umah nak dok sanding. Apa-apa pun, majlis ni dah selamat berlalu 5taun lepas. Heheheeee.... Giler lame kan.. Saja mau kasi gempak macam ni laaa....hahahahaahh...Amacam?? ada sesapa nak kawen ngan aku?? nanti bole pakai baju macam ni. Kehkehkeh... bengong dah aku niii.. Tapi betol la, selama aku tengok mana-mana orang bugis kawen kan, takdala yang tak pakai baju ni. Aku dok KL ni pun kalu gi mana-mana kenduri yang sebangsa ngan aku mesti nyela pakai baju adat ni. Aku taktau la pulak kalu ada yang kawen tak pakai baju ni. Bugis murtad eyh ko??? muahahahahahh... ada pulak murtad daaaaaaaa....  






Ok la, aku nak sambung wat keja. Keja dah start banyak menimbum atas meja ni. Kang ada pulak lagi yang tak puas ati tengok aku dok relaks mengadap blog ni sokmo. Heheheeee... tak kesah aarrr.. Mentang-mentang bos takda kan so jangan nak jadik tikus-tikus berkeliaran. hahahahahaaaahhh... 




























Ok, tima kaseh sudi baca. Sayang Korang!!



TAHUN 2019.

Assalamualaikum... Lama tak update blog. Last update semua cuma tinggal jadi draft. Sedih nau blog aku ni..semakin sendu nampaknya. Ok, just...