Aku ni bila time period memang senggugut. So masa sakit sengugut tu, di tambah pulak dengan sakit belakang yg sedia ada, sakitnya makin menjadi2 tau. Hari isnin tu public holiday lg kan, aku mcm langsung xbole nak gerak sgt. Nak makan nasi pun mcm xde selera sangat.
Ni la lumch aku tghari isnin tu
|
So masa tu aku try mkn limau. Dgn harapan nak kurangkan rasa mual la kan. Eh dah mcm org pregnant pulak nak mual2. Masa mkn limau tu kan, aku rasa limau tu kemaen manisnya lahaiii...so aku macam pelik, apesal sume benda aku rasa manis??? Masa aku sakit ni aku tak ckp lg pun dkt family aku. Dan aku langsung tak makan ubat pun. Yela, sbb aku pikirkan cuma demam & sakit yang biasa2 saja. Esoknya plak, hari khamis pun aku tak keja. Aku nak bangun tak bole. Kepala dah start rasa sakit2 dan pening. Masa tu sakit belakang makin menjadi2. Aku pikirkan lagi, mungkin sbb aku tgh period, so senggugut la kan, tambah pulak dgn skt blkang yang sedia ada, tu yang menjadi2. Hari khamis tu aku msj housemate aku, aku suh kak abby belikan cola. Pastu aku msj lim suh blikan teh o ais limau. Aku terbayang je 2 air tu. Masa dapat air tu, ya allah rasa nikmat sgt. Sedap sgt dpt minum. Makan??? langsung takde. Sebelum ni aku tak penah sakit sampai mcm tu skali. Maksud aku smpai hilang selera makan. Sblm ni kalau sakit2 pun aku makan tetap makan. Hahahahaa...
Malam tu aku dah x tahan sangat2. Aku mintak ubat dgn housemate sorang lagi, ida. Aku mkn panadol aktifas dgn harapan aku bole tido lena dan kesakitan tu suma akan berkurangan dan hilang. Tapi suma tu cuma tinggal harapan semata2. Lepas mkn ubat aku masuk bilik, dgn harapan nak tido sebab esok jumaat nak kena keja. Apa2 pun kena masuk ofis jgk sbb aku fikir nak siapkan 1 keja tu. So aku masuk bilik. Tapi aku tetap xbole tido. Bila aku cuba tido, nyenyak kejap, then bila aku macam goyangkan badan ckit mcm nak kalihkan badan tu aku mesti terjaga. So aku xdpt tdo lps tu. Jam 2am lebih aku stil x tdo2. Masa tu aku rasa mcam nak menjerit. Smpai pukul 4lebih aku tdo kejap then trbangun lagi. Last2, jam 5lbih aku gagahkan diri bangun, kluar blik then pegi amik air cola dgn teh o ais limau tu, aku tambah ais lagi, then aku minum. Sedap sangat2 aku rasa tiap kali dapat minum air sejuk sbb yang aku tau masa tu aku cuma haus. Aku duduk depan tv, dlm keadaan bergelap tu, then 6lbih pegi mandi, siap2 nak keja. Nsb baik masa tu tgh period, so x bzy nak subuh la kan. Aku mandi, ala kadar je. Bersiap pun sekadar cukup syarat je. Oh ye, masa tgh bersiap tu kan, aku perasan ada sekelompok bintik2 merah kat dada aku. Masa tu aku cuak jgk. Tp x trpikirkan pn yang tu salah 1 tanda denggi pun. So Pegi keja kak abby hantar sampai depan opis. Ok, terharu kejap. Heheee...
Naik opis, aku rasa tak larat sangat. Kawan2 ajak pegi brekfes pun aku tak join. Aku mintak dorang belikan aku sirap limau. Semua pun tegur aku Nampak sakit sangat masa tu. Heheheee... Yela, nak becakap pun aku rasa tak larat. Tengahari aku x makan nasi pun. Mkn eskrim potong je. Bila ingt blk, nak gelak pun ada. Yela, macam2 peel bila sakit kan. Lepas makan eskrim, aku dgn dila masuk surau sbb nak baring2 kejap. Masa baring tu pn aku xbole nak mengiring. Trpaksa baring lurus je sbb rasa sakit kat belakang tu x suda2. Bos aku sampai ke sudah ingtkan yang aku punya senggugut teruk sangat2 sampai camtu skali. Padahal masa tu period dah nak stop. Petang tu aku mintak balik awal.
Hari sabtu, kat umah jela. Takda nak pi mana pun. Aku gagahkan diri sekali lagi bangun utk basuh baju. Masa tu, rasa mcm ok ckit, cuma still rasa lemah. So aku pun berharap rehat 2hari wikend tu akan sembuhlah aku kan. Seharian aku tak mandi. Sampai la masa petang tu, dlm jam 2lebih, hidung aku berdarah. Abis menitik jatuh ke lantai darah dr hidung aku. Aku masa tu cuak jugak la. Aku pikirkn mybe panas dalam yang biasa so aku lari pegi bilik mandi siram kepala. So darah stop kejap. X penah2 hidung berdarah so mmg agak cuak jgk la kan. Petang tu pun aku tak mandi lagi. Mmg masa tu aku rasa mcm tak terurus je diri aku. Malam tu plak, jam 10pm aku dah masuk bilik. Baring2 dgn harapan nak tdo awal, nak rehatkan badan. Tetiba, dalam gelap tu aku rasa samting mcm keluar dr hidung aku. Terhidu gak la bau darah tu so aku tau yg hidung aku berdarah lg. So aku mcm ptg td tula, bangun lari pegi bilik mandi, siram kepala. Kak abby masa tu ingtkan aku muntah. Aku cakap tak, hidung aku berdarah. Dia terus suru aku siap sbb dia nak bwk pegi hospital. Masa tu aku macam takut2 jgk la.
11.30malam, kitorang dah kat hospital. Pegi HKL (Hospital Kuala Lumpur) jela pun. Nsb baik dekat. Tunggu punya tunggu, last2 jam 1pagi tu aku konfem kena warded. Doktor ckp, 'kita kena tahan u la. Sbb saspek denggi'. Ok, aku dah takut. Mcm2 dlm fikiran. So bermula la saatnya di mana memula tu tangan aku kena cucuk jarum dulu utk masuk air. Ya ampuuunnnn... sakitnya lahaiiii...menangis aku tau dak. Staf kat ctu sempat usik, dia tnya, 'sakit ke??'. Masa tu aku cuma mampu angguk jela pun. Dgn badan yg lemah ni, kena cucuk2 lagi,alahaiii...serik aku!! Staf tu ckp kt aku lg, 'awak dah besar kan, dah 24thn kan, nape nak takut??1st time ke??'. Addoooiiiii...aku tak mampu nak ckp apa2. Menangis tahan sakit jela yg mampu. Lepas tu, ada sorang lg staf bawak wheelchair. Nak sorong aku la. Hahahahaa... 1st time duduk wheelchair kna sorong. Btl2 sakit lah tu.
gambar ni pun samaa |
Inilah tuala yang aku pkai lap hidung tiap kali berdarah dgn byknya. Masa ni dah basuh ok. Basuh takat gitu2 jela pun.. |
Lihat la..tngan aku dah kembang2 sbb kena masuk air saje. Ni pun nsb baik tak tukar tangan. Kalau tak meraung lah aku jawabnyaa |
yeeaayyy....dah balik umah. I miss my bed so bad masa ni tau. Rindu bilik, rindu tilam, rindu babybah(penyu biru itu) |
Aku terbaca ni dekat blog Irine Nadia Marcello .Serius, masa terbaca ni, ntah nape ttba bergenang air mata aku. Macam sgt terkesan aku rasa. Ye, aku dah pernah rasa nikmat kena tarik selera makan tu, dh penah rasa nikmat kena tarik seri wajah tu. Masa terbaca ni, aku pandang lain kejap sbb rasa mcm nak nangis. rasa tacing sgt bila baca petikan ni. Sbb sblm ni aku dah salu sgt baca, dah penah sgt dgr yg bila kita sakit, Allah saja nak uji. Sakit tu penghapus dosa.. |
Discharge note. Oh ye, masa ni baru aku tau kalau masuk hospital, saspek denggi tak perlu byr bil eyh. Aku masa ni kemaen dah prepare aku pnya GL.. |
MC. Kemaen kan, xpenah2 aku dapat mc selama2 gini..Masa ni ingat nak balik Miri dah, tp bila cek tiket kemaen la mahalnya lahaiii...So trpaksa postpone nak blk kpg.
|
Tiap kali dokor datang nak cek, dorg akan Tanya aku ada pegi mana2 ke tak sblm ni, tinggal kat mana, ada cirit-birit ke x, muntah ke x,semua2 tula. Aku kena kasi minum air garam yg rasanya sangat terok. Hahahaaa...klu ingt balik aku sempat ngelat skali drpd mnum air tu. X sanggup dan x larat tau tak..Hari ahad tu, hosmet aku datang melawat. Sbelum dorg dtg tu aku dh pesan bwkan air Ribena, watkan sejuk2. Macam aku ckp td, aku sokmo haus. Badan aku masa tu panas sangat. Ada sekali aku tgk masa nurse dtg cek, suhu aku sampai 39.9 dh masa tu. Tengahari yg kawan2 aku dtg tu, hidung aku brdarah lg skali. Sampai muntah darah gak la. Bila ingt blk, aku rasa mcm terok sgt dh keadaan aku masa tu. Nurse bukak tudung aku sbb nak letak kain basah kt dahi sbb nak turunkan suhu badan.
Dipendekkan cerita, hahahahaaa....adoyaiii...aku tau mesti korang bosan baca..adeeehhhh... Ok2, so aku patutnya dah bole discharge 14hb, tp disebabkan hidung aku berdarah lg, so doktor tahan lg. Lastly, 15hb aku officially discharge. Hosmet aku jgk dtg jemput. Masa aku sakit tu, mak aku nak datang. Nak terbang dr Miri ke KL ni. Aku cakap tak payah & tak perlu sbb aku insyaAllah takda apa2 la kan. Tp seriously, jauh dlm hati ada rasa sedih ckit la..hahahaa...Masa kt hospital tu kan, tiap kali aku rasa mcm sedih, mcm nak nangis2 kan, aku cecepat baring, tenangkn diri sat..hehe..
And now, Alhamdulillah, aku dah sehat. Bila ingat blk tym sakit tu, aku rasa Allah je tau cmne sakitnya. Dan yang paling penting, berat aku turun 5kg lepas sakit. Hahahahaa...ingat senang ke nak trun byk tu.Tp yela, 5kg je kauuuu... x nmpak perubahan apa pun la kut. Tp masa memula tu ada la tegur kata pipi aku Nampak susut.Eh senyum jela aku..hehe..
Ni gambar 3hari lepas aku kelaur hospital. Masa ni nak keluar dengan adek lelaki aku dgn kawan aku. Macam kurus kan aku?? hahahaa.. |
So skang dah betul2 sehat dah la ni. Tiap kali jumpa @ terserempak dgn sesapa kat opis yg tau aku masuk wad kena tahan gara2 denggi mesti Tanya, dah ok ke, dah sehat ke, macam mana skang?? Hehehe... Tima kaseh la semua yang dah doakan aku cepat sembuh tu kan. Tima kaseh pada kawan2 serumah yang susah2kan diri utk aku, thank you korang!!! Tima kaseh pada kawan2 yg dtg melawat aku kat hospital, bwk mcm2 makanan & minuman sampai aku x termakan dan x terminum so terpaksa bwk blk umah hahahaaa.. Tima kaseh jgk pada kwn2 opis & bos2 yang dtg melawat siap bawakan sup ketam sebekas besar. Ok, terharu saya!!!
Lastly, jaga diri, cegah denggi. Ececehhh...kemaen kempen..hahaha... Fuuhhh....panjang bebenor entry warded ni hah. Ok la, babaiii...
wow panjang nya entry taty.. ehee.. kte baca dari mula sampai habis taw.. huhu act taty ni kuat kan.. bertahan gak hampir seminggu baru ke hospital.. kalau kite la 2 hari cenggitu dah serah diri hahaha.. nmpk sgt tak kuat kan... agak teruk ye penangan denggi smpi turun jgk brt bdn tu.. huhu alhamdulillah yg pntg skrg da sht.. jge diri bebaik ye..
ReplyDeleteThankz nazirah..Takdela kuat sgt pun..takut sbnrnya nih..hahahah..tu pn sbb hidung dh bdarah,sbb tu hosmet trus bwk pegi hkl..ha'ah,trun byk tu,pastu naik kang lg byk dr tu..adeehhh...hehe..
Delete1st time ke sini, salam. moga dah makin sihat hendaknya.
ReplyDeletesalam kenal... denggi sebab platlet dalam darah jatuh... susah nak naik kecuali air cukup dalam badan... baru baru ni sorang jiran kampung meninggal sebab denggi.. kalau ke masuk ward mintak sesiapa buat sup ketam... takyah makan ketamnya... minum supnya saja... platlet akan naik... bila dah naik dia akan terus naik...
ReplyDelete