08/09/2014

Kursus.

Hari ni dengan esok aku kena attend kursus. 8-9/09/2014, Isnin & Selasa. Kursus Pengurusan Kewangan. Aku kt tempat keja skang bukanla buat keja yang berkaitan dengan kewangan pun tau, tapi kena suruh pegi jugak. Aku pelik apesal dorang tak hantar kerani yang kat admin yang buat pasal gaji or anything jela pun yang berkaitan dengan kewangan tu suma. So masa penceramah bagi talk kat depan tadi aku dah blur sebab tak faham 1 apa pun pasal suma tu. Yes, aku tau, ada suara2 mengatakan sekurang2nya kena tau. But, ko nak kena tau pun tapi ko tak buat jugak is tak guna ok..Eh tak, aku tak marah pun. Hahahaa..

Sebenarnya nak bagi tau yang aku ni tak suka subjek Matematik. So apa2 saja yang berkenaan or berkaitan dgn kira2 is i dont like. Dulu masa skola aku kan aliran Sastera. Bila subjek BM dgn BI is i very like. Tp kalau Sains, Sejarah & Pendidikan Seni yg mn kena buat lukisan2 tu suma lg la aku rasa nak meroyan. Sbb aku tak reti nak lukis2. Tapi ko nak suh aku conteng2 eh bole je. Hehee.. So gitula. Aku sedar yang aku tak berapa pandai subjek Maths buatkn aku jd x suka dgn subjek tu. Aku dulu ada sorang kawan yg pndai subjek maths. Everytime aku nak mintak tlg dia mcm nak tak nak je ajar. So aku jadi fedap. Tp bila subjek Pendidikan Islam which is soklan dlm tulisan jawi, dia tak reti nak baca kemaen nak tnya aku. Eh tapi aku tak macam dia ok. Aku ok je. Aku suka buat org suka. Maksud aku, dia tak reti, so aku ajar la kan, then dia tau, so that dia akan hepy dan suka. So aku suka la. Senang cita aku suka gembirakn org la. Adeehhhh...susah nau..

Ckp psl subjek maths ni, seriously aku tak suka apa2 yg melibatkan pengiraan. Tapi kalau ko suh aku buat karangan ke, semak any spelling ke, check any ayat tu kena or tak kena ke, ok, i is very like. Hahahahaa... Dulu, tahun lepas la, aku kan sempat dduk admin kejap. So ada skali tu kena buat Stor. Segala stok2 nak kena oder la, kena kira stok la, deal dgn any supplier la, so suma tu melibatkan pengiraan tau. Aku tak suka. Aku cuma suka deal dgn org je. Hahahaa.. Ada skali tu katanya nak laporan, so jenuhla aku kena kira suma stok thn lepas punya. Kt situ la betapa tekanannya aku rasa. Stress yang teramat tapi tak kurus2 pn aku.Ok, takde kene-mengena pun. Bila kena buat Stor, masa nak oder any barang tu kena buat LO la, mintak quotation la suma tu adalah kerja2 yang melibatkan kewangan ok. Cakap pasal kewangan ini dalamnya ada banyak bab. Gaji, elaun, dan bayaran2 suma tula. Aku rasa kalau ko adalah org yang kena buat gaji, or yang bertanggungjawab pegang duit, so ko adalah orgnya yg sesuai utk pegi kursus ni tadi.

Tapi takpe, esok last day. Pegi jela. Sekurang2nya kursus aku dah ada 5hari. Huhu...

No comments:

Post a Comment

Hai korang!!! Iye, silekan KOMEN ye.. Komen SiiiiKIT pun jadik laa.. Komen SaaaaTU je pun ok laa..SaaaaaaaaYang korang tauu!!! ^_^

TAHUN 2019.

Assalamualaikum... Lama tak update blog. Last update semua cuma tinggal jadi draft. Sedih nau blog aku ni..semakin sendu nampaknya. Ok, just...