16/11/2012

Langkawi @De Baron Hotel... On 08-11/10/2012.


Assalamualaikum...


Lama aku menghilang..lama jugak aku menyepi..bukanla ada kenapa2, bukan jugak ke mana2.. Heheheee.. kemaen lagik mukadimah ayat aku kan, sungguh la tak ble blah!!!


Ok la, bulan lepas aku kursus kat Langkawi. Sbb tu tak sempat nak berapdet blog. Tapi sebelum aku pi langkawi tu lagi sebenarnya komputer aku nih dah wat hal. Memula tu tak bole nak bukak internet. Bukak kejap je pastu tutup balik. Tengah syok2 baca entry2 org, tetiba internet hang. Lama2 trus tak bole nak bukak plak dah komputer aku ni. Last2 sempat jugak la di baiki. Itu pun mintak tolong ngan org2 teknikal kat opis aku ni jgk. Thankz a lot!!!


Isnin aritu baru aku masuk opis balik. Masuk2 je tgk atas meja kemaen banyak fail berlambak. Ok, keja sedang menanti. Itu perkara biasa. Tapi aku yang tak biasa la, bukan trus nak buat. Brtangguh kemaen lama lagik. Hahahahaa.. sungguh la dasar pemalas!!!



Ok la, sambung story psl pi Langkawi bulan lps. Hihihi... memula dapat tau, memang sangat excited dah. Teruja yang teramat sangat. Sbb dgr cita org kata Langkawi best!! So ari isnin kitorang bertolak dari opis dalam pukul 8am gtu. Perjalanan memang sangat jauh. Sampai kat Kuala Perlis dalam pukul 2pm. Dhla naek bas, sakit bontot aku. Kali kedua aku naek bas utk perjalanan yang sgt jauh. Kali pertama masa balik dari Kelantan bulan 9 lepas raya aritu..


Sampai kat Kuala Perlis je terus carik kedai sbb lapar. Masuk kedai aku terus bedal nasik. Aku tengok member laen suma dok makan laksa. Aku pun pelik. Sedap sangat ke??? sedap le kut bagi dorang kan. Selera dorang memang kena la. Kalu tekak aku memang tak le kut. Dah setel makan, dalam pukul 4pm gtu baru gerak naek feri. Masa naek feri sempat hujan jugak la. Hujan renyai2.



Sampai Langkawi terus naek bas pegi hotel. Kitorang stay kat De Baron Hotel. Bilik ok la. Not bad. Ada 2 katil queen saiz. Sangat la best giler. Aku sebilik ngan kak leen. Ok, sekepala jugak. Lagi ohsem. Hahahahaaaa... Jap, aku cari gambar. Nak tunjuk ler...





Ni lorong bilik..bkn lorong haji taib.

dalam dewan kuliah

Tuan Penceramah. Aku lupa dah pa nama encik ni.


tugasan.

akak2 kumpulan sebelah meja

kumpulan meja sebelah punya sebelah

Kak Che, ahli kumpulan aku






gula2. Harus ada setiap kali kursus.

pemandangan suasana bilik di waktu malam dari belakang. Kat sini mengadap pantai.



kolam renang. Aku memang super teruja jugak kalu jumpa kolam renang ni. Walaupun tak reti berenang sgt, tapi aku mmg xcited. HIhihiii...

pantai


laut.. ada kapal2 belayar.

tepi pantai


ni kak Yuvarani. Dia mmg begini. Hihihi..

dia lagik.

dan dia..

dia sokmo!!!

Dorang cakap pulau tu macam bentuk penyu. jadi sebab tu aku pun amik gambar jgk.







Tu jela gambar2 sepanjang aku kat Langkawi bulan lepas. Aku macam takda mood sangat nak bergambar. Entah. Kalu sebelum ni, pegi mana2 je mesti nak bergambar. Sakan ok. Tapi kali ni, mcm sesuatu sangat. Huhu.. Ok la, janji ade kan...








p/s -> finally.... T_T






No comments:

Post a Comment

Hai korang!!! Iye, silekan KOMEN ye.. Komen SiiiiKIT pun jadik laa.. Komen SaaaaTU je pun ok laa..SaaaaaaaaYang korang tauu!!! ^_^

TAHUN 2019.

Assalamualaikum... Lama tak update blog. Last update semua cuma tinggal jadi draft. Sedih nau blog aku ni..semakin sendu nampaknya. Ok, just...