Hujung tahun kannn...

Keja banyak... tapi idak le byk beno.. sedang2 jela. Tp aku suka. Aku suka kalu ada keja, pastu aku pun semangat nak buat keja tu. Tapi aku tak suka kalu aku tgh syok2 buat keja tapi tetiba ada samting kasi spoil aku punya keja. Paling aku tak suka!!! Contoh mcm skang la kan, kat opis ada org nak tanggung keja. Aku kena buat surat, buat memo, buat ini, buat itu. Tapi takdela menyusahkan pun, sbb dah memang keje aku kan. Pastu bila mana aku perlukan sesuatu maklumat, tapi dorg tak bole nak bagi, hah, kan ke kat ctu dah nmpak dah yang keja aku sangkut, urusan dorg pun sangkut. Cewah, urusan la sangat. Hehee..


Mcm skang kan, dah nak ujung tahun kan, so aku kena setelkan suma cuti2 pegawai kat bahagian aku. Wah, pegawai gituu.. Pagi2 dah kena bukak HRMIS, cek status cuti, cek baki cuti, cek sejarah cuti. Kadang2 aku jadik pening dgn bab cuti ni. Aku kan paling tak suka bab kira2, ok senang ckp tak suka Matematik laa.. aku lemah Mate, dan sgt tak suka bab kira2. Hahahahaa.. kantooiiii... Dulu SPM subjek Matematik aku dpt E, ke D. Cenggitu la.. tengok kan, betapa aku sangat lemah mata pelajaran yang 1 tu.


Ok, sambung balik psl keja aku. Pastu kan aku kena amik tau lagi psl baki cuti dorg tu kan, brapa hari dorg nak simpan utk thn dpn, brapa hari jgk dorg nak smpan utk GCR. Kalu cuti dah tinggal 0 hari tu senang le keje aku kan. Hihiii... asek nak seneng aje.. Mcm aku le tu, cuti aku tahun ni dah abis. Mmg tak bole nak cuti pun lg dah. Kalu nak pun kene pi jumpa doktor mintak MC jela. Tu pun kalu sanggup nak lepaskn 50hengget cam gitu je. Aku ni berpikir jugak tau. Hahahahahaa.. tau takut. So dalam 2,3 hari ni asek dok mengadap bab cuti2 ni je la aku. Yela, td dah ckp kan, dh mmg keje aku. Tapi dlm msa yg sma tetap sempat utk bukak blog ye. Hahahahahaa... tetap bole utk curi2 baca blog. ^_^



Oh ye, ckp psl cuti lg, kazen aku kan nak kawen bln 12 ni kan. Kawen kat Labuan la. So kalu nak pi aku kena amik cuti le kan. Dah nak wat cane cuti aku takde. Kalu nak pi jgk aku kene amik flight jumaat mlm le jwbnye. Pastu kene blk KL ari ahad. Isnin dah kene keje. Majlis belah laki buat kat Miri, kat kampung aku. Kalu aku nak pi pun aku kene buat mcm tu jgk la. Flight jumat mlm, blk KL ari ahad. Adoooohhhhhh..... rasa hepy bila dorg nak kawen, tp sangat sedih kalu tak dpt dtg ok. T_T



Eyh, sambung balik psl cuti. Ni aku apdet blog ni pun sbb sistem HRMIS tu tetiba tak bole bukak. Kalu ikutkan esok la patutnya tapi arini entah kenapa. Aku kena print out kan penyata cuti suma pegawai. Lagi2 psl 2 org tu yg kene buat tanggung keje tu kan. Kalu tak tergendala jgk la keja. Hurrrmm... Aku tanak jadik mcm awal tahun aritu. Yela, kan aku cuti kan, lama pulak tu. Sampai mak aku bole tnya nape aku cuti lama sgt. Yela, sbb cuti bkn pada hari raya, mmg le kene tnya. So suma psl cuti ni yang patutnya aku siapkan, tapi aku x smpat nak siapkn, tp org len yang buat, alih2 aku yang kene hentam terok. Oh, takmo dahhh... Aku kalu bole tak suka jugak org buat keje aku. Keje aku bia aku le setelkn. Kalu ko reti sgt ko amik suma pi buat sampai siap. Hah, gitu le. Lagi aku ni jenis tak bole kene desak, kene paksa, gtu la.. Aku kalu ada keje, kalu mood tgh rajin, mmg nak pulun buat suma sampai siap, sampai keje abis, sampai meja kembali kemas, kembali licin tanpa sebarang keja yang berlambak. Kadang over tau. hahahaaa.. tapi begitu la aku. Tapi kalu aku malas, hah mmg malas giler2 sampai fail2 byk nak berapdet pun aku buat dunno je. Nampak tak kemalasan aku tu??? kihkihkih... kdg aku punya rajin ngan malas mmg sama2 over tau. huahuahuaa.. :-P



Kadang kalu kene tegur tu, takdela aku sampai nak melenting pun. Aku dengar jela. Tadah je telinga. Nak melawan balik mmg tak kosa la aku. Eyh, kadang ada msanya mmg aku menjawab ok.. hahahaa.. Sbb aku pikir mcm2. Aku pikir yang aku paling muda kat opis aku, kat bahagian aku ni, so tak baik melawan2. Dengar je suda. Makan dalam ke, sentap ke, itu aku jela. Sbb pikir nak sentiasa disenangi ramai kan, *yeke disenangi??* nak keje lama kat sini *tp dh mntak pndah dah* so kene la baik2 je. Mcm lagu Wali Band tu, Baik2 Sayang tuu.. gituuu.. Lagipun aku ni jauh dr family, kat sini takda sapala sgt. Yg ada pun kwn2 kat opis jela, ngan kwn2 serumah. Ada pape kang ngan dorg jgk le nak mengadu kan.. Kalu ikutkn aku ni jenis keras kepala jugak tau, kuat melawan pun iye, degil tahap tak bole nak bendung lagi dah.. Hehe... Kadang2 kalu aku dah marah sgt tu mmg mulut aku jela tak reti nak diam. Menyumpah seranai bagai kat org mmg tak dinafikn dah. Hihiii... :-D


Eyh, ni dah bukan mcm ujung tahun nya cite ni, ni dh mcm luahan sepanjang tahun. Hahahahaa.. takpa, takpa, bkn salu pun kan. Ni baru btl2 meluah perasaan. Ni baru btl2 luahkan apa yang ada dlm hati, dlm fikiran.. gituuu.. Ni kalu menulis dalam buku diari yg btl2 ni, sah2 tangan aku krem gara2 pegang pen. Nak tulis karangan sebanyak ni mmg pitam la wei. Ni pun menaip dah aku rasa kebas je jejariku menari atas papan kekunci. Wah, ayat... hahahaaaa...  



Comments

Popular posts from this blog

JALAN-JALAN KE PADANG BESAR

Warded.

Resdung