Showing posts with label Jalan2. Show all posts
Showing posts with label Jalan2. Show all posts

16/11/2012

Langkawi @De Baron Hotel... On 08-11/10/2012.


Assalamualaikum...


Lama aku menghilang..lama jugak aku menyepi..bukanla ada kenapa2, bukan jugak ke mana2.. Heheheee.. kemaen lagik mukadimah ayat aku kan, sungguh la tak ble blah!!!


Ok la, bulan lepas aku kursus kat Langkawi. Sbb tu tak sempat nak berapdet blog. Tapi sebelum aku pi langkawi tu lagi sebenarnya komputer aku nih dah wat hal. Memula tu tak bole nak bukak internet. Bukak kejap je pastu tutup balik. Tengah syok2 baca entry2 org, tetiba internet hang. Lama2 trus tak bole nak bukak plak dah komputer aku ni. Last2 sempat jugak la di baiki. Itu pun mintak tolong ngan org2 teknikal kat opis aku ni jgk. Thankz a lot!!!


Isnin aritu baru aku masuk opis balik. Masuk2 je tgk atas meja kemaen banyak fail berlambak. Ok, keja sedang menanti. Itu perkara biasa. Tapi aku yang tak biasa la, bukan trus nak buat. Brtangguh kemaen lama lagik. Hahahahaa.. sungguh la dasar pemalas!!!



Ok la, sambung story psl pi Langkawi bulan lps. Hihihi... memula dapat tau, memang sangat excited dah. Teruja yang teramat sangat. Sbb dgr cita org kata Langkawi best!! So ari isnin kitorang bertolak dari opis dalam pukul 8am gtu. Perjalanan memang sangat jauh. Sampai kat Kuala Perlis dalam pukul 2pm. Dhla naek bas, sakit bontot aku. Kali kedua aku naek bas utk perjalanan yang sgt jauh. Kali pertama masa balik dari Kelantan bulan 9 lepas raya aritu..


Sampai kat Kuala Perlis je terus carik kedai sbb lapar. Masuk kedai aku terus bedal nasik. Aku tengok member laen suma dok makan laksa. Aku pun pelik. Sedap sangat ke??? sedap le kut bagi dorang kan. Selera dorang memang kena la. Kalu tekak aku memang tak le kut. Dah setel makan, dalam pukul 4pm gtu baru gerak naek feri. Masa naek feri sempat hujan jugak la. Hujan renyai2.



Sampai Langkawi terus naek bas pegi hotel. Kitorang stay kat De Baron Hotel. Bilik ok la. Not bad. Ada 2 katil queen saiz. Sangat la best giler. Aku sebilik ngan kak leen. Ok, sekepala jugak. Lagi ohsem. Hahahahaaaa... Jap, aku cari gambar. Nak tunjuk ler...





Ni lorong bilik..bkn lorong haji taib.

dalam dewan kuliah

Tuan Penceramah. Aku lupa dah pa nama encik ni.


tugasan.

akak2 kumpulan sebelah meja

kumpulan meja sebelah punya sebelah

Kak Che, ahli kumpulan aku






gula2. Harus ada setiap kali kursus.

pemandangan suasana bilik di waktu malam dari belakang. Kat sini mengadap pantai.



kolam renang. Aku memang super teruja jugak kalu jumpa kolam renang ni. Walaupun tak reti berenang sgt, tapi aku mmg xcited. HIhihiii...

pantai


laut.. ada kapal2 belayar.

tepi pantai


ni kak Yuvarani. Dia mmg begini. Hihihi..

dia lagik.

dan dia..

dia sokmo!!!

Dorang cakap pulau tu macam bentuk penyu. jadi sebab tu aku pun amik gambar jgk.







Tu jela gambar2 sepanjang aku kat Langkawi bulan lepas. Aku macam takda mood sangat nak bergambar. Entah. Kalu sebelum ni, pegi mana2 je mesti nak bergambar. Sakan ok. Tapi kali ni, mcm sesuatu sangat. Huhu.. Ok la, janji ade kan...








p/s -> finally.... T_T






06/09/2012

Cerita Selepas Raya yg Masih Dlm Bulan Raya.

Assalamualaikum...



Aku mengantok sebenarnya ni.. ni suma gara2 makan nasi lemak masa brekfes pagi tadi. Weeeiiiiiiii, betol2 sangat tak suka!!!!! Fail atas meja aku sangat byk jugak. Nak kena apdet lagik. Haih, malasnye!!! Aku paling tak suka macam ni tau. Kang nak buat apa saja kerja pun tak bole. So, aku merajinkan diri aku untuk apdet blog aku yang dah lama terabaikan. Lama tak lama tapi tetap dah terabai jugak kannnn...



So, kasi aku bercerita masa aku pegi Kelantan aritu. Aku pegi bukan sekadar suka2, atau untuk berholiday menjadik kanak2 riang ria ribena beri. Aku pegi hantar adek aku mendaftar kat Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Nak dijadikan cerita, hari khamis, 30/08/2012, kakak aku, ngan adek pompuan aku naek flight dari Miri ke KL. Dorg smpai jam 12.00am. So kitorang gerak la balik umah sewa aku kat Kpg. Baru.


Esoknya plak, hari Jumaat, aku kena pegi Bukit Jalil. Masa tu kan ade sambutan Merdeka kat situ. So aku adalah salah sorang yang meriuhkn lagi suasana kat Bukit Jalil masa tu. Heheee. Kakak aku, ngan adek aku tu, termasuk ngan kazen aku skali, dorg suma tu x ikut sebab aku nak bwk dorg join skali pun aku tak brani kan. Sbb aku ingt tmpat duduk masa tu mmg di reservedkn. So takut kang org len yang spatutnya duduk takda tempat duduk plak. So dorg bertiga pun  pegila jalan2 ngan member kakak aku.


Malam tu plak, aku balik memang sangat lewat. Yela, aku stay sampai majlis tu abis. Tapi masa aku balik tu, dah dekat jam 12.00am, majlis tak abis lagi pun. Ade lagi artis2 dok menyanyi. Sampai umah masa tu, dekat2 jam 1lebih dah. Dorg kakak aku plak tak balik2 umah lagi. Aku masa tu pelik, heran dan bengang sebab dorang tak reti2 nak balik. Masa tu, memang sgt penat, letih, dan mengantok. Aku pegi mandi, kasi bersih2 badan, bagi segar. Lepas aku mandi tu, dalam pukul 2lebih baru dorg balik. Memang tak sempat nak tido dah..



Masa kat umah tula baru aku terasa lapar yang teramat sangat. Sebabnya seharian kat Bukit Jalil langsung takda makan nasi tau. Ada makan tapi bukan makan nasi. Sebab tu lapar tak hengat!!! Dalm pukul 3 kitorang 3beradik makan. Dah rasa macam sahur plak. Hihiii.. Pukul 4am plak gerak pegi LCCT. Member kakak aku yang hantar. Aku kat dalam kete dah tersengguk2 kepala sebab mengantok.



Pukul 6lebih pagi tu naek flight plak pegi Kota Bharu. Dalam kapal je aku bole tido. Itu pun hanya untuk beberapa minit sebab KL-Kota Bharu bukan le lama mana pun kan.. Kali ke2 aku ke Kelantan, dan 1st time utk kakak dan adek aku. Ok la, meh layan gambar sikit. Kang aku bercerita macam ni korang plak tak puas kan... ye dak?? hehe... Tak pasal2 penat menaip je haku.. huahuahuaa..



Kami 3beradik..

kami bertiga lagi..

Ni la adek pompuan aku yang masuk UMK tu.

Ni suma pelajar2 UMK yg sama flight ngan kitorang dr KL. Budak ujong, yg pki tdung itam, pki spek salah sorg dorg punya sukarelawan. Sgt rasa bertuah dan beruntung sbb soal pengangkutan dr epot nak ke UMK tu setel sbb dorg ni dah uruskn.

dapat cari mana adek aku.. hihii...

Kat sini plak dewan serbaguna yang dikhaskn untuk ibubapa pelajar. Kitorang kena duduk kat sini menunggu sementara pelajar mendaftar.

Suasana pendaftaran.

Ramai je makbapak pelajar yang datang.

pompuan india tu aku tak tau sapa..kehkehkeh...:-P

ramainye orang...

Ok, my youngest sister... we spotted u!!!

Dalam bilik adek aku. 1bilik 4katil, 4orang. Suma ada. Katil, loker, ngan meja study.

Adek aku masuk lambat, dia dapat katil paling ujong dekat tingkap tu.

Itu mereka.. kakak aku sempat baca novel lagi masa ni.

Adek aku, kakak aku..


Katil adekku.. masalah masa ni. loker yang adek aku dapat tu xbole nak bukak. So xbole nak susun brg lagi masa ni. Meja study adek aku plak, pintu rak tu dah rosak, dah tertanggal. Kesian je aku tengok adek aku masa ni. Macam nak nanges pun ada.. tapi tahan jee..

Atas meja study adek aku tu penuh je ngan minuman kotak ngan roti gardenier. Pihak U yg bg. Dorg sediakn utk ibubapa pelajar.

Suasana dalam bilik..



Dalam bilik air.. Dekat je ngan bilik adek aku.

bilik jemur kain.. aku rasa tak muat ni kalu suma pelajar dok sidai pakaian kat sini..

suasana pemandangan dari atas..




Masa ni kitorang nak kluar. Pegi kedai2 berdekatan carikan barang2 keperluan utk adek aku. Ada lg barang dia yang tak lengkap.






Seharian kat situ memang sangat meletihkn dan sangat memenatkan. Bejalan dari sana ke sini, dalam cuaca yang panas terik memang suatu yang agak mencabar jugak la. Tak pasal2 muka sunburn macam berjemur kat pantai. Huhuuu...


Petang tu jugak, lepas zuhur aku ngan kakak aku gerak pegi Kota Bharu sebab nak beli tiket bas. Aku memang tak plan pun nak stay kt Kelantan masa tu. Memang ingat nak balik je sbb cuma fikir nak rehat & tido jek. Sampai kat KB tu nasib baik tiket pegi KL ada lagi. Kalu tak, mau tak mau memang kena stay Kelantan jugak la.


So malam tu bas bertolak 8.45mlm. 1st time aku naek bas utuk perjalanan yang sangat jauh. Sakit bontot duduk lama2. Kebas weyh!!! Pukul 5.00pagi bas sampai KL. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik sumanya selamat walaupun petang sebelum gerak tu hujan kat KB sangat lebat. Dan yang paling penting, urusan pendaftaran adek aku pun sumanya lancar tanpa sebarang masalah.


Masa kat sana, aku memang rasa sedih. Rasa nak nangis je tau. Lagi2 masa nak balik tu. Sebak giler aku tengok adek aku.Tapi adek aku tak nangis la. Tapi tak tau la masa kitorang dah balik ni kan. Aku tanya kakak aku, mak ngan bapak nangis tak masa dia hantar korang kat epot Miri tu?? kakak aku cakap, mak tak nangis pun.. Yang nangisnye bapak aku. Masa aku dengar cite kakak aku, airmata memang dh bergenang. Tapi aku tahan. Takmo la nangis2. Apa2 pun, aku doakn dan aku harapkn yg trbaik utk adek aku. Semoga dia pandai2 la jaga diri selama berada kat tempat orang tu. Dan yang paling penting, kena belajar rajin2, belajar betol2. Apa sekalipun, kena ingat ngan makbapak di Miri.


So lepas ni, aku dah ada tanggungan. Hahahahaaaa... kena tanggung adek aku. Kena kasi duit belanja dah pasni. Kena pastikn dia sentiasa baik2 saja.




pssstttt...-> gambar raya aku tak masukkan lagi.. nanti la eyk.. hihii.. sory...

TAHUN 2019.

Assalamualaikum... Lama tak update blog. Last update semua cuma tinggal jadi draft. Sedih nau blog aku ni..semakin sendu nampaknya. Ok, just...