Showing posts with label Adekku. Show all posts
Showing posts with label Adekku. Show all posts

06/09/2012

Cerita Selepas Raya yg Masih Dlm Bulan Raya.

Assalamualaikum...



Aku mengantok sebenarnya ni.. ni suma gara2 makan nasi lemak masa brekfes pagi tadi. Weeeiiiiiiii, betol2 sangat tak suka!!!!! Fail atas meja aku sangat byk jugak. Nak kena apdet lagik. Haih, malasnye!!! Aku paling tak suka macam ni tau. Kang nak buat apa saja kerja pun tak bole. So, aku merajinkan diri aku untuk apdet blog aku yang dah lama terabaikan. Lama tak lama tapi tetap dah terabai jugak kannnn...



So, kasi aku bercerita masa aku pegi Kelantan aritu. Aku pegi bukan sekadar suka2, atau untuk berholiday menjadik kanak2 riang ria ribena beri. Aku pegi hantar adek aku mendaftar kat Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Nak dijadikan cerita, hari khamis, 30/08/2012, kakak aku, ngan adek pompuan aku naek flight dari Miri ke KL. Dorg smpai jam 12.00am. So kitorang gerak la balik umah sewa aku kat Kpg. Baru.


Esoknya plak, hari Jumaat, aku kena pegi Bukit Jalil. Masa tu kan ade sambutan Merdeka kat situ. So aku adalah salah sorang yang meriuhkn lagi suasana kat Bukit Jalil masa tu. Heheee. Kakak aku, ngan adek aku tu, termasuk ngan kazen aku skali, dorg suma tu x ikut sebab aku nak bwk dorg join skali pun aku tak brani kan. Sbb aku ingt tmpat duduk masa tu mmg di reservedkn. So takut kang org len yang spatutnya duduk takda tempat duduk plak. So dorg bertiga pun  pegila jalan2 ngan member kakak aku.


Malam tu plak, aku balik memang sangat lewat. Yela, aku stay sampai majlis tu abis. Tapi masa aku balik tu, dah dekat jam 12.00am, majlis tak abis lagi pun. Ade lagi artis2 dok menyanyi. Sampai umah masa tu, dekat2 jam 1lebih dah. Dorg kakak aku plak tak balik2 umah lagi. Aku masa tu pelik, heran dan bengang sebab dorang tak reti2 nak balik. Masa tu, memang sgt penat, letih, dan mengantok. Aku pegi mandi, kasi bersih2 badan, bagi segar. Lepas aku mandi tu, dalam pukul 2lebih baru dorg balik. Memang tak sempat nak tido dah..



Masa kat umah tula baru aku terasa lapar yang teramat sangat. Sebabnya seharian kat Bukit Jalil langsung takda makan nasi tau. Ada makan tapi bukan makan nasi. Sebab tu lapar tak hengat!!! Dalm pukul 3 kitorang 3beradik makan. Dah rasa macam sahur plak. Hihiii.. Pukul 4am plak gerak pegi LCCT. Member kakak aku yang hantar. Aku kat dalam kete dah tersengguk2 kepala sebab mengantok.



Pukul 6lebih pagi tu naek flight plak pegi Kota Bharu. Dalam kapal je aku bole tido. Itu pun hanya untuk beberapa minit sebab KL-Kota Bharu bukan le lama mana pun kan.. Kali ke2 aku ke Kelantan, dan 1st time utk kakak dan adek aku. Ok la, meh layan gambar sikit. Kang aku bercerita macam ni korang plak tak puas kan... ye dak?? hehe... Tak pasal2 penat menaip je haku.. huahuahuaa..



Kami 3beradik..

kami bertiga lagi..

Ni la adek pompuan aku yang masuk UMK tu.

Ni suma pelajar2 UMK yg sama flight ngan kitorang dr KL. Budak ujong, yg pki tdung itam, pki spek salah sorg dorg punya sukarelawan. Sgt rasa bertuah dan beruntung sbb soal pengangkutan dr epot nak ke UMK tu setel sbb dorg ni dah uruskn.

dapat cari mana adek aku.. hihii...

Kat sini plak dewan serbaguna yang dikhaskn untuk ibubapa pelajar. Kitorang kena duduk kat sini menunggu sementara pelajar mendaftar.

Suasana pendaftaran.

Ramai je makbapak pelajar yang datang.

pompuan india tu aku tak tau sapa..kehkehkeh...:-P

ramainye orang...

Ok, my youngest sister... we spotted u!!!

Dalam bilik adek aku. 1bilik 4katil, 4orang. Suma ada. Katil, loker, ngan meja study.

Adek aku masuk lambat, dia dapat katil paling ujong dekat tingkap tu.

Itu mereka.. kakak aku sempat baca novel lagi masa ni.

Adek aku, kakak aku..


Katil adekku.. masalah masa ni. loker yang adek aku dapat tu xbole nak bukak. So xbole nak susun brg lagi masa ni. Meja study adek aku plak, pintu rak tu dah rosak, dah tertanggal. Kesian je aku tengok adek aku masa ni. Macam nak nanges pun ada.. tapi tahan jee..

Atas meja study adek aku tu penuh je ngan minuman kotak ngan roti gardenier. Pihak U yg bg. Dorg sediakn utk ibubapa pelajar.

Suasana dalam bilik..



Dalam bilik air.. Dekat je ngan bilik adek aku.

bilik jemur kain.. aku rasa tak muat ni kalu suma pelajar dok sidai pakaian kat sini..

suasana pemandangan dari atas..




Masa ni kitorang nak kluar. Pegi kedai2 berdekatan carikan barang2 keperluan utk adek aku. Ada lg barang dia yang tak lengkap.






Seharian kat situ memang sangat meletihkn dan sangat memenatkan. Bejalan dari sana ke sini, dalam cuaca yang panas terik memang suatu yang agak mencabar jugak la. Tak pasal2 muka sunburn macam berjemur kat pantai. Huhuuu...


Petang tu jugak, lepas zuhur aku ngan kakak aku gerak pegi Kota Bharu sebab nak beli tiket bas. Aku memang tak plan pun nak stay kt Kelantan masa tu. Memang ingat nak balik je sbb cuma fikir nak rehat & tido jek. Sampai kat KB tu nasib baik tiket pegi KL ada lagi. Kalu tak, mau tak mau memang kena stay Kelantan jugak la.


So malam tu bas bertolak 8.45mlm. 1st time aku naek bas utuk perjalanan yang sangat jauh. Sakit bontot duduk lama2. Kebas weyh!!! Pukul 5.00pagi bas sampai KL. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik sumanya selamat walaupun petang sebelum gerak tu hujan kat KB sangat lebat. Dan yang paling penting, urusan pendaftaran adek aku pun sumanya lancar tanpa sebarang masalah.


Masa kat sana, aku memang rasa sedih. Rasa nak nangis je tau. Lagi2 masa nak balik tu. Sebak giler aku tengok adek aku.Tapi adek aku tak nangis la. Tapi tak tau la masa kitorang dah balik ni kan. Aku tanya kakak aku, mak ngan bapak nangis tak masa dia hantar korang kat epot Miri tu?? kakak aku cakap, mak tak nangis pun.. Yang nangisnye bapak aku. Masa aku dengar cite kakak aku, airmata memang dh bergenang. Tapi aku tahan. Takmo la nangis2. Apa2 pun, aku doakn dan aku harapkn yg trbaik utk adek aku. Semoga dia pandai2 la jaga diri selama berada kat tempat orang tu. Dan yang paling penting, kena belajar rajin2, belajar betol2. Apa sekalipun, kena ingat ngan makbapak di Miri.


So lepas ni, aku dah ada tanggungan. Hahahahaaaa... kena tanggung adek aku. Kena kasi duit belanja dah pasni. Kena pastikn dia sentiasa baik2 saja.




pssstttt...-> gambar raya aku tak masukkan lagi.. nanti la eyk.. hihii.. sory...

21/06/2012

Tatau Nak Letak Tajok Ape So Bia Korang Sendirik Kasik Tajok...

Assalamualaikum...




Ikutkan hati awal pagi tadi lagi aku nak apdet blog ni.. Tapi baru skang berkesempatan. Ok, pagi tadi pi keja aku datang dari Kampung Baru. Malam tadi aku dah angkut sikit2 barang dari umah lama. Yang tinggal pun katil, tilam, almari, rak buku, ngan penyidai tuala, ngan penyidai beroda tu. Eyh, ngan laptop Compact aku jugak. Kalu ikutkan, patutnya ari selasa tu aku dah bawak suma barang2 tu, tapi sebab ada hal2 yang tidak dapat dielakkan so tak jadik laaaa..



Oh ye, petang semalam kan Kak Azna ada bawak durian. Sape bagi entah aku pun tak tau. Malas nak amik kesah sebab aku memang tak kesah pun. Cuma tu jela, aku TAK SUKA DURIAN. Tak pecaye??? pecaye la weiiii... Rugi ke??? idak le jugak. Kadang aku rasa macam best jek tak suka durian. Sebab orang len suma bizi nak suka makan durian tapi aku jek tidak. Hek elleeehhhh.. tak heran pooooonnnnnnn.. hahahaaahhhh... Dalam family, memang aku sorang jela yang bukan pemakan durian. Tak suka bah. Bau durian sangat kuat sampai bole bikin sakit kepala. Pagi tadi masuk opis, bukak2 je pintu semerbak giler bau die. Idak le harum beno, tapi menyengat sampai aku pun dah teruweekk2. Aku dahle posa arini, sat gi kalu termuntah kan dah 1 hal batal pulok dah posa tu. Huhuhuuu... jangan wei, tengah pulun ni nak ganti posa selama 7hari. Ha'ah, taun lepas kan masa bulan posa ramadhan tu ABC seminggu. Hikhikhikkk... Ni pun ada lagi 4ari. Masuk arini aku dah berposa baru 3 ari jek. Huhuuu...


Pagi tadi sahur pun makan sedap dap dap dap. Ita masak. Tak sangka aku ita masak sedap camtu skali. Hikhikhik...Aku dah cakap ta, mesti aku terbayang punya makanan pagi tadi ni. Adeeeehhhh.... Ita cakap dia nak masak asam pedas, skali yang jadik sambal ikan pedas. Tapi takla pedas beno, sedang2 la. Pedas2 manis gtuu.. Makan pulak ngan nasi panas2, perrgghhhhhh.... sedap wei. Terangkat haku!!!! Heheheee... Tima kaseh ita, u make my sahur..eh, tetibaaaaaa.. hahahaaahh...



Tadi sampai opis kan awal lagik. Lagik awal dari bos. hihiii.. Aku tengok dah pukul 7lebih gtu. So aku kol mak. Lame dah nak kol, tapi tak terkol2 pun. Lama jugak borak pagi tadi. So aku pun storymory la kat mak aku pasal perpindahan ku dari selayang ke kampung baru. Aku ceritakan segala macam sebab dan alasan. Mak aku ok. Dia bole terima. Lega hatiku. Tima kaseh mak, kerana memahami. Hihiii..  Pastu mak aku bagitahu la yang adek bongsu aku tu pegi Johor pulak arini. Sebab nak lawan men ragbi. Uiiih, tak sangka plak aku yang adek aku tu pun aktif ragbi. Hahahaahh.. Padahal adek aku tu kan baru je balik dari PD minggu lepas. Dia datang PD ngan 3orang kawan die yang len. Dorang 4org tu terpilih pelajar terpandai pegi buat lawatan kat PD. Sayangnye aku tak sempat nak jumpa. Alahaiiii... cian adek aku. Takpe ah, balek kampung kang aku kenalah belikan dia jam tangan G-Shock yang dia nak sangat tu...



Ok la, dah tak tau camne endingkan entry. Babaiiii jela eyk.. ok, baiiii... hikhikhik... >_<


28/12/2011

Adek Bongsuku dapat 8A dlm PMR!!!

Assalamualaikum korang suma...


Seperti yang kita suma dah sedia maklum, keputusan PMR dah lama kuar kan. Ramai pelajar yang dapat result gempak berabis. Besela, budak skang suma pandai-pandai. Celik IT yooo. Zaman aku dulu pun takdela result gempak cam dorang punya tu. Sebab kitorang dulu pun xdela pandai cam budak skang. Akula itu budak yang tak brapa nak pandai itu..huurmmmm..T_T.. huhuuuu..


Tapi kalu nak dibandingkan aku dengan 3 orang lagi adek yang ada, memang sure aku yang kalah. Dorang ber3 ni bole la dikatakan geliga jugak otak. Kalu tak, idak le adek bongsu aku tu bole dapat 8A dalam PMR nya taun ni. Yah, TAHNIAH le Hamirul Hasbi. Ko memang pandai le dek. Tak sia-sia masok skolah Sains. Heheheee...


Kakak yang sulong plan nak belikan dia NOTEBOOK. Aku pulak??? tak tau lagi ni korang.. Hagak-hagak la kan, apa patut aku bagi??? Petang semalam adek bongsu aku tu kol la. Kunun nak tagih adiah. Macam-macam dia mintak tau. Mula tu cakap nak PS2, sebab PS2 yang dulu yang abg kitorang belikan kat Singapore tu dah rosak. So dia nak yang baru. Pastu tukar pulak nak PSP kunun. Menatang hapa PSP tu aku pun kureng arif la. Borak punya borak punya borak, tetiba dia cakap nak IPAD plak. Hah kauuuuu, very da advance yuuuuu.. Aku yang dok kije kat keyel ni pun tak pakai lagik menatang IPAD tuuu.


Abis ilang suma duit smpanan aku kat ASB tu kalu korek untuk beli kat dia IPAD. Bila aku cakap nak beli kat dia HANDPHONE, dia tanak pulak. Dia jawab kunun dah busan pki tepon. Tepon yang dia dok pki skang ni pun dah ok2 jeeee.. Last skali, tau tak dia mintak mende???? Dia mintak aku beli kat dia MOTORSIKAL!!!


Mau terkeluar jantung dengan hati dalam badan ku yang masih bernyawa mendengarnya. Ko gila apa Amir mo suh kakakmu ni belikan ko motor??? Kang tak pasal-pasal ada jugak aku tak kawen-kawen sebab abis duit bayar duit motor bulan-bulan yang tak abis-abis. Aku kat sini jangankan IPAD, lesen MOTOR pun aku takde lagi tauuu.. huahuahuaaaaa...


Juz wait and see jela ye dek apa bakal aku bagi. Yang pasti, InsyaAllah, pasti ada habuan buatmu dia atas kejayaan dan kecemerlangan mu. Apa-apa pun, belaja leklok. Itu yang penting. 2taun lagi mo amik SPM pulak kan. Kalu result lagik gempak macam skang, InsyaAllah, lagik gempak jugak la habuannya.













Ok, tima kaseh sudi baca!! Sayang korang!! ^_^







TAHUN 2019.

Assalamualaikum... Lama tak update blog. Last update semua cuma tinggal jadi draft. Sedih nau blog aku ni..semakin sendu nampaknya. Ok, just...