06/08/2014

Cerita Raya Aidilfitri #Syawal2014

Sabtu lepas 2hari sebelum raya dah balik kampong. Aku balik Miri macam biasa. Dah setahun x balik. Hebat tak?? eheee... Kali ni balik sebab raya la. Kalau ikutkan aku tanak balik pun.. hahahaa... berani?? cubelah!!! Flight mcm bese, amik awal pagi, so jumaat malam tu dah gerak pegi epot KLIA2. Hari jumaat tu aku keje lagi tau. Pegi opis macam bese. Padahal barang2 kat umah x packing lagi. Petang tu plak aku balik agak lambat sbb kelam kabut baru nak checkin la, nak print boarding pass plak la. Kira aku jgk la paling last kuar opis aritu. Sampai umah terus rasa macam xtau camne nak packing sume baju2, kuih2 raya dgn sume barang yg nak bawak balik. Sbb aku risau takut terlebih berat je. dah 1 hal plak kang kena byr nanti. So kemas punya kemas, packing punya packing, finally 1 bagasi dgn 1kotak. Siap!!! Malam dalam pukul 10pm mcm tu gerak pegi epot. Dah janji dgn 2 org kawan. Dorang nak balik Tawau. So malam tu stay epot. Lepak Baskin Robbin. Awal pagi plak pindah ke Mekdi nak sahur. Opppssssss...,kantoi plakkk... heheee...

Pagi pukul 6am dah siap2, masuk barang dlm kargo, masing2 dah boarding. Aku plak x sempat nak jumpa kawan2 aku tu last minit sbb dorg punya panggilan cepat sangat. Lebih kurang jam 7 mcm tu aku pun fly blk Miri. Tempat duduk plak barisan kedua dr depan, dapat plak tepi tingkap, mmg ohsem lah!!! 2jam 15minit, separuh masa dihabiskan untuk tidur. Sedar2, masih lagi atas awan dalam kapal Airasia AK 5640. Then 9.30am selamat landing epot Miri. Aku ada satu perangai. Xtau la perangai ke, tabiat ke apa ke, tiap kali nak balik kampong kan, akan ada 1 perasaan tu rasa macam sebak je. Bila dah landing tu mesti tetiba rasa emo je, rasa tacing giler. Xtau nape. Hehehe... Masa kat epot plak, aku menunggu lebih kurang 2jam. Agak sakit hati jgk la sbb tade sapa dtg jemput. Sbb dah tak larat sangat, penat, mengantuk, dan agak sikit sentap serta kecik hati hamper nak merajuk, walaupun tak posa sbb cuti kan, so aku amik teksi suh hantar pegi stesen bas. Hampir nak naik bas je balik umah. Yela, org tgh PMS kut, mana tak kemaen emo masa tu. Hahahaaaa...

So, Raya kali ni rasa macam tak berapa nak raya sangat. Sebabnya aku kena sakit mata betul2 masa raya pertama. Seksa gile tau tak!!! Hampir 1family berjangkit. Suma pun berjangkit dr anak buah aku yang kecik tu, Iqbal. Dia yg bwk skt tu. Start jangkit dr abah dia, pi plak kt ibu dia, pastu kena kakak dia, dahtu kena plak kt anak buah yg sorg. Last2 kena jangkit kat aku. Petang raya tu mmg mata aku dh rasa len macam. Dah start gatal2, merah, berair. Memang menunjukkan tanda2 nak kena sakit mata. Malam tu bermulalah adegan tutup2 mata guna tisu. Lap2 air mata dgn taik mata yg bergenang kt mata belah kanan. Adoooooiiiiiiiiiii.... Xsempurna raya I olllsssss....!!!!

Nak jalan beraya pun macam xda mood sangat. Dalam pada xda mood sangat tu kan, raya ke2 tu sakan jgk la aku join mak aku dgn makcik2 sedara aku jalan beraya. Pegi umah sedara-mara je pun. Malam tu xda jalan mana2. Dok umah jela. Oh ye, lagi 1 nape aku rasa raya kali ni mcm x berapa nk raya sgt sbb mak aku x masak kari ayam. Hahahahaaaa... Ok, klu nak tau, fevret food aku bila raya is kari ayam. Aku suka makan kari. Tapi kat KL ni xpenah la plak aku sakan nak belasah makan kari ayam. Well, my mom chicken curry is the best!!!!! So nak makan pun mcm xbrapa nak makan sgt. Tambah pulak dengan musim durian kat kampong tu. Aku tak suka durian!!!! I HATE DURIAN SO MUCH!!!! Yah, perkara ditakuti bila balik kampong is musim durian dan ketiadaan air. Dalam keluarga, aku sorang je yg xpdulikan durian2 yang ada kt rumah tu. Tak suka ok!!!

Lagi yg aku frust pasal raya kali ni psl baju raya aku. Frust sbb baju2 suma besar. Eh, I dah kurus ok!!! Hahahahaaaa... kurus tang jari jemari jelaaaaa... hahahahaaa... Tapi seriously, baju2 raya aku sume pun menggelebeh je. Bencinyeeeeeeee..!!!!! Dah anta kt tailor mintak alter, tp x alter pun. Mencik makcik!!!!

Gambar raya??? xde sangat kut.. yg ade banyak pun gambar2 anak buah aku jela. Well, aku suka amik gambar dan bergambar. Tapi tang bergambar tu kena ada yg rajin melayan nak tangkap gambar aku lah. Tapi sbb tade, so amik gmbar anak2 buah jela. Bole tatap2.

Takde gambar ye, malas nak aplod dulu. Esok2 aku aplod gambar. Dah nama pun cerita raya kan, ofkoz cuma cerita sahaja. Hehehe... esok gambar raya pulakkkk...

No comments:

Post a Comment

Hai korang!!! Iye, silekan KOMEN ye.. Komen SiiiiKIT pun jadik laa.. Komen SaaaaTU je pun ok laa..SaaaaaaaaYang korang tauu!!! ^_^

TAHUN 2019.

Assalamualaikum... Lama tak update blog. Last update semua cuma tinggal jadi draft. Sedih nau blog aku ni..semakin sendu nampaknya. Ok, just...