Perpisahan & Kesibukan... :-(

Wei, lamanya tak apdet blog. Last aku apdet rasanya masa aku cita yg aku dah angkat brg aritu kan.. aku apdet cita pasal tinggal kenangan  ni la. Dah rasa nak nyanyi lagu Saleem pulakkk.. Hihihi.. Sedih aku rasa tauu.. Rindu ngan dorang suma kat bhagian bwh. Bukan nak ckp kat bahagian baru ni tak best, tak. Mungkin aku blm biasakn diri lagi kut. Takpe, slow and steady. Lama2 nti ok la tu.


13hb aritu secara rasmi aku bertugas di bahagian baru. 13hb tu jugak aku pi salam ngan suma staf. Mula sekali ofkoz aku jumpa bos dulu. Masa jumpa bos bole pulak aku menangis sampai abis basah lencun muka. Adooiiii... nape mesti begitu?? hurrmm... Aku tak tau aku nangis masa tu sebab sedih berpisah bahagian ngan dorang, atau jugak sedih sebab kehilangan barang2 kemas. Oh, yang tu nanti aku cerita. Hihi..


Masa salam2 peluk cium suma ngan yang len pun aku nangis jugak. Hihi.. sangat cengeng saya ni.. Ok, tak tau nak ckp ape lagi. Hihi.. Kat bahagian baru ni, sangat bizi. Walaupun keja aku tumpu kat satu keja je, tapi sangat la bizi bak hang... Suma nak urgent. Buku org tu nak kena apdet urgent, buku org ni nak urgent, suma pun nak urgent, ape je yang tak urgentnye?? adooii.. Bole jadi gila aku kalu macam ni lama2. Stres tauk!! Tapi takpa, aku salu slow and steady kan.


Aku suka tengok Kak Leen bizi buat keja, aku pn nak mcm tu, tp masalahnya aku tak tau nak buat mcm mana. Apa nak kena buat aku tak tau. Aku jadi blur. Adooooiiii... Ye aku tau kalu tak tau tu kena tanya, tp masalahnya camne kalu aku tanya tetiba kang kena mrh. Abislaaa... kang dorang melenting, aku melencun. Aku ni bkn bole sgt. Hai la hati.. apesal lembik sangat??

Terus rasa rindu nak apdet fail2 kat bahagian lama. Huaarggghhh..!!! Stail aku, kalu aku tak tau, aku mmg tanya, tp tlg tunjuk ajar btl2. Jgn men sergah2, menengking2, dan marah2. Aku tak suka org ckp ngan aku dlm keadaan mrh2 ok. Mn lg org yg dulu wat keja ni dia byk keja tak siapkan. So suma tinggal kasi kat aku setelkan. Amboi, byk cantik kan.. Apa bole buat, aku terima jela. Nak marah tak bole sangat. Kang org len pulak yg mrh kat aku balik. I is dont like!!


Bila aku mengadu kat org len, suma la dok ckp kat aku, "sapa suh ko mintak pindah".. Hello, aku tak penah mintak pindah tukar bahagian ok. Aku cuma mintak pindah tukar nak blk kmpung je tp itu pun aku tak hantar lg kat KP utk kelulusan. Huhu.. acaner tu?? Takpe, sabo jelaaa..


Ok, nanti aku sambung cerita lagi. Ada masa kang la yek. Sbb aku bizi. Pepaham jela.. huhu..

Comments

  1. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Hai korang!!! Iye, silekan KOMEN ye.. Komen SiiiiKIT pun jadik laa.. Komen SaaaaTU je pun ok laa..SaaaaaaaaYang korang tauu!!! ^_^

Popular posts from this blog

JALAN-JALAN KE PADANG BESAR

PENGALAMAN MENAIKI PENERBANGAN RAYANI AIR

Warded.