31/03/2016

Walimatul Urus Hasrina-Yandi & Majlis Aqiqah, Cukur Jambul Harith Fattah

Masa tahun baru cina hari tu kakak aku yg no2 tu kawin. Ni adalah yg ke2. Yg 1st dulu tak bertahan lama. Anggap jela takde jodoh. Kenduri tu sekali buat dengan cukur jambul dan akikah anak buah aku yang baru lahir aritu. Anak buah yang ke5 dah. Plannya nak buat masa raya nanti. Nak semua adik-beradik ada kumpul semua ramai-ramai. Tapi bincang punya bincang, last2 buat jgk masa tahun baru cina tu. Kakak aku yg 1st tu plak mmg masih dlm cuti bersalin lg. So dia pn cakap alang-alang dia x sibuk sangat, ada masa so better buat. Maka bermulalah adegan cek tiket murah sbb nak balik kampong. Aku la eksaited sebab rasa dh lama family aku x buat kenduri..hehee... So, aku dengan abang aku yg kat Johor jela yg balik. Adek bongsu yg tentera tu xdpt balik sbb dia kena pegi PD sbb ada training selama sebulan kat sana. Yg laki lg sorang tu pulak ade kerja nak kene setel jgk. So 2beradik tu jela yg tadek. Sian dorang..hehee...


masa kat epot. Kitorang cari 1 tempat then dduk lepak ctu je smpai esok pagi

Masa ni tgh beratur nak checkin. Punya ramai manusia..semua pun nak balik kampong. Maklum la, nak tahun baru cina kan..

pagi tu aku bangun pkul 4. pegi toilet mandi apa semua. Sempat mandi hokayh. Yela, kang x slesa pulak kan..





Aku dengan abang aku amik flight hari khamis, 4hb. Memang saja amik flight awal pagi sbb tak nak buang masa kan. Malam tu ktorang stay kt epot la. Nk tdo mmg x bole nk tdo sangat. Abg aku bole je slumber tdo. Sedap pulak tgk dia tdo wlupun baring gtu je..heheee.. So setel checkin, barang sume dh masuk kargo, so kami masuk dlm sbb nak boarding x lama lg dh. Flight kami sama dengan Coleen, ofismet aku. Dia blk Sibu. Nk celebrate CNY. Dalam kapal, aku dduk sbelah abg aku. Sbelah aku klu x silap pmpuan cina. Masa dekat2 nak smpai, ada la ckit kapal gegar. Sbb sblm tu pilot ada bgth yg cuaca x brapa baik. Hujan. Angin kuat. Masa kapal goyang, terasa la sgt brgegar. mcm terhentak pun ada. Aku ngan abang aku dh cuak. Takut ok. Mulut aku x abis2 sebut Allah, Allah, Allah. Sempat la jgk brzikir, istigfar bagai. Huiii. dah terbayang mcm2 jadi.  Tak lama lepas tu ok balik. Alhamdulillah, selamat mendarat. Abg ipar aku jemput kitorang.

tgh beratur untuk pemeriksaan kastam



Sampai rumah, org tak ramai sangat. Ada la jiran2 yang dekat2 dgn area rumah. Penat ok masa tu. Nk rehat2 nak tdo pun tak bole sbb terus kena buat kerja. Aku dh tukar baju je, trus amik vacuum sbb nak kemas ruang tamu. Lepas tu adala jgk tolong2 makcik2 kat bwh ruma. nk tlg masak mmg tak la. Takat angkat pinggan ngan cawan tu bole la. Hehee...

ni jemputan yang aku buat. Bole pulak lupa nk share. Buat kt henfon. Pki e-invitation punya apps. Lawa jgk aku buat kan..hahahaaaa

Mini pelamin. Kakak aku yang pilih.. Simple je. Tp pd aku ni takda la simple sgt sbb pada aku lawa kot.


Kakak aku kan nikah hari jumaat. Dia ajak aku ikut temankan dia. Eh sedang elok pulak dia ajak aku. Tak pasal2 aku rasa mcm aku pulak nak kahwin.. hahahaa.. Semua anak buah pn ikut. Ni kli ke3 aku tgk org nikah depan2. Dulu masa kakak sulung aku nikah aku x tgk pun.

Ni sebelum gerak nak pegi nikah. So bergambar dulu la kat pelamin since org tak ramai lagi kan. Ni anak kakak aku. Yg sulung. Dia ni jugak cucu sulung dl family. X sangka dh besar ank buah aku ni. Dh bujang dh pun..

Big boy dh nurek mummy. Take a good care of ur mum and ur sister ok rafiq..

Ni la dua2 anak kakak aku. So, selamat dapat bapak baru ye korang..heheee...

budak 2 org belah kanan kakak aku tu ank kakak yg sulung. Masa ni sume standby nak ikut pegi nikah.



baju biru tu Jurunikah.
Sebelum tu aku ingat bapak aku yg akan nikahkn, tp alih2 x jadi. Xpela, nanti turn aku la pulak biar bapak aku yang nikahkan. Aku nak je. Heheee..



Alhamdulillah, dah selamat. Selamat Penganti Baru korang. Semoga bahagia sampai bila2.

Keluarga bahagia..insyaAllah...
Tetiba teringat masa kat rumah aritu..Lepas abis kenduri. Aku ada pinjam laptop boyfren aku. Sbb nak transfer sume gmbar dr henfon aku pi masuk hard disk. Kan aku jd camerawoman aritu. Sbb tu gmbar byk kat aku. So lps dh transfer gmbar tu aku smbung plak hard disk kt TV sbb nak bg semua tgk gmbar2 yang aku dah amik. So tiap kli ja gambar2 dorang ni keluar, aku pun nyanyi la lagu Keluarga Bahagia tu..hehehee...Abis 1 rumah sume kecoh gelak..haiihhh...macam2. Harapnya dorang ni pun akan bahagia la kan.








Lepas setel nikah, terus balik rumah. Sambung kat rumah pulak..



Sambung duduk sanding kejap kt pelamin atas rumah. Amik2 gambar lagi.


kami 4 beradik perempuan.

Ngan bapa pulak..

Anak buah aku yg paling kecik, Harith Fattah. Dia nilah yang di cukur jambul esok paginye tu.

Amboi anak buah aku ni, kemaen lagi. Ni masa mlm lepas nikah siang td tu. 


Oh bunga telur tu aku yang sponsor. Sekali ngan pasu tempat letak bunga telur tu..



Ok korang tengok gambar la ye.. Aku dah ingat2 lupa ni..dah tak tau nak taip ape..





Ni pagi hari sabtu..Hari kejadian nak cukur jambul anak buah aku



baju kuning tu pakcik kitorang jiran sebelah rumah


abg ipar aku masa ni nangis ok..kemain lagi air mata keluar menderu2..sebak la kut tu kan.,. sebab aku pn masa ni dgr je org sume berselawat pn dalam hati ada rasa sebak..cam tacing2 gitu..lap2 ckit air mata tak nak org Nampak..heheee







Tak lama lepas tu dah setel cukur jambul penganti laki pun sampai..beserta dengan barang hantaran sume.
Masa ni kemaen kecoh lagi aku sbb nak suh abg ipar aku ni senyum,..pemalu oooiiiiiii

antara barang hantaran yg kakak aku dapat...Kasut

minyak wangi

Al-quran

beg tangan

jam tangan

telekung..lawa telekung ni..siap bersulam bagai

so suma ada 7barang hantaran tak termasuk cincin kawin tu

ni dorang duduk sanding lagi sekali hari sabtu tu..

masa ni aku tak mandi lg ok..nasib la org sekeliling yg hidu bau busuk2 tau..hahahaaaa



adek pompuan aku, dengan cikgu kitorang masa sekolah rendah dulu,, Ustazah Mawar. Dia ni pn ajar bola jarring jugak.

baju pepel tu pakcik kitorang dr Lahad Dato

kawan sekampung..dah kawen dah..muda dr aku ok

tetamu yg datang


anak kawan aku..comel kan..

















kawan2 kerja kakak aku




kami 5beradik


pempuan tudung pink tu sepupu ktorang..tgh pregnant brapa bulan tah..x lama lg nak bersalin dh tu

kakak sulung aku dan husband dia dgn anak dorang



bapak aku dgn adek bradik dia dgn speupu dia eh dgn sume la






family

keluarga

baju kuning tu mak aku..dgn seppu dia

pakcik aku..yg baju belang2 tu..adek bapak aku..dgn anak2 dia..kiranya ni mcm family dr Labuan

ni family dr Lahad Dato






So begitulah..Alhamdulillah dah setel sumanya. Dah setel majlis, aku pn setel gak apdet blog..hahahaaa...kemaen lama ok trtangguh kat draf. Hari ni baru brkesempatan. Ok, nanti aku apdet blog lg..bye...
















No comments:

Post a Comment

Hai korang!!! Iye, silekan KOMEN ye.. Komen SiiiiKIT pun jadik laa.. Komen SaaaaTU je pun ok laa..SaaaaaaaaYang korang tauu!!! ^_^

TAHUN 2019.

Assalamualaikum... Lama tak update blog. Last update semua cuma tinggal jadi draft. Sedih nau blog aku ni..semakin sendu nampaknya. Ok, just...