Sebenarnya tak naik sangat pun lah sebab tak jadi terbang pun.. Kejadian berlaku 17/03/2016 hari khamis. Aku beli tiket ni hari isnin 14/03/2016. Sebelum beli tu aku memang dah servay2 tgk mana yang lagi murah antara Airasia, MAS, Firefly. Last skali baru aku cek Rayani Air tu pun sebab last minit baru teringat yang airlines tu dah ada buat penerbangan ke Kota Kinabalu. Aku memang nak balik ke KK pun masa tu sbb mak aku kebetulan ada sana kat ruma kakak aku. So aku plan aku nak terbang ke KK, then nti ktorang pegi Labuan sama2 sbb ada kenduri kawen anak kawan bapak aku. So aku decide beli tiket Rayani Air. Lepas beli tu kemaen eksaited sebab nak naik kapal baru, kompeni baru, penerbangan baru. Haruslah teruja ok. Hari yang aku beli tiket tu, masa penerbangan adalah 12.45tengahari. Dah setel beli tiket online aku mesej kakak aku sekian sekian pasal aku nak balik KK tula. Sehari sebelum terbang, hari rabu 16/03/2016, petang lebih kurang pukul 4petang, nak dekat-dekat jam 5petang dah masa tu aku dapat mesej dari Rayani Air yang mengatakan penerbangan yang akan aku naiki tu RN 130 ke KK esoknya telah ditunda ke pukul 6.40petang. Ada dapat emel sekali. Then lepas tu aku terus call Rayani Air punya ofis. Lama tunggu baru nak berjawab. So aku tanye la, betul ke flight esok kene tunda?? so staf Rayani Air cakap betul la. Kene tunda ke pukul 6.40 petang. Lepas je dapat info tu aku terus call Sate Kajang plak sebab nak bagi tau dorang yang aku tak jadi nak amik awal sate yang aku dah oder tu. Kakak aku dekat sabah tu mintak aku bawakn sate kajang. Yang dah siap di bakar. Aku dh oder 2hari sebelum dan aku pun dah bagi tau staff sate kajang yang aku akan datang amik sate tu jam 10pagi. Tapi disebabkan flight dah kene tunda so aku pn bagi tau aku nak amik sate tu lebih kurang jam 1petang. Nasib jugak la staff sate kajang ok walaupun sebelum tu sempat la jugak dorang mcm tak setuju.
|
Tiket yang aku beli online. Masa ni aku memang beli 1way je. |
Hari kejadian, khamis 17/03/2016 aku keluar dari rumah lebih kurang jam 1230tengahari. Singgah kedai minum jap pekena milo ais. Heheheeee... panas kut time tu. Sebab tu dok terbayang je milo ais. Setel milo ais segelas, aku pi Maybank area situ jugak sebab nak setel suma urusan bankin duit byr itu ini. Lebih kurang jam 2.30petang urusan kat Maybank setel aku pun pegi tunggu teksi mintak hantar ke KL Sentral. Sebelum nak pi KL Sentral tu aku mntak singgah Sate Kajang sebab nak amik sate yang aku dah oder tu kan. Lepas amik sate terus pecut ke KL Sentral. Sampai KL Sentral macam biasa terus beli tiket bas, pastu mintak staf situ tolong wrap aku punya kotak sate tu. Setel suma lebih kurang jam 3petang bas gerak ke KLIA 2. Then masa dalam bas tu, sekali lagi aku dapat mesej dari Rayani Air yang mengatakan flight aku hari tu ditunda lagi ke pukul 10malam. Masa dapat mesej tu aku dah serba tak kena sebab memikirkan abang ipar aku nanti nak datang jemput kat epot KK sana tu mcm dah lewat sangat sebab kalau terbang jam 10malam sah-sah sampai KK sana dah jam 12tengah malam. Lewat sangat hoiiiiiiii.... So aku pun mesej lagi kakak aku kat Sabah tu bagi tau dia tak payah suruh abg ipar aku jemput. Sebab aku ingat bia jela aku stay epot sbb bukan x biasa pun kan..Then aku bagi tahu kakak aku lagi, esok pagi jela jemput aku sebelum nak gerak ke Labuan tu.
Lebih kurang pukul 4petang bas sampai kat KLIA 2. Sampai2 je aku pegi makan dulu. Lapar ok. Pegila makan kepsi dulu bagi hilang lapar sebab dah tau flight dah kena tunda kan. Lepas makan terus naik tingkat 3 pegi kaunter Rayani Air. Aku tanya lagi sekali sebab nak konfemkan betul2 kan. So staf situ bagitau memang kena tunda. So dorang ada bagi vocher untuk tebus makan kat Restoran mamak yang kat ujung sebelah Kenny Rogers ke klu tak silap. Tapi restoran tu memang paling ujung la pun. Dapat je vocher aku terus pegi cari restoran tu. Sampai restoran, aku cari tempat duduk sbb nak lepak situ je sampai bukak kaunter untuk checkin sebab staff Rayani tu tadi bagitau jam 8malam kaunter bukak. So aku masuk duduk lama jugak la sebab aku masi kenyang masa tu. Kan dah melantak kepsi tadi :-P ...
|
Vocher makan |
Masa dapat vocher ni, aku tanya staff Rayani lagi, vocher ni untuk makan dalam kapal nanti ke?/ dorang jawab, bukan. Vocher tu untuk tebus makan kat restoran mamak tula. Kiranya macam dorang nak tebus la kut kesalahan dorang sebab dah tunda penerbangan penumpang semua tu kan. Mungkin cara dorang bagi makan free ni kira mcm nak hilangkan lapar sementara menunggu la tu. 1 vocher ni untuk seorang. Kat restoran tu nanti dorang dh sediakan senarai makanan yang kita boleh pilih untuk makan. Air cuma ada mineral water, air sirap dengan teh o ais. Makanan yang aku ingat ada nasi goreng cina, nasi putih lauk sayur dan ayam/ikan goreng dengan ape lagi tah lupa dah plak. Jam 6petang tu baru aku tebus vocher tu. Tu pun aku oder nasi goreng cina, dengan teh o ais. Ok la,not bad. Lepas makan, aku terus pegi surau dulu solat apa semua kan. Lepas tu terus pegi kaunter sebab nak checkin. Setel checkin, aku tak buang masa lagi terus masuk dalam sebab memang dah tak sabar sangat nak terbang. Masa tu terus cari pintu J11 sebab ruang menunggu untuk penumpang ke Sabah kat situ. Masa sampai kat pintu J11, aku tengok ade dah kapal Rayani dok parking. So aku beranggapan mungkin itulah kapal yang akan kami naiki nanti. Masa tu orang tak ramai sangat lagi. Mungkin ada yang belum checkin la kut kan..
So tungu punya tunggu, punya tunggu punya tunggu, orang dah mulai ramai kat dalam tu. Aku pulak dah penat, mengantuk lagi tapi still tak da nampak tanda-tanda nak masuk kapal untuk terbang. Jam 9lebih datang sorang staf Rayani pegi kat kami amik boarding pass setiap sorang dia koyakkan. Masa tu memang ingat nak masuk kapal dahla. Tetiba jam 10malam tu sorang lagi staff Rayani buat pengumuman mengatakan yang penerbangan malam tu akan ditunda ke pukul 10.40malam pulak. Masa tu aku xtau nak cakap apa. Memang rasa nak mengamuk dah. Penat, lapar,mengantuk. Orang lain masa tu aku tengok macam ada ok2 je la lagi. Sampai la masa staff Rayani buat pengumuman lagi, dia cakap kemungkinan penerbangan malam tu TIDAK AKAN BERLEPAS. Maksudnya memang tak balik la kami malam tu. So dah rugi cuti aku sehari buang masa kat ruma dan kat epot tu tadi. Masa tu yang aku dh hilang sabar. Siap aku pegi mengamuk, menjerit, menangis sampai yang menggigil tangan sebab marah sangat kat staff Rayani. Siap hempas kaunter dorang ok. Hahahaaaa... Tak penah-penah aku macam tu. Masa tu jugak la yang lain dah start hilang sabar jugak. Dah lewat masa tu. Nak dekat jam 11malam dah. Masa tu datang la sorang dua pompuan pegi kat aku sebab nak tenangkan aku. Siap usap belakang aku, minta aku bersabar. Tak lama lepas tu aku minum air, then aku keluar dari situ pegi cari plug sebab nak cas henfon. Henfon aku nak low bat dah masa tu tapi tak terbang2 jugak.
So malam tu aku mesej2 dengan kakak aku, siap balas komen org kat
fesbuk sebab aku ada update status kat
fesbuk aku pasal flight kitorang yang kena tunda berkali-kali tu.
|
Antara mesej aku dengan kakak aku..dia bagi tau yang anak buah aku tengah tunggu aku sampai sebab dorang nak pi epot jemput aku. |
Masa aku tengah mesej dengan kakak aku tu yang aku baru lepas mengamuk tadi. Time ni aku dengar lagi jam 11.30malam kami bole terbang sebab kapal dah sampai. Rupanya kapal yang aku tengok tadi tu dia terbang ke Kota Bahru, Kelantan dulu. Sebab tu masa penerbangan kami kena tunda. Tapi kan, Rayani ni yang aku dengar ada 2 kapal je. Huhuu... So sampai la ke jam 11.30malam still takda nampak tanda-tanda nak terbang. Jangankan nak terbang la, muka-muka pramugari/gara masa ni pun aku takda nampak lalu lagi. Masa ni jugak berdeter-deret dah orang yang tak puas hati. Anak kecik masa ni aku agak ada la dalam 5 orang ke lebih masa tu. Masing-masing semua ada hal urgent. Ada sorang makcik tu anak dia nak nikah hari jumaat esok tu dan cincin nikah ada dekat dia. So dia risau. Ada pulak sorang pompuan tu dia pulak yang nak kawin tapi stil tersadai kat epot tak sampai-sampai lagi. Masing-masing semua dah ade family yang tunggu dorang kat epot KK sana.
Then dalam jam 1pagi, kami masuk kapal. Pramugari/gara pun dah ade. Memang pramugari Nye sume bertudung. Bole tahan lawa la jugak. Pramugaranya pulak aku tgk ade sorang macam 'patah' . Korang tau kan maksud aku yang 'patah' tu. Paham2 jelah yer. Masa dalam kapal, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran aku, kapal tu kapal lama. Xda Nampak mcm baru pun. Lagi 1, dalam kapal tu rasa panas. Rasa berbahang ok. Terasa pun ekon. Dah setel duduk, barang suma dh simpan, pramugari/gara pun suma dh standby. Siap dh baca doa gak. Tak lama lepas tu pilot buat announce tak lama nak terbang la, menuju ke bla bla la, apa suma tu la kan. Then lama2 lepas tu aku rasa mcm xda pun tanda-tanda nak terbang jugak. Still gak x bergerak kapal tu. Yang paling tak best, enjin kapal tu pun kejap mati kejap on. Masa tula sorang abg tu mengamuk lagi. Last2 kami keluar balik dr kapal. Huru-hara dah masa tu. Bila dah semua turun dari kapal, dh keluar balik tu tadi kan, then staff Rayani cuba nak tenangkan kami la bagai. Paling aku tak bole terima, sorang pramugari/gara yang tadi ada dalam kapal tu, sorang pun takda datang pi kat kami. At least tenangkan ke, layan leklok ke since dah tersadai mcm tu. Last2 pilot yang dtg pi mengadap kami. Staff bawahan td toksah cakap la, dr mula2 aku mengamuk tu lagi asek kena marah je terus dgn sume org. Masa tu yang aku rasa paling teruk giler la service rayani ni.
|
masa ni yang jam 1lebih pagi tu..tgh beratur nak masuk kapal |
|
ni staff2 yang ada kat bawah..dorg siap tunjuk 'thumbs up' tu xtau knpa..tp aku tunjuk blk terbalikkan 'thumbs up' tu..hahaaa |
|
dalam kapal..memang nmpak cantik kan..warna warni gitu..tp kapal lama ok.. dalam ni nampak usang |
|
tu pramugara lelaki yang aku cakap 'patah' td tu..heheeee |
|
masa ni yang kami keluar balik dari kapal sebab kapal takde menunjukkan tanda-tanda nak terbang |
|
keluar balik dari kapal dengan perasaan yang kecewa, sakit hati, dan mcm2 lagi |
|
masa ni memang kami je lagi yang masih tak terbang. Tersadai dari petang bwk ke malam, bawak ke tgh malam, sampai ke pagi masa ni dekat jam 3pagi |
|
tgk akak tudung kuning tu dgn anak kecik dia. Abg yg galas beg tu, yg peluk tubuh tu, dia dr siang x mkn, lps tu ade kencing manis plak insulin pn x cucuk lg sbb xda mkn |
Ada video..jap aku try aplod..
________________________________________________________________________________
Ok, xbole nak aplod pulak video tu. Tapi xpe, try gi tgk kat
fesbuk aku. Sbb ctu aku ada aplod
video tu. Ramai org dh share..dh 1k org yang share video tu..Views pn dh cecah 100k.. Kesudahannya, jam 4pagi aku keluar balik pegi amik brg aku. Seolah2 macam kan aku baru landing je masa pegi tuntut barang tu padahal x jadi terbang pun. Sedih btl masa tu tau. Aku refund. Then naik balik pegi tingkat 3 terus pegi kaunter Airasia beli tiket yang baru ke KK. Alhamdulillah ada tiket lg. Oh, mereka2 yang lain tu tadi, ada jugak yang refund then beli tiket lain mcm yg aku buat sbb mmg nak balik. Ada jugak yang refund tapi x beli pun la tiket baru sbb memang tujuannya saja nak merasa naik Rayani sbb kapal baru. Ada jugak yang stay je sbb masa yang pilot dtg explain kat kami tu, masa tu baru staff Rayani janji akan terbang esok paginya pada pukul 7.45pagi, then sementara tu dorang akan bagi hotel la, pastu nak issue tiket baru la eh mcm2 la dijanjikan masa jam 3pagi tu. Sblm nak isi borang refund tu, aku masih berkira-kira samada nak refund then beli tiket baru, atau stay je ctu naik kapal yang sama dan terbang nanti pada jam 7.45pagi tu. Tapi last2 aku isi borang refund jgk la then beli tiket yang baru.
|
Borang refund yang aku dh isi masa tu. Dorang ckp akan di proses dlm masa sebulan ni. So last 2weeks aku ada kol Rayani bertanyakan soal ini, tp staff yg jawab kol aku bgth klu refund akan makan masa 90hari. Heiii...xpe, aku tunggu je ni. Cukup masa nanti klu x dpt balik duit aku ni memang aku pegi serang lagi Rayani air. |
|
tiket Airasia yang aku beli pagi tu last minit. Menangis tgk harga tiket |
|
6.40pagi nak terbang naik kapal airasia jugak akhirnya |
|
dalam kapal..masa ni tak sangka plak dpt naik kapal airasia yang besar gedabak gile ni. Salu naik yang biasa je tu ada 2 line je seat dia kan..tp yang ni seat dia 3,3,3 |
|
suasana dalam kapal |
|
Alhamdulillah, selamat mendarat |
Landing kat epot KK jam 9.30pagi. Masa sampai ni aku terus pegi brekfes kat kfc smentara tunggu kakak aku dtg jemput. Masa mkn tu, akak yg tudung kuning dukung anak dia dlm gambar td tu kan, ada msj aku kt fesbuk. Masa tu trus rasa mcm , eh tak sangka bole jmpa lg dlm fesbuk pdahal sblm tu x knl n mmg x friend pun la.. Dia bgth flight Rayani yang dh janji kata nak terbang 7.45pagi td tu kan last2 nya kena cancel.. video yg viral kat Siakap Keli punya page tu kan, mereka2 inilah sebahagiannya yang tak jadi terbang tu. Nasib baik masa ni aku buat keputusan utk refund dan beli tiket baru, kalau tak, maunya aku pun salah sorang di antara mereka yang pegi serang kat kaunter Rayani tu lagi. Masa ni aku dh x bole bayangkan apa perasaan mereka yang lain tu. Rasa sedih tau tak. Terasa dikhianati sangat2. Ni baru penerbangan dalam Malaysia yang x jd terbang dh rasa gini, cer bayang orang2 yang nak pegi umrah ke haji ke tu yang x jd terbang gak??? Haiihhhh...sedih hoiiiiii...
Fuhhhh..ok, dh setel cerita pasal Rayani Air. Lama aku karang asek pending tggal kat draft aje. Lepas ni nanti cerita lain plak. Ok, bye.
No comments:
Post a Comment
Hai korang!!! Iye, silekan KOMEN ye.. Komen SiiiiKIT pun jadik laa.. Komen SaaaaTU je pun ok laa..SaaaaaaaaYang korang tauu!!! ^_^