Assalamualaikum...
6.43am, kemaen awal lagi aku sampai opis pagi ni. Sampai2 je tadi aku terus nek atas pastu tengok macam takda orang pun lagi so aku turun bawah. Dok kat lobi, tunggu jela sesapa pun member opis yang datang. Last2 kul 7 tadi aku nek jugak. Sebab aku fikir kalu takda orang jugak lagik aku nak duduk kat sofa tu je. Sekali kuar lif terserempak pulak ngan kak Linda. Kusssssss semangat!!!! Terkejut aku sangat2. Heheheee.. Masuk2 opis terasa panas so pi on kan kipas. Pastu on kan komputer. Bukak emel keja, takda emel baru pun. Pastu bukak blog jugak jadik pilihan hati. Heheheee.. Pastu blogwalking la tadi...
Abis BW, aku nak apdet blog aku plak. Ni aku nak cerita la nii.. Heheee... Ok, gini. Ari sabtu lepas aku gi Kampung Baru. Stay sana sebab hosmet aku takda. Di pi Batu Pahat Ari Jumaat tu lagi. So petang sabtu tu aku gerak jugak la. Aku janji ngan Kak Abby jumpa kat Masjid Jamek pastu gerak sama balik umah dorang. Ita masa tu dia takda sebab dia kuar ngan kawan dia. Ok, takpa, aku ok2 je. So aku dah sampai umah ita kat kampung baru. Borak2 ngan kak abby. Borak2 tu nadia pulak sampai. dia ngan mak dia skali. Pastu iza pulak sampai. Oh ye, iza tu exhosmet kat ctu jugak. Aku baru kenal aritu. Dia datang KL masa tu sebab nak pi amik baju tunang dia. Nak bertunang dah kawan tuuu... So malam tu baru ita sampai umah. Kitorang pun borak2 la suma... Kat umah masa tu ramai. Meriah jugakla. Aku suka. Takla aku terasa kesunyian sesangat.
So, borak punya borak, aku rasa nak stay ctu. Nak tinggal serumah ngan dorang. Ita pun sebenarnya dah lama ajak aku tinggal ngan dorang. Aku je kut yang hampeh kemaen asek tolak je manjang. So, last2 aku rasa better la kut aku dok ngan dorang. Gi keja bole pi sesama. Balik keja tu no hal, aku bole nek LRT. Weekend2 aku pun takla terasa bosan, boring, sunyi dan sepi macam wikend2 yang lepas. Sebab korang pun tau kan yang aku salu dok sorang. Aku sunyi tau tak????!!!! Aku bosan giler macam tu. Selama 3tahun dok menyewa kat ctu, memang rasa bosan. Menyewa dok ber2 ja, kalu hosmet aku tu balik kampung atau gi memana, aku tinggal le sensorang terkontang-kanting kat umah tu. Takut??? memang takut. Bosan??? memang bosan bosan yang teramat2 sangat. Aku sunyi giler macam tu!!! Kang tak pasal2 ada jugak aku mati kesunyian kat umah tu sensorang. Kan???? Huhuuuu.. kemaen over, alu nak mati kesunyian. Hahahahaaahhh!!!!!
So, petang ahad semalam. Lepas zohor, petang dalam kul 2 camtu, ita antar aku gi umah. Amik baju. Ngan kak abby ikut skali. So kitorang ber3 gerak. Aku tunjuk jalan kat ita. Sampai umah aku nek atas, masuk bilik aku, amik bagasi, bukak almari, angkut suma baju kurung yang aku pakai pi keja. Amik baju2 len sikit. Kperluan diri pun amik, bantal peluk yang kecik tu amik jugak, ngan sarung bali pemberian incek sayang aku. Hihiiii.. Masa aku sampai umah, hosmet aku tengah sedap dok tiarap kat depan tv sambil makan kerepek. Dia tengok je aku kemas barang2, dia tanya nak gi mana, aku jawab nak gi umah ita. Pastu dia cakap nak stay ctu seminggu ni ke?? aku jawab ha'ah. Pastu dia tanya aku merajuk ke?? aku jawab tak. Iye, takda maknanya aku nak merajuk tak tentu pasal. Cuma aku sunyi, bosan, dan tak suka dok sorang2. Cukup2 la 3tahun suda. Eyh, yeke dah 3tahun??? heheheeee...
Ok2, cukup2 la sudaa.. Eyh, ok, aku nak gi bekpes. Pagi ni ada orang belanja makan. Nasi lemak. So, jom makan!!!!Heheheee...
wah awalnyer sampai opis...tajuk kat atas tu patut letak 'kebosanan'..hehe gurau je..
ReplyDeleteha'ah akak, awal je sampai opis pagi tadi. Sorang pun takda yg sampai lagik...heheee...
Delete