04/05/2012

Tak Keruan.

Assalamualaikum...

Ok, tak tau nak taip apa sebenarnya ni.. tapi aku rasa aku nak jugak taip sesuatu.. sebab aku rasa macam ada benda aku nak cita tapi aku taktau nak cita apa.. Bunyi macam banyak giler aku nak cerita kan... Pastu taktau jugak nak cita kat sapa.. hurrmmmm...So, camne ngan 1Mei aritu?? korang ada pi mana2?? aku?? Ari isnin tu aku gi keja lambat sikit.. ha'ah, masuk opis lambat lagi. Lagipun ari isnin tu opis sunyi, ramai orang cuti. Bos2 pun tade. So petang isnin tu balik keje je terus aku pi jumpa kawan aku. Dia mintak aku temankan dia pi satu tempat tu sebab nak jumpa ngan sorang ni. Aku teman sapa, pi jumpa sapa tu xpayah la aku cita. Bia aku ja yang tau sebab kawan aku tu dia xsuh aku kecoh kat org. Ok. So balik malam tu aku dah tak sempat nak balik umah kat selayang, so aku tido umah kawan aku tu tadi. Esoknya masa 1Mei tula baru aku balik umah sewa aku kat selayang. Gara2 tu jugak, aku gaduh lagi ngan Man, incek sayang aku tuh. Dia tu kan entah pape la. Tiap kali je aku kuar pi mana2, kuar ngan sesapa mesti dia marah. Tiap kali macamtu kitorang konfem gaduh.


So, dah dapat agak kan bape lame dah kitorang gaduh ni. Dah 4hari hokeyh!!! Yup, since 1st May aritu lagik sampai le skang. Aku fedup giler. Aku rasa kitorang baru je lagi kut berbaik tetiba gaduh balik. Adoooiiiiii.. betol2 tak paham dah aku ngn dia. Kitorang jauh. Man kat miri, aku kat keyel ni haaa.. kalu lah beli tiket balik miri tu semudah membeli tiket nak naek ktm untuk balik klang, tetiap minggu jugak la aku balik tau. Sebelum ni penah gak gaduh. Memang senyap sunyi sepi la. No sms, no calls, no missed calls, nothing. Kadang aku rasa down sangat2. Sudala berjauhan, tetiba pulak nak bergaduh-gaduhan camni, stres tauk!!! Kadang kalu aku pikir2 balik, napela salu sangat jadi macam ni kat hubungan kitorang, aku jadi kecewa, sedih sangat. Aaaarrggghhhh...tensyen!!!


Tu satu hal. Yang ni pulak pasal umah sewa. Sebenarnya kawan aku yang aku temankan dia pi jumpa sorang tu tadi dah lama ajak aku dok ngan dia. Aku rasa macam nak je pindah umah tinggal ngan dia. Sebab kat umah sewa dia ada 4 orang menyewa. Memang happening giler la. Sebabnya kat umah sewa aku tu cuma aku berdua je ngn akak serumah aku tu. Korang pun tau kan yang akak kerap sangat balik kampung. So bila dia balik je aku tinggal sorang2. Jadi bosang giler. Boring. Sunyi. Sepi. Tak tahan tau dok sorang2 sebenarnya. Aku nak cari kawan serumah len aku pulak tak reti. Huhuuuuu... Bila aku tanya ngan kakak2 kat opis aku pasal pindah umah tu, dorang suh aku pikir masak2 dulu. Sebabnya kalu aku pindah, pi dok ngan kawan aku tadi tu, memangla meriah kan, sebab ada ramai orang. Tapi yang tak bestnya, takda privasi sebab bilik kena share. Kang bila malam nak tido kena tido ramai2 kat ruang tamu depan tv. So, nampak sangat no privacy kat situ. Pastu dorang cakap lagi, bila aku perlukan ruang dan masa untuk bersendiri, aku tak bole sesuka hati makpak nak dok terperap kat dalam bilik tu memanjang kan. Ye, betol jugak tu. Kat umah sewa skang, aku dok sebilik, akak dok sebilik, pastu ada satu lagi bilik kosong. Sebab tu aku ingat nak je cari orang len duduk dalam bilik tu. Bia meriah jugak sikit umah sewa aku tuh. Hurrrmmmm... entah la.... ni lagi satu hal betul2 buat aku rasa sakit sangat bila pikir.


Bila fikir pasal Man, buat aku jadik rasa sedih sangat2. Kecewa. Terkilan. Sakit hati. Patah hati. Rasa sakit sangat bila tetiap masa je jadik macam ni. Bila aku sorang2 je kan, mula lah airmata ni nak kuar je. Sebab tu aku suka bila ramai2. Bole huha huha. Lagi satu kan, aku suka sibukkan diri aku so dengan cara tu aku bole jadik lupa dengan hal2 yang menyesakkan otak kapla, yang wat rasa fedup ni suma. Bila kat opis, orang tengok aku ni hepy2, huha huha, galak semacam, tapi sebenarnya dalam hati ni tengah bercelaru. Lagi2 macam skang tengah gaduh ngan Man, ya Allah, taktau la nak cakap cemana. Tengah menaip ni pun airmata tengah bergenang nih. Tapi xkan nak bagi orang tengok pulak aku tengah meleleh.. adeeeehhhhhh...


Kadang2 bila rasa sunyi, teringin mo kol mak. Mo mengadu suma macam2 hal, mo cerita suma perkara, mo lepas kan suma rasa tekanan tapi aku tak bole la. Aku takut aku menangis je. Heheheee.... Ingat lagi masa raya haji taun lepas. Kan aku tak balik miri. So balik dari sembahyang raya tu terus kol mak. Dengar ja sora mak aku nangis tau. Pastu sora nak cakap pun tak bole kuar. Aku takmo la jadik macam tu. Sebab tu aku lebih suka memilih pendamkan je suma apa yang ada. Nak luah suma pun payah jugak kan. Sapala yang sanggup dengar. Orang len ada masalah jugak kan. Tapi ada masanya kalu tak tahan sangat memang aku akan menangis. Yah, kan orang cakap denga menangis tu bole wat kita rasa lega. Walau tak lega sepenuhnya, tapi sekurang2nya ianya berkurangan sedikit. Hihiiii...


So kalu bole aku takmola sedih2 ni suma. Korang pun tau kan yang aku dok jauh dari family aku. Susah wooooo.. bila bersendiri macam ni, rasa macam nak balik kampung skang jugak padahal setahun bole balik dalam 2,3 kali cam tu jek...Nasib anak perantau, keje pulak tu, begini laaaaa.... Apa2 pun, aku bersyukur.....




No comments:

Post a Comment

Hai korang!!! Iye, silekan KOMEN ye.. Komen SiiiiKIT pun jadik laa.. Komen SaaaaTU je pun ok laa..SaaaaaaaaYang korang tauu!!! ^_^

TAHUN 2019.

Assalamualaikum... Lama tak update blog. Last update semua cuma tinggal jadi draft. Sedih nau blog aku ni..semakin sendu nampaknya. Ok, just...